Penggunaan Kaedah Fiqh


 
Penggunaan Kaedah Fiqh  الخروج من الخلاف مستحب

 Muhammad Nuruddin Bin Bashah




Disunatkan menggosok sambil membasuh/berwuduk dan menyapu kepala, kerana khilaf Imam Malik mewajibkannya.
Disunatkan membasuh air mani (sperma), kerana khilaf  Imam Malik mewajibkanya.
Solat Sunat Qashr dalam perjalanan yang menempuh jarak 3 marhalah (+ 16 farsakh = 88.5 km) kerana Imam Abu Hanifah meninggalkan khilafah yang mewajibkannya.
Elakkan menghadap dan menghadap kiblat (bagi yang buang air besar atau kencing) dengan menggunakan penutup, hukumnya adalah sunnah, kerana ia keluar dari khilaf Imam Shofyan Tsauri yang mewajibkan menjauhinya secara mutlak. .
Makruh solat sendiri di belakang saf ma'mum yang ada, kerana keluar dari khilaf Imam Ahmad yang membatalkannya.
Makruh mufarraqah (berpisah) dengan imam tanpa sebab, kerana khilaf  Imam Daud Dzairi yang membatalkannya. (Hakim, Abdul Hamid; Zaenuri Siroj; Nur Hadi. 2012).
Hukum Tawaf Wada’  Bagi Orang Yang Mengerjakan Umrah
Para fuqaha sebahagian menyatakan bahawa hukum tawaf wada’ bagi mereka adalah wajib. Inilah pandangan yang dipegang oleh majoriti ulama’ berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:  لاَ يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ الطَّوَافَ بِالْبَيْتِ

Maksudnya: Janganlah salah seorang dari kamu meninggalkan (Mekah) sehinggalah perbuatan terakhirnya di Baitullah adalah tawaf (wada’).Riwayat Abu Daud (2002)

Kata Imam Al-Nawawi: ‘’Pandangan paling sahih dalam mazhab kami adalah tawaf wada’ itu hukumnya wajib dan mewajibkan dam sekiranya ia ditinggalkan’’. Lihat Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (8/284).

Manakala sebahagian yang lain pula menyatakan bahawa ia hanya wajib bagi golongan yang mengerjakan ibadah haji sahaja manakala ia tidak diwajibkan ke atas mereka yang mengerjakan umrah. Dalam erti kata tawaf wada’ hanya sunat bagi mereka yang mengerjakan ibadah umrah.

Ini kerana jika dilihat kepada dalil-dalil yang mewajibkannya ia merujuk kepada mereka yang mengerjakan haji dan bukannya terkhusus kepada golongan yang mengerjakan umrah.

Maka elok memilih pandangan yang menyatakan wajib dengan melakukan tawaf wada’ sebelum keluar dari tanah haram Makkah. (Muhammad Fahmi Rusli 2019).

Contoh pengarang kitab fiqh sendiri menggunakan kaedah ini dalam meletak hukum dalam kitabnya. Misalnya Ianah Tholibin (syarah Fathul Muin) tentang  tempat  I’tikaf.  Madzhab Hanafi,    Maliki  dan  Hambali mempersyaratkan  bahawa  tempat  I’tikaf  adalah  masjid  Jami’,  I’tikaf  di  masjid yang  bukan  jami’  adalah  tidak  sah.  Namun  dalam  madzhab  Syafi’iy  tidak mempersyaratkan  seperti  itu.  Imam  Syafii  berkata: “I’tikaf  di  masjid  jami’  lebih kami sukai...”. Selanjutnya Sayyid Bakri mengatakan bahawa hal itu dianjurkan supaya keluar dari perselisihan pendapat yang mewajibkannya. (Munawaroh, L. 2017).
Pengharaman Bitcoin. Sesetengah mengatakan Bitcoin adalah haram digunakannya, manakala sesetengah lagi berpendapat ianya harus digunakan. Antara sebab Bitcoin dikatakan haram adalah kerana 1) nilai yang tidak konsisten, 2) tiada pihak autoriti untuk mengawal selia mata wang ini, 3) sering digunakan untuk aktiviti haram, 4) tidak menepati syarat mata wang, serta 5) mempunyai unsur gharar dan jahalah. Menurut pendapat yang mengharuskan Bitcoin, antara sebab ia diharuskan adalah kerana 1) menepati ciri-ciri mata wang yang sah, 2) menolak unsur gharar ada pada Bitcoin, dan 3) nilai tidak stabil tidak boleh dijadikan illah pengharaman Bitcoin. Justeru, dengan menggunakan kaedah Al-Khuruj Minal Khilaf Mustahab (keluar dari khilaf adalah dituntut), maka lebih afdhal bagi kita untuk keluar dari khilaf dengan mengikut pendapat yang berpendapat Bitcoin adalah haram. (Islam, P. M. B. M.)



Rajah di ambil dari pautan: https://wasatonline.files.wordpress.com/2022/05/article-1-table.png
Rujukan

Hakim, Abdul Hamid; Zaenuri Siroj; Nur Hadi. (2012). Terjemah mabadi awwaliyyah : kajian tentang fiqih / karya Abdul Hamid Hakim ; alih bahasa, Zaenuri Siroj, Nur Hadi. Jakarta :: Megah Jaya.

 
Muhammad Fahmi Rusli. ( Julai, 29 2019). IRSYAD USUL AL-FIQH SIRI KE- 37 : PERBAHASAN KAEDAH AL-KHURUJ MINAL KHILAF MUSTAHAB (الخروج من الخلاف مستحب).Bahan diakses pada 19 Februari 2023 pada pautan   https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-usul-fiqh/3605-irsyad-usul-al-fiqh-siri-ke-37-perbahasan-kaedah-al-khuruj-minal-khilaf-mustahab?highlight=WyJqYW1hayJd
 
Munawaroh, L. (2017). Penggunaan Kaidah Fiqhiyyah “Al-Khurūj Min al-khilāf Mustahab” Terkait Bab Ibadah Dalam Kitab I’ānat Al Thālibīn. NUANSA: Jurnal Penelitian Ilmu Sosial dan Keagamaan Islam, 14(1), 1-26.
 
Islam, P. M. B. M. Penggunaan Matawang Bitcoin Menurut Islam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laman-munawwarah.blogspot.com/2023/02/penggunaan-kaedah-fiqh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
E Poster Kaedah Migrasi Cloud

E Poster Kaedah Migrasi Cloud

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 260 hits
Source https mdec my digital economy initiatives for the industry cloud1st
Yuk Mulai Bijak Dalam Penggunaan Plastik Dengan Terapkan Beberapa Hal Ini

Yuk Mulai Bijak Dalam Penggunaan Plastik Dengan Terapkan Beberapa Hal Ini

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 184 hits
Untuk menciptakan lingkungan yang lebih lestari kamu bisa lho berkontribusi dengan mengurangi penggunaan plastik dalam aktivitas sehari hari
Kunker Ke Balikpapan Mendagri Dorong Peningkatan Penggunaan Produk Dalam Negeri

Kunker Ke Balikpapan Mendagri Dorong Peningkatan Penggunaan Produk Dalam Negeri

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 102 hits
Mendagri meminta Pemda segera menayangkan produknya ke dalam e Katalog Lembaga Kebijakan Pengadaan Barang Jasa Pemerintah Berdasarkan data yang dikantongi Kementerian Dalam Negeri per Januari 2023 dari 552 Pemda baru 257 di antaranya yang t...
Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah