Peniaga Jual Gas Memasak Lebih Harga Kawalan Kena Tindakan


 
Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN Azman Adam berkata peniaga berkenaan dikenakan notis untuk mengemukakan maklum balas harga jualan dan kos LPG yang dijual dalam tempoh lima hari. (Gambar Bernama)PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan notis terhadap seorang peniaga yang tular di media sosial kerana menjual tong gas petroleum cecair (LPG) melebihi harga kawalan di Puchong, Selangor.
Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN Azman Adam memaklumkan notis bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 memerlukan peniaga itu mengemukakan maklum balas berhubung harga jualan dan kos LPG yang dijual dalam tempoh lima hari bekerja.
Katanya, dalam rakaman video berdurasi lebih seminit itu peniaga berkenaan memberikan alasan pelarasan subsidi diesel menjadi punca kenaikan harga LPG itu.
“Hasil siasatan awal ke atas video itu, pihak KPDN berjaya mengenal pasti alamat premis dan lokasi lori yang membuat penghantaran LPG berkenaan iaitu di Bandar Bukit Puchong, Puchong, Selangor.
“Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya melakukan siasatan, bermula sekitar 4 petang dengan bertindak melakukan uji beli ke atas tong gas yang dijual oleh syarikat terbabit bagi mengenal pasti harga jualan,” katanya dalam kenyataan.
Azman berkata hasil uji beli yang dilakukan mendapati LPG berkapasiti 14kg dijual RM34 setong berbanding harga kawalan ditetapkan kerajaan iaitu RM26.60.
Beliau berkata peniaga terbabit memberikan alasan menjual melebihi harga kawalan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan bermula 10 Jun lepas.
Katanya, KPDN menyita LPG terbabit selain beberapa dokumen perniagaan lain bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana menjual barang kawalan berjadual iaitu tong gas berkenaan melebihi harga kawalan.
Sementara itu, Azman berkata KPDN melaksanakan Ops Kesan 2.0 untuk menghadapi sebarang impak berikutan penyasaran subsidi diesel bagi memastikan tiada elemen pencatutan berlaku dan Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dipatuhi sepenuhnya.
“Berdasarkan statistik Ops Kesan 2.0 bermula 20 Mei hingga 17 Jun lepas sebanyak 993 premis di seluruh negara telah diperiksa.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 209 Notis Bertulis di bawah Seksyen 21 akta sama dikeluarkan kepada peniaga di seluruh negara,” katanya.
Azman turut memberikan amaran bahawa mana-mana pihak didapati mengambil kesempatan dengan melakukan manipulasi harga dan caj perkhidmatan bakal dikenakan tindakan tegas terutamanya di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Mereka juga boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi perbadanan atau syarikat, manakala sehingga RM100,000 bagi individu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/06/peniaga-jual-gas-memasak-lebih-harga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketahui Harga Maksimum Runcit Gas Petroleum Cecair

Ketahui Harga Maksimum Runcit Gas Petroleum Cecair

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 51 hits
RMSKETAHUI HARGA MAKSIMUM RUNCIT GAS PETROLEUM CECAIR Mana mana peniaga yang didapati mengambil kesempatan dengan melakukan manipulasi harga dan caj perkhidmatan akan dikenakan Jika peniaga ditempat anda menaikkan harga tegur dia jika anda ...
Jika Benar Harga Gas Naik Sila Laporkan

Jika Benar Harga Gas Naik Sila Laporkan

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 56 hits
Posting acah acah cerdik Akal nak salahkan kerajaan sebab Tapi kalau dia cerdik dan rajin buat kira kira dia tahu Katakan tangki penuh lori gas 80 liter Tambahan kos diesel adalah RM96 Katakanlah lori tu boleh bawa 200 tong dengan setiap ka...
Sultan Pahang Titah Tindakan Penguatkuasaan Lebih Tegas Elak Pembangunan Rizab Sungai

Sultan Pahang Titah Tindakan Penguatkuasaan Lebih Tegas Elak Pembangunan Rizab Sungai

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 60 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mahu tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dilakukan dan dipertingkat bagi memastikan tiada pembangunan di rizab sungai yang berpotensi mencemarkan sungai di Pa...
Harga Runcit Telur Turun Sebanyak 3 Sen Kerajaan Peruntuk Rm100 Juta Pm

Harga Runcit Telur Turun Sebanyak 3 Sen Kerajaan Peruntuk Rm100 Juta Pm

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 59 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan telah memutuskan untuk menurunkan harga runcit telur gred A B dan C di seluruh negara sebanyak 3 sen sebiji Langkah ini adalah selaras dengan usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat Perdan...
Siri Honor 200 Rasmi Di Malaysia Harga Bermula Rm1 899

Siri Honor 200 Rasmi Di Malaysia Harga Bermula Rm1 899

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 60 hits
Selepas beberapa berita telah dikemukakan tentang kehadiran peranti terbaru daripada HONOR HONOR Malaysia kini telah mengumumkan kemasukan siri telefon HONOR 200 dalam pasaran tempatan yang terdiri daripada model standard dan Pro Untuk peng...
Sekadar Turun Harga Telur Tak Sepadan Dengan Kehebatan Sosok Bernama Anwar

Sekadar Turun Harga Telur Tak Sepadan Dengan Kehebatan Sosok Bernama Anwar

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 143 hits
Kerajaan memutuskan harga runcit bagi telur gred A B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji bermula hari ini Penurunan itu menurut Perdana Menteri adalah selaras dengan usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada...
Tu Dia Teh O Ais Lemon Naik Harga Hampir Rm7

Tu Dia Teh O Ais Lemon Naik Harga Hampir Rm7

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 66 hits
KOSMO TEH O ais lemon tetapi tiada hirisan buah itu di sebuah kedai di Singapura Foto StompSINGAPURA Seorang pelanggan berasa kecewa kerana harga teh O ais lemon yang dipesannya di sebuah kedai kopi telah meningkat di Singapura lapor portal...
Video Keceplosan Pak Bas Bongkar Harga Makanan Jajanan Jokowi Menteri Dan Jenderal

Video Keceplosan Pak Bas Bongkar Harga Makanan Jajanan Jokowi Menteri Dan Jenderal

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 56 hits
Presiden Joko Widodo menjajal kuliner mi pedas kekinian hingga membuat video blogging saat berada di Kota Semarang Jawa Tengah Minggu
Harga Telur Ayam Gred A B C Turun 3 Sen Sebiji Mulai Hari Ini Pm Anwar

Harga Telur Ayam Gred A B C Turun 3 Sen Sebiji Mulai Hari Ini Pm Anwar

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 111 hits
KUALA LUMPUR 17 Jun Kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ...
Harga Sawit Terkini Semakan Harga Semasa

Sg Bakap Sanusi Pkr S Akmal Laud Mature Politics In Football Friendly

Bela Talapia Depan Rumah Selesai Masalah Rakyat

Tetap Bertegas Pertahan Kuota Bumiputera Pm

Bersatu 6 Now Independent Mps Bukit Gantang Rep Claims

Pernah Dengar Keluhan Hutang

Selangkah Wallet Semakan Bayaran Ewallet Bingkas Selangor

Biskut Almond London Tiktok Kakecah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok

Bagaimana Ikan Minum Air Bila Dahaga


Ihya Ulumuddin Retelling 4

Nasi Ayam Sambal Hijau

Guardianship And Family Law How Vasiliou Law Supports Clients

Tukang Cuci Jumpa Wang Rm254 000 Di Lapangan Terbang

Politik Islam Tidak Wujud

Dah Siap Mini Photobooth Birthday Rania Bajet Tak Sampai Rm30