Penjawat Awam Tidak Balik Kerja Boleh Kena Tindakan Lapor Media




PENJAWAT awam boleh dikenakan tindakan disiplin jika tidak kembali bekerja selepas cuti Aidilfitri kerana terperangkap di kampung, lapor BH Online, ketika pihak berkuasa giat memburu mereka yang melanggar sekatan rentas negeri minggu lalu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman dipetik berkata mereka boleh diambil tindakan tatatertib oleh jabatan masing-masing kerana tidak hadir kerja tanpa kebenaran bercuti.

Katanya, mereka yang terlibat akan dianggap tidak hadir bertugas dan boleh dihukum mengikut Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib).

“Dalam Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 17 Mac, pegawai mesti bekerja di pejabat atau dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) mengikut arahan ketua jabatan.

“Pegawai BDR boleh diarahkan untuk hadir di pejabat pada bila-bila masa namun jika tidak hadir tanpa mengemukakan surat cuti, boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh jabatan masing-masing,” katanya, seperti dipetik BH Online.

Penjawat awam yang melanggar PKPB dan disabitkan kesalahan oleh mahkamah juga boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana melibatkan kesalahan jenayah, tambah Khairul Adib.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menetapkan jenis-jenis hukuman kepada penjawat awam yang melanggar disiplin, daripada amaran dan denda sehinggakan hukuman yang menjejaskan gaji dan pangkat, atau dibuang kerja.

Semalam, Menteri Kanan (keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata pihak polis mengeluarkan kompaun ke atas 14 orang yang berada di kampung tanpa kebenaran perjalanan merentas negeri.

“Apabila saya katakan, kami serius akan mengambil tindakan, ramai yang mengambil ringan,” katanya pada sidang media harian, semalam.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador juga berkata pihaknya sedang menjalankan operasi memburu segelintir yang berjaya bolos merentas negeri dengan mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lebuh raya.

Menurut Bernama, pihak berkuasa mengadakan sekatan jalan raya di laluan masuk ke Kuala Lumpur untuk mengenal pasti mereka yang mungkin bolos sekatan jalan raya sebelum ini.

Minggu lalu, polis membuat sekatan jalan raya untuk menyekat pergerakan rentas negeri menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan ribuan kenderaan diarah patah balik kerana tiada surat kebenaran perjalanan mengikut peraturan di bawah PKPB.

Susulan itu, mesyuarat khas menteri-menteri mengenai Covid-19 pada 16 Mei lalu memutuskan tindakan kompaun ke atas mereka yang tidak mengendahkan larangan rentas negeri.

PKPB yang bermula pada 4 Mei lalu ditetapkan berjalan sehingga 9 Jun ini. - ohsemput

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wwwberita-semasa.blogspot.com/2020/05/penjawat-awam-tidak-balik-kerja-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Terkandas Di Kampung Kerana Ingkar Arahan Rentas Negeri Boleh Dibuang Kerja

Penjawat Awam Terkandas Di Kampung Kerana Ingkar Arahan Rentas Negeri Boleh Dibuang Kerja

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 416 hits
Pejawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja jika tidak kembali ke pejabat selepas Aidilfitri kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman Menurut beliau alasan terperangkap di kampung gara g...
Penjawat Awam Yang Enggan Kembali Bekerja Selepas Aidilfitri Akan Dikenakan Tindakan Tatatertib Termasuk Dibuang Kerja

Penjawat Awam Yang Enggan Kembali Bekerja Selepas Aidilfitri Akan Dikenakan Tindakan Tatatertib Termasuk Dibuang Kerja

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 457 hits
Penjawat Awam yang enggan kembali bekerja selepas Aidilfitri akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerjaKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman menegaskan penjawat awam yang tidak kembali ke pejabat selep...
Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam Terkandas Di Kampung Laggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam Terkandas Di Kampung Laggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 420 hits
Penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri kerana terperangkap di kampung akibat melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Ketua Pengarah Perkhid...
Padah Langgar Pkpb Penjawat Awam Berisiko Diberhentikan Kerja

Padah Langgar Pkpb Penjawat Awam Berisiko Diberhentikan Kerja

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 489 hits
Sumber BH OnlinePenjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri kerana terperangkap di kampung akibat melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Ketua ...
Penjawat Awam Palsukan Tarikh Surat Rentas Negeri Untuk Balik Ke Putrajaya

Penjawat Awam Palsukan Tarikh Surat Rentas Negeri Untuk Balik Ke Putrajaya

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 449 hits
Polis Kedah akan terus mempertingkatkan pemeriksaan kenderaan di pintu masuk dan keluar negeri itu bagi memastikan rakyat mematuhi larangan rentas negeri ALOR SETAR Seorang penjawat awam dihalang pulang ke Putrajaya semula selepas disyaki m...
Baik Bayar Kompaun Daripada Hilang Kerja Ismail Beritahu Pengingkar Balik Kampung

Baik Bayar Kompaun Daripada Hilang Kerja Ismail Beritahu Pengingkar Balik Kampung

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 441 hits
Ismail Sabri menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil terhadap mereka yang ingkar merentas negeri
Kerja Hilang Duit Makin Kurang Dan Tak Boleh Bayar Bil Itu Ini Akibat Pkp

Kerja Hilang Duit Makin Kurang Dan Tak Boleh Bayar Bil Itu Ini Akibat Pkp

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 491 hits
Time PKP ni ramai yang terkesan dengan apa yang berlaku Kerja hilang duit makin kurang tak boleh bayar itu ini dan jika berlanjutan PKP tak mustahil akan BANKRAP Tahu perasaan bagaimana bila bankrap Usahawan bernama Hafiz Mansor ni dah lalu...
Redzuan Tolak Khabar Angin Letak Jawatan Lapor Media

Redzuan Tolak Khabar Angin Letak Jawatan Lapor Media

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 698 hits
Redzuan tolak khabar angin letak jawatan lapor media Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 May 2020 2 51PM
Ini Kerja Kelas Ayam Kata Kadir Jasin Kepada Kenyataan Media Azmin

Ini Kerja Kelas Ayam Kata Kadir Jasin Kepada Kenyataan Media Azmin

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 507 hits
Apa punya jenis Menteri Dia tak baca ka Atau dia harap pegawai pegawai pun kelas ayam juga kata Kadir dalam facebook beliau Nak lawat Menteri Kedah pergi ke Pahang mesyuarat kat Kuala Terengganu Itulah yang berlaku dalam satu kenyataan medi...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa