Penjajah Versi Baru




*Posting panjang di hadapan*1. Dulu masa kecil, saya banyak melepak dengan Datuk. Best tentang dia, sebab memang kerjanya seorang Cikgu, dengan anak cucu pun sentiasa dia nak mengajar. Dia suka mengajar melalui cerita. Kalau bukan cerita sirah Rasul dan Nabi, dia juga akan cerita tentang zaman dulu kala. Banyaknya tentang sejarah negara.2. Suatu hari, dia suruh saya siap. Katanya, jom balik kampung dia di Pasir Salak. Walaupun moyang kami dah meninggal, saya tahu dia selalu je balik kampung, tak tahu saya apa dia buat. So, apa lagi, saya dengan cargas ikut dia dan Opah, memang itu peluang road trip yang dinanti. Dalam perjalanan dia kata dia nak singgah tengok kubur. Satu kubur seseorang bernama Dato’ Sagor.3. Katanya, Dato’ Sagor ni antara pembesar Perak yang terkenal. Nama Dato’ Sagor tu pun bukan nama sebenar. Nama beliau ialah Ngah Kamdin, dia diangkat oleh Sultan jadi Pembesar Berlima. Makanya, gelaran yang diberi padanya ialah “Dato Seri Agar Diraja”. Disebabkan orang Perak guna telo mereka, jadilah shortform “Dato Sagor”. Dia terkenal sebab dia antara yang bunuh JW Birch, residen pertama British di Tanah Melayu. Tapi dia kata, tak ramai yang tahu, apa sebenarnya yang berlaku.4. Dia mulakan cerita. Suatu ketika, Sultan Perak mangkat. Jadinya, anak sultan dan Bendahara berebut takhta, masing2nak jadi Raja. Raja Abdullah disebabkan bengang dengan Bendahara, terus geng dengan Kongsi Cina. Masa tu tengah Perang Larut, antara 2 taiko kawasan. Ghee Hin and Hai San. Raja Abdullah mintak pertolongan mereka hubungkan dia dengan orang British. Pada dia, kalau nak sailang Bendahara, perlu orang luar iktiraf dia sebagai Sultan.5. Datuk bercerita, masa nak sign agreement dengan British, Dato' Sagor ada sekali. Naik atas kapal British. Deal punya deal akhirnya, mereka sign Perjanjian Pangkor. Dia tak berapa setuju sebenarnya, gusar omputih ni makan kita. Ialah negeri lain tak buat lagu tu, Perak yang pertama. Walau dinasihat, Raja Abdullah tetap nak teruskan. Kata dia, itu saja cara dia nak jadi Sultan. Tambahan lagi, dia perlukan orang British, nak ajar orang kita mentadbir negeri.6. Makanya disebabkan Perjanjian tu, di Perak bermulalah era Residen. Residen pertama yang dihantar adalah JW Birch. Mamat ni pun satu hal. Datuk kata, dia ni dah lah sombong barlagak pulak tu. Haram dia nak ambil tahu, adat dan budaya Melayu. Bukan saja tu, bila dia jadi Penasihat Sultan, banyak yang dia “makan”. Cukai dulu yang boleh pergi ke Rakyat untuk membantu, habis dia sapu. Raja Abdullah pun “berbulu”.7. Jadinya, satu hari Raja Abdullah panggil Pembesar Berlima. Katanya, Residen omputih ni menipu kita. Kuasa dia dah terhad. Hanya boleh buat keputusan mengenai agama. Benda lain, semua Residen punya kuasa. Banyak hasil dan cukai negeri di bawa ke Singapura, yang untung British jua. Tanah pun banyak yang British ambil, kononnya untuk kepentingan negeri. Tapi Sultan tak paham dan mengerti, banyak yang disembunyi.8. Di Kampung Durian Sebatang itu, Sultan bertitah. Kita kena buat sesuatu dengan segera, kalau tak negeri punah. Makanya, plan diatur dengan cermat. Tunggu masa mereka akan strike. Suatu hari, ketika JW Birch sedang mandi di sungai, beliau diserang. Dilontar lembing dan ditetak hingga mati terus mayatnya terbenam. Dalam sejarah disebut Seputum, pembantu Dato’ Maharajalela yang tetak dan bunuh. Namun, Datuk saya ceritakan, kisah sebenarnya, dua tetakan terakhir ke atas kepala Birch, Dato’ Sagor yang buat. Seputum hanya berada di tepi, membantu mana perlu.9. Bila JW Birch dibunuh, disebabkan hanya orang biasa, orang British kejar Seputum dulu. Dijatuhkan hukuman mati serta merta. Yang jatuh hukum, Raja Idris iaitu adik Raja Abdullah. Malah Raja Abdullah merelakan. Datuk saya cerita, Dato’ Sagor selepas tahu Seputum dibunuh sewenang2nya, punya berang dengan Sultan. Mereka rasa dipermainkan. Pembesar lain yang turut serta, dicari sampai dapat. Dipancung juga Dato’ Sagor dan rakan2. Gugurlah mereka sebagai penentang penjajah, walaupun Sultan yang arahkan. 10. Datuk kata lepas episod tu, satu persatu negeri Tanah Melayu jatuh kepada British. Residen dihantar jadi Penasihat Sultan di kebanyakan negeri. Mereka kurangkan kuasa Sultan Melayu dan akhirnya mereka jajah seluruh negara. Dia kata British bukan macam Portugis, menjajah dengan perang. British tawan Tanah Melayu dengan tipu helah. Perjanjian Pangkor la pembuka jalan, British merampas pentadbiran Kerajaan.11. Makanya, apa morale behind the story? Satunya dia kata, apapun kalau sesama kita bergaduh, jangan dibawa ORANG LUAR untuk selesaikan. Jangan disebabkan nakkan kuasa, negara tergadai. Keduanya, dia cakap, apa2 pun berhati2 dengan janji manis omputih, mereka penuh tipu muslihat. Kalau tak menjajah secara kasar, mereka guna cara halus nak rampas negara. Terpana saya dengan cerita tu, sampai sekarang takkan saya lupa.12. Selepas panjang lebar bercerita di kubur Dato’ Sagor, Datuk ajak ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. Dia kata dia nak ke Rumah Kutai, rumah Dato’ Sagor. Banyak benda lain dia nak tunjuk di situ. Sampai di sana, dia tunjukkan saya satu bingkai gambar. Dalamnya ada family tree. Dia suruh saya perhati. Teliti punya teliti, saya nampak nama Datuk saya dalamnya, “Hanafiah”. Di atasnya ada nama moyang saya, “Mat Doa’a”. Terkedu saya seketika. Datuk terus jelaskan, beliau generasi ke-5 keturunan Dato’ Sagor. Penentang British tersohor. Makanya, saya jadi generasi ke-7. Dia nak hari ni saya tahu. Jangan sesekali lupa kisah nenek moyang. 13. Sejak dari hari tu, semangat saya lain. Cerita Datuk mengenai moyang Dato’ Sagor tu memang memberi kesan ke atas setiap tindakan. Ada sekali masa di London. Dalam kuliah, seorang Profesor ni cakap, negara membangun kena terbuka. Kena bersaing secara sama rata dengan negara lain. Jangan ditutup ekonomi, buka seluasnya untuk orang lain masuk dan bersaing. Terus saya angin.14. Saya terus angkat tangan dan cakap “Adilkah satu persaingan kalau yang kuat sama bersaing dengan yang lemah? Negara kuat seperti British menjajah negara luar punya lama, habis disapu segala hasil alam yang ada. Mereka maju dan kaya atas hasil bumi negara lain. Sekarang, bila negara yang dijajah baru nak berdiri, dia nak suruh berlari. Bersaing sekali. Selalunya mereka akan kalah. Mana nak lawan negara lain yang dah kaya dan mewah. Makanya, adakah ini versi new colony atas dasar liberalisasi?” 15. Terdiam dia sekejap. Habis diputar, kalau tak dijajah dan diletakkan bawah koloni, banyak negara ni tak boleh ke mana. Mereka perlukan penjajah untuk majukan negara. Makanya, saya jawab kembali, liberalisasi pun satu bentuk kolonism yang sama. Negara maju cuba nak ajar negara lain, ikut acuan mereka. Tapi apa guna, kalau kepentingan negara banyak yang dirembat. Apa yang tinggal untuk Rakyat?16. Mungkin sebab darah Dato’ Sagor yang mengalir dalam diri, susah sikit saya nak terima cakapnya. Teringat cakap Datuk, omputih ni kita dengar kan ajer, nak percaya kena beringat2. Sama juga ada satu ketika, semasa saya jadi Pegawai Undang-Undang, saya diarah beri input mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Amerika, banyak benda yang dia minta. Banyak yang berat sebelah pada dia. Memang perjanjian tu kita sailang, sampai sudah tak diterima.17. Ada rakan2 lain, kata mereka liberalisasi ini perlu. Kita perlu sign Perjanjian Perdagangan Bebas banyak2. Kita kena buka ekonomi kita seluas-luasnya macam Singapura. Singapura tak kenakan sebarang cukai pada barang luar yang dibawa masuk. Ini saya tak setuju. Konteks Singapura itu lain, mereka boleh dikatakan negara mono-race, 75% berbangsa Cina. Tiada isu perkauman yang kompleks macam kita. Yang kena cater jurang ekonomi antara kaum yang makin meluas. Keduanya, sistem ekonomi mereka dah kuat. Ekuiti tempatan sangat tinggi dan GLC mereka dah teroka pasaran antarabangsa.18. Malaysia pada tahun 2020, ekuiti asing paling tinggi sampai 45.3% dan boleh cecah lebih 50% kalau tak dikawal. Meningkat punya banyak dari tahun 90-an. Ekuiti pemilikan tempatan sama ada bumi dan non-bumi pula turun dengan banyak. Kecuali Petronas, GLC kita yang lain tak ke mana. Direct Investment Abroad (DIA) pun kurang sejak tahun 2016. Maknanya, kita kurang kuasa dan daya buat masa ini nak teroka pasaran luar. 19. Kalau dibuka segala, mampukah kita bersaing macam Singapura? Jangan la disebabkan segelintir dari syarikat kita perlukan bantuan nak masuk pasaran antarabangsa, habis kita buang kepentingan SME kita. Ingat, mereka inilah tulang belakang ekonomi, kalau mereka tak boleh berasing dan melingkup dalam negara, ada apa yang tinggal pada kita?20. Ada yang kata, orang kita pun naik lemak. Sampai bila nak dilindung, biarkan mereka bersaing, moga ada perubahan. Ini lagi saya tak setuju. Jepun, Korea dan China pun pada mulanya buat dasar ekonomi tertutup. Bina infant industry mereka dulu supaya kuat, sampai boleh ke luar negara. Baru mereka buka ekonomi dan bersaing. Takkan la bila dah jadi black belt macam tu, dia suruh kita yang baru yellow belt dan blue belt masuk bertanding secara sama rata. Adakah itu adil dan saksama?21. Jangan salah faham pula. Saya tak kata kita kena jadi negara terasing. Tolak semua perjanjian perdagangan (FTA) mentah2. Saya bukan juga kata SME kita kena dilindungi senantiasa. Nanti diaorang naik lemak, susah juga. Pada saya, kita kena ada mentaliti hybrid. Boleh nak masuk FTA, tapi perlu adil pada kita. Masuki bukan Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade) tapi Perjanjian Perdagangan Adil (Fair Trade). Itu yang seharusnya kita runding.22. Ada la yang kata nanti, sampai bila nak tongkat industri tempatan. Tengokkan Proton dan tengokkan GLC. Haaa…yang ni saya agree! Affirmative action kita kena tengok balik. Apa guna letak 51% ekuiti bumiputera, tapi yang dapatnya golongan elit yang takde merit. Lagi pula jenis yang takde akauntabliti. Itu pada saya polisi pelik. Tambah lagi, nak dirampas ekuiti industri sedia ada, mereka yang berhempas pulas naikan syarikat sekian lama. Nak diberikan kepada orang lain begitu saja. Banyak cantik? Itu bukan penyelesaiannya. 23. Sebetulnya, saya tak setuju dengan equality atau kesamarataan secara mutlak. Persaingan terlampau bebas tanpa ihsan, perlu kita elak. Kita kena berpegang kepada keadilan sosial. Cabangnya adalah Equality. Equality atau SAKSAMA itu pun perlu kena pada cara dan gaya. Bukanya hanya “myopic” dan “binari” pelaksanaannya. Itu, in sya Allah, akan saya kupas dalam posting akan datang, kalau berpeluang.24. Berbalik kepada isu pokok kita tadi, lepas ni Malaysia nak masuk pelbagai perjanjian. CPTPP, RCEP dan segala bagai. Belajarlah dari sejarah. Dalam Perjanjian Pangkor, kononnya British nak ajar kita betulkan pentadbiran. Namun, dalam diam dia merampas kuasa dan dijajahnya negara. Perjanjian yang dihulur oleh negara luar seharusnya perlu kita teliti dan santuni dengan cermat. 25. Akhir kalam, berwaspadalah dengan penjajahan versi baru. Ingatlah nasib Seputum. Kalau perjanjian berat sebelah dan kita jadi “tipah tertipu”, Rakyat yang terkorban dulu…. Wallahu a’lam.Salam hormat,Liyana Marzuki

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/penjajah-versi-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadis Esdm Riau Sakit Baru Diperiksa 3 Jam Terkait Dugaan Korupsi Bimtes Pertambangan

Kadis Esdm Riau Sakit Baru Diperiksa 3 Jam Terkait Dugaan Korupsi Bimtes Pertambangan

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 192 hits
Indra Agus diperiksa dalam kasus dugaan korupsi senilai Rp500 juta kegiatan bimbingan teknis pertambangan dari Dinas Pertambangan dan SDM Kuantan Singingi ke Bangka Belitung 2013 2014 lalu
Dia Sihat Saja Cuma Tekak Berkahak Baru 2 Bulan Anak Nazrief Nazri Disahkan Positif Covid 19

Dia Sihat Saja Cuma Tekak Berkahak Baru 2 Bulan Anak Nazrief Nazri Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 251 hits
Baru berusia dua bulan anak sulung pelakon Nazrief Nazri disahkan dijangkiti Covid 19 pada Selasa lalu Kata Nazrief dia mengetahui keadaan anaknya itu selepas dimaklumkan pihak hospital selepas dia dan anak sulungnya Noah menjalani ujian sa...
Sertai Agensi Baru Kim Junghyun Bakal Kembali Berlakon

Sertai Agensi Baru Kim Junghyun Bakal Kembali Berlakon

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 279 hits
Pasti ramai yang masih teringat dengan kontroversi melibatkan Kim Jung hyun kan Disebabkan oleh itu dia kini memilih untuk berehat seketika bagi mendapatkan rawatan yang sesuai ARTIKEL BERKAITAN Selepas berpisah dengan agensi lamanya iaitu ...
Penangan Pkp Video 14 Tahun Jadi Anak Bongsu Remaja Tak Sangka Dapat Adik Baru

Penangan Pkp Video 14 Tahun Jadi Anak Bongsu Remaja Tak Sangka Dapat Adik Baru

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 423 hits
Siapa yang jadi anak bongsu mesti akan berasa sedikit untung sebab perhatian ibu bapa semestinya akan diberikan lebih kepada mereka Lebih lebih lagi kalau anak bongsu itu jarak umurnya agak jauh dengan abang atau kakak yang lain Namun apa y...
Rutin Baru Daddy Yang Membahagiakan Shuib Dah Tahu Rentak Ayash Mudah Nak Urus

Rutin Baru Daddy Yang Membahagiakan Shuib Dah Tahu Rentak Ayash Mudah Nak Urus

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 237 hits
Rasanya baru sahaja dapat tahu berita pemergian arwah Siti Sarah Sedar tak sedar dah lebih 40 hari arwah dah kembali kepada penciptaNya Kini amanah yang ditinggalkan diambil alih oleh Shuib sepenuhnya Apa yang membuatkan ramai kagum adalah ...
Xiaomi Memperkenalkan Redmi Buds 3 Pro Baru Di Malaysia

Xiaomi Memperkenalkan Redmi Buds 3 Pro Baru Di Malaysia

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 268 hits
Pengeluar teknologi global Xiaomi hari ini mengumumkan earbud tanpa wayar barunya Redmi Buds 3 Pro Ia adalah teman yang ideal yang akan bertahan sepanjang hari Ia menawarkan hayat bateri sehingga 6 jam dengan sekali cas sementara pengecasan...
The Banjaran Hotspring Tarikan Baru Ke Ipoh

The Banjaran Hotspring Tarikan Baru Ke Ipoh

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 313 hits
The Banjaran Hotspring Retreat IpohTarikan baru ke Ipoh iaitu The Banjaran Hotspring Retreat Hotel 5 bintang ini berada bersebelahan dengan Lost World of Tambun Rata rata yang menginap di sini berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediaka...
Bolehkah Solana Pulih Dari Rangkaian Semula Dan Mendapat Kadar Baru 200

Bolehkah Solana Pulih Dari Rangkaian Semula Dan Mendapat Kadar Baru 200

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 212 hits
Solana perlahan lahan berusaha untuk pulih dan memulakan pergerakan menaik yang perlahan kerana minggu lalu adalah mungkin untuk melihat kejatuhan coin crypto kerana kenyataan bahawa rangkaian terputus selama kira kira 10 jam Selepas detik ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord