Pengusaha Spa Disimbah Asid Selamat Jalani Pembedahan Pelanggan Berpurdah Diburu Polis


Pengusaha spa disimbah asid selamat jalani pembedahan, pelanggan berpurdah diburu polis. Pengusaha spa yang disimbah asid dalam kejadian di kedai spa dan salun miliknya di Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan selamat menjalani pembedahan selama enam jam.
Pengusaha Spa Disimbah Asid Selamat Jalani Pembedahan, Pelanggan Berpurdah Diburu Polis Dalam kejadian dipercayai jam 8.30 malam itu, mangsa, Nor Faziera Muda, 27, yang juga pengusaha spa bersama anak perempuannya berusia 7 tahun berada di kedai untuk menerima pelanggan yang kononnya mahu berurut.
Mangsa memaklumkan, sebelum kejadian, menerima mesej daripada ‘pelanggan’ membuat tempahan pakej mengurut dan memaklumkan memakai purdah untuk mengelak dilihat lelaki.
Mangsa simbah asid, Nor Faziera. – Foto NSTP/Nor Amalina Alias. Mangsa memberitahu pelanggan itu, spa hanya untuk perempuan, tiada lelaki. Bila ‘pelanggan’ itu naik ke spa, dia terus menyimbah cecair dipercayai asid ke arah mangsa. Ketika itu mangsa dalam keadaan berkain sembahyang sempat menutup muka.
Suami mangsa, Muhammad Ikhwan Syahrul Seri Buana, 33, berkata dia mendapat tahu kejadian menimpa isteri sebaik dihubungi sendiri mangsa yang dalam kesakitan.
“Asid terkena bahagian belakang badan dan bahu isteri sebelum suspek dan tiga hingga empat individu lagi, yang semuanya dipercayai berpurdah melarikan diri,” katanya.
Muhammad Ikhwan memaklumkan, isterinya sempat mendapatkan rawatan di klinik berdekatan sebelum dibawa ke hospital dan selepas kejadian, dia mendapati teks Whatsapp yang dihantar ‘pelanggan’ berkenaan sudah dipadamkan pengirimnya. Mangsa mengalami kesan lecur lebih 50 peritus.
Muhammad Ikhwan menunjukkan gambar bersama isterinya yang menjadi mangsa simbah asid ketika ditemui di Beris Kubur Besar, Bachok. FOTO Nor Amalina Alias Tambahnya, mangsa memaklumkan tidak pasti jantina suspek kerana semua berpurdah dan menutup muka serta tidak pasti motif kejadian kerana tidak mempunyai musuh.
Dia kemudian membawa isterinya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) di Kubang Kerian.
Menurut Muhammad Ikhwan, isterinya yang berusia 27 tahun itu telah menjalani pembedahan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian. Wanita itu telah menjalani pembedahan pada jam 10 pagi tadi hingga 4 petang.
“Dalam enam jam saya tunggu, alhamdulillah isteri sudah selesai jalani pembedahan. Dia dalam keadaan stabil, namun belum sedarkan diri kerana kesan bius,” katanya.
Muhammad Ikhwan berkata, dia tidak dapat berkongsi butiran lanjut kecederaan dialami isterinya berikutan masih belum mendapat laporan penuh berhubung kecederaan itu.
Katanya, keadaan isterinya ketika ini sudah stabil selepas menjalani pembedahan selama enam jam.
“Anak perempuan yang berada dalam kedai ketika kejadian masih dalam keadaan trauma dan tak mahu bersendirian,” katanya.
Dua minggu sebelum kejadian itu, kawasan depan premis spa milik Nor Faziera itu juga menjadi sasaran disimbah cecair dipercayai asid.
Lokasi spa yang mana pengusaha spa disimbah asid oleh ‘perempuan berpurdah’ yang menyamar sebagai pelanggan dalam kejadian di Beris Kubur Besar, Bachok. – Foto NSTP/Nor Amalina Alias Sumber rapat dengan Nor Faziera berkata kejadian itu dimaklumkan mangsa sebelum meminta wanita itu berhati-hati.
Katanya, dia tidak menyangka rakannya menjadi mangsa sehingga melecur hampir sebelah badan.
“Setahu saya, dia memang ada beberapa musuh, biasalah orang berniaga, tapi tak rasa sehingga sanggup ke tahap nak bunuh dengan simbah asid.
“Saya berharap polis berjaya tahan suspek dan mengenal pasti punca kejadian secepat mungkin,” katanya ketika ditemui di Beris Kubur Besar, di sini, hari ini.
Sumber berkenaan hadir ke kedai spa itu bersama suami mangsa, Muhammad Ikhwan Syahrul Seri Buana, 33 dan ahli keluarga.
Katanya, Nor Faziera turut memaklumkan menerima tempahan ‘pelik’ dua minggu lalu daripada wanita berpurdah yang mahu dia sendiri mengurut selain kerap menukar temu janji sehinggalah berlaku kejadian itu.
Sementara itu, rakan spa mangsa, Rosnani Seman, 52 berkata, mangsa seorang yang mesra dan mudah menerima tunjuk ajar.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Spa Negeri Kelantan, berkata Nor Faziera adalah ahli jawatankuasa di bawah persatuan dan pagi sebelum kejadian, mangsa sempat bersamanya ke program bersama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di Kota Bharu.
“Saya terkejut bila dapat panggilan daripada Faziera memaklumkan dia kena simbah asid, saya terus gerak ke spanya dan sempat bersama beliau sebelum dibawa ke hospital,” katanya.
Sabtu lalu, Nor Faziera diserang tiga pelanggan berpurdah yang kononnya mahu mendapatkan khidmat urut di kedai spa dan salun miliknya di Beris Kubur Besar, Bachok.
Sehingga kini polis giat menjalankan operasi bagi menangkap suspek yang dipercayai dilakukan lebih seorangpek dan belum mengetahui motif kejadian.
Sumber: Berita Harian online 1 Berita Harian online 2 Berita Harian online 3 Berita Harian online 5
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Pengusaha Spa Disimbah Asid Selamat Jalani Pembedahan, Pelanggan Berpurdah Diburu Polis appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pengusaha-spa-disimbah-asid-selamat-jalani-pembedahan-pelanggan-berpurdah-diburu-polis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Suspek Yang Disyaki Terlibat Simbah Asid Pengusaha Spa Ditahan

Kelantan Suspek Yang Disyaki Terlibat Simbah Asid Pengusaha Spa Ditahan

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 120 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis menahan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian seorang pengusaha spa cedera parah akibat disimbah asid di Bachok Kelantan Sabtu lalu Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata suspek berusia...
12 Tahun Diburu Polis Lelaki Akhirnya Didakwa Kes Bunuh Bouncer

12 Tahun Diburu Polis Lelaki Akhirnya Didakwa Kes Bunuh Bouncer

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 124 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Selepas 12 tahun diburu polis seorang pekerja kedai aksesori kereta akhirnya didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini kerana disyaki membunuh seorang pengawal kelab malam atau bouncer pada 2013 Harian Me...
Tiga Suspek Kes Simbah Asid Di Bachok Dikesan Menerusi Dua Cctv Polis

Tiga Suspek Kes Simbah Asid Di Bachok Dikesan Menerusi Dua Cctv Polis

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 187 hits
KOTA BHARU 21 Mei Polis mengesahkan hanya dua daripada enam kamera litar tertutup berfungsi di lokasi kejadian seorang wanita diserang menggunakan asid di Bachok pada Sabtu lepas Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berk...
Dua Wanita Yang Tular Curi Parcel Sedang Diburu Pihak Polis

Dua Wanita Yang Tular Curi Parcel Sedang Diburu Pihak Polis

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 138 hits
BernamaDua wanita yang ditangkap oleh tuan rumah mencuri bungkusan Gambar Sinar HarianJOHOR BAHRU Polis sedang mengesan dua suspek wanita yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri bungkusan di kawasan taman perumahan di Seri Alam Masa...
Nahas Fru Masih Tiada Pihak Bayar Jaminan Pemandu Lori Kekal Di Lokap Polis

Nahas Fru Masih Tiada Pihak Bayar Jaminan Pemandu Lori Kekal Di Lokap Polis

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 159 hits
TELUK INTAN 17 Mei Masih tiada pihak tampil membayar jaminan untuk pemandu lori yang didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan setakat hari ini Timbalan Ketua Polis Perak DCP ...
Polis Minta Transfer Rm50 Elak Kena Saman

Polis Minta Transfer Rm50 Elak Kena Saman

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 113 hits
KOSMOTangkap layar menunjukkan pegawai trafik itu meminta seorang lelaki membuat transaksi ke akaunnya TikTokJAKARTA Seorang polis trafik di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila meminta penunggang motosikal yang melanggar lalu linta...
Lapan Maut Tiga Cedera Parah Kemalangan Libatkan Kenderaan Fru Di Teluk Intan Polis

Lapan Maut Tiga Cedera Parah Kemalangan Libatkan Kenderaan Fru Di Teluk Intan Polis

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 201 hits
IPOH 13 Mei Lapan dilaporkan meninggal dunia manakala tiga cedera parah dalam kemalangan membabitkan lori Pasukan Simpanan Persekutuan Polis Diraja Malaysia dengan lori muatan batu di Jalan Chikus Sungai Lampam di Teluk Intan hari ini Ketua...
Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 221 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis sedang menyiasat dakwaan seorang vokalis kumpulan muzik skinhead dipercayai dipukul di sebuah pusat beli belah di Johor Bahru Sabtu lepas Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata siasatan dilakuk...
Awas Polis Tiada Kaitan Dengan Iklan Dapatkan Semula Wang

Awas Polis Tiada Kaitan Dengan Iklan Dapatkan Semula Wang

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 150 hits
Bukit Aman menasihati orang ramai jangan terpedaya dengan iklan menawarkan khidmat mendapatkan semula wang telah ditipu Polis tiada kaitan dengan iklan tawar khidmat yang memaparkan lambangnya serta perkataan Royal Malaysia Police Commercia...
No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

Oppo Reno14 Drops At Ooo Fest With Ai Cam Freebies

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed

What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Smart Dust The Invisible Future Of Monitoring And Data Collection


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Mandul Bukan Pilihan

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon