Penjawat Awam Gagal Lengkapkan Vaksinasi Boleh Kena Tatatertib Ditamatkan Perkhidmatan


freemalaysiatoday.com
Bernama
-October 19, 2021 12:05 AM
Pekeliling yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman itu menyebut pegawai boleh diarah untuk mendapatkan dos lengkap mulai 1 Nov 2021.
KUALA LUMPUR: Pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang gagal melengkapkan imunisasi Covid-19 boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan apabila dasar baharu berhubung imunisasi melibatkan penjawat awam dilaksanakan mulai 1 Nov ini.

Perkara itu dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 mengenai Dasar Pelaksanaan Imunisasi Covid-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Pekeliling yang ditandatangan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman itu menyebut pegawai boleh diarah untuk mendapatkan dos lengkap mulai tarikh itu.

“Pada atau selepas 1 Nov 2021, mana-mana pegawai yang gagal mematuhi arahan ketua jabatan boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan,” menurut pekeliling itu yang dimuat naik di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini.

Sementara itu, sekiranya pegawai tidak dapat melengkapkan dos imunisasi Covid-19 atas faktor kesihatan, mereka boleh diarahkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan pengamal perubatan berdaftar.

Mereka juga boleh diarahkan oleh ketua jabatan untuk membuat ujian pengesanan Covid-19 jika telah disahkan tidak layak menerima vaksinasi itu atas sebab kesihatan.

“Pegawai adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan dos imunisasi Covid-19 yang lengkap sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini bertujuan untuk memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan penyampaian perkhidmatan serta produktiviti perkhidmatan awam berada pada tahap yang optimum,” menurut pekeliling itu.

Pekeliling itu menyatakan ketua jabatan juga boleh pada bila-bila masa mengarahkan mana-mana pegawai yang belum mendapatkan dos lengkap untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi menentukan status kesihatan mereka.

Ketua jabatan juga boleh mempertimbangkan apa-apa kaedah sesuai untuk memastikan pelaksanaan dasar itu dalam menguruskan pegawai yang tidak mendapatkan vaksinasi lengkap termasuk mengarahkan mereka menjalani ujian pengesanan Covid-19 dengan kos ditanggung pegawai terbabit.

Bagaimanapun, kos ujian pengesanan untuk mereka yang tidak layak menerima imunisasi atas faktor kesihatan akan ditanggung kerajaan.

Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan selaras dengan Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan selain terikat dengan Surat Aku Janji yang ditandatangani oleh pegawai di bawah subperaturan 20 (3) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012].

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan 30 Sept lepas memaklumkan semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan diwajibkan mengambil vaksin Covid-19 dan dikehendaki untuk segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 Nov 2021


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/penjawat-awam-gagal-lengkapkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam Enggan Divaksin

Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam Enggan Divaksin

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 240 hits
hmetro comTAN Sri Mohd Zuki Ali menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID 19 FOTO BernamaLabuan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menyeru kepada semua penjawat awam agar patuh kepada pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmata...
Jawatan Kosong Terkini Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Jawatan Kosong Terkini Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 361 hits
Permohonan Jawatan Kosong Terkini di Dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan Antara syarat berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan Bagi yang berminat dan berkelayakan sila ruju...
Exco Selangor Maki Penjawat Awam Mb Kata Akan Beri Nasihat Video

Exco Selangor Maki Penjawat Awam Mb Kata Akan Beri Nasihat Video

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 189 hits
KLANG Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan memberi nasihat kepada semua pihak yang terlibat dalam video dikatakan membabitkan seorang exco kerajaan negeri dan kumpulan penjawat awam yang tular di media sosial Amirudin menga...
Panduan Mengurus Gcr Perkhidmatan Awam Persekutuan

Panduan Mengurus Gcr Perkhidmatan Awam Persekutuan

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 154 hits
Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam telah menerbitkan sebuah buku panduan sebagai rujukan semua penjawat untuk menguruskan cuti mereka Buku tersebut boleh dimuat turun melalui pautan di bawah
Kuala Krai 7 Individu Termasuk Penjawat Awam Didakwa Terlibat Laga Ayam

Kuala Krai 7 Individu Termasuk Penjawat Awam Didakwa Terlibat Laga Ayam

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 277 hits
Tujuh lelaki termasuk seorang penjawat awam didakwa secara bersama di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan terlibat dalam kegiatan sabung ayam pada bulan lalu Kesemua tertuduh Mohd Zin Kadir 74 Mohd Zin Ab Latif 51 Noraizat D...
Parlimen Hari Ini Isu Aukus Penjawat Awam Enggan Vaksin Jadi Tumpuan

Parlimen Hari Ini Isu Aukus Penjawat Awam Enggan Vaksin Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 304 hits
Isu pakatan keselamatan tiga negara yang diwujudkan antara Amerika Syarikat United Kingdom dan Australia antara isu bakal dibangkitkan pada persidangan Parlimen hari ini Menurut aturan urusan mesyuarat persidangan Dewan Rakyat perkara itu t...
Hampir 26 000 Penjawat Awam Belum Terima Vaksin

Hampir 26 000 Penjawat Awam Belum Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 162 hits
Hampir 26 000 penjawat awam belum terima vaksin Kira kira 1 6 peratus atau 25 920 kakitangan sektor awam belum menerima vaksin dan ketua ketua jabatan akan memahami punca mereka enggan berbuat demikian Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Peke...
Port Dalam Ladang Sawit Penjawat Awam Warga Emas Antara 24 Ditahan Dadah

Port Dalam Ladang Sawit Penjawat Awam Warga Emas Antara 24 Ditahan Dadah

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 220 hits
Semua suspek warga tempatan itu ditahan dalam serbuan di ladang kelapa sawit di Bentong Pahang PETALING JAYA Penjawat awam dan warga emas awam antara 24 individu yang diberkas dalam satu serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Bentong Paha...
Lengkap Vaksin Jadi Syarat Pengambilan Penjawat Awam Sabah

Lengkap Vaksin Jadi Syarat Pengambilan Penjawat Awam Sabah

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 210 hits
Datu Rosmadi menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengarah Bersama Pasukan pengurusan Badan Bertindak Imunisasi COVID 19 Sabah Datuk Masnah Mat Salleh Foto NSTP MOHD ADAM ARININ Pelalian syarat mohon...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik