Penggabungan Pas Umno Masih Kabur


ULAS MUKTAMAR 65

Muktamar Pas ke 65. Foto: Sinar.PARTI Islam se Malaysia (Pas) (yang kini dikenali dengan Pam) telah mengadakan muktamar ke 65 bertempat di Gambang Pahang Darul Makmur. Pahang dipilih sebagai tuan rumah yang pertama kali sejak kewujudan parti agama itu sejak 68 tahun lampau.

Sebelum ini muktamar kerap diadakan di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Terengganu. Dan hampir semua negeri-negeri di Semenanjung sudah menjadi tuan rumah, kecuali Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, serta Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak tidak pelik kerana ia negeri terkemudian menerima kemasukan Pam.

Kenapa muktamar ke 65 itu diadakan di Pahang, mungkin ada perkiraan politik dan signifikannya tersendiri. Tidak dinafikan pengaruh Pam di negeri Tok Gajah itu menyerlahkan dalam Piraum lalu. Pencapaian Pas lebih baik berbanding dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH). Pas memenangi lapan (8) kerusi Dun yang dianggap pencapaian terbaik di Pahang.

Mungkin pencapaian itu maka muktamar bertemakan "Islam Memimpin Perpaduan" diadakan di negeri tersebut dengan harapan ia akan menyuntik semangat dan menyemarakkan lagi pengaruh Pas di negeri itu. Berkaitan perkembangan Pam di Pahang ini agak ironis sedikit kerana parti itu melonjak apabila bekas Pesuruhjayanya Tuan Ibrahim Tuan Man berkelana di Kelantan dan menang di parlimen Kubang Kerian.

Tema muktamar.

Indah dan cantik bunyi tema muktamar yang dipilih Pam itu. Ia menggambarkan Islam menjadi ideologi Pas sebagai wadah yang memimpin perpaduan masyarakat di negara ini. Namun dari segi praktikal politiknya, ia boleh dipertikaikan apabila tindakan sesetengah pemimpin Pam agak kontradik dengan nilai murni politik asal Pam dan terus mengekalkan politik primitif yang tertutup dan penuh kebencian.

Misalnya apabila mereka telah menjadikan DAP sebagai musuh utamanya, maka konsep perpaduan ummah itu sudah hilang. Di mana rasionalnya tema itu apabila Pas secara terang-terangan dan penuh kebencian menolak DAP, menganggap DAP sebagai parti kafir harbi yang tidak perlu diwujudkan dalam negara mengamalkan demokrasi ini. Bolehkah Pam menolak kewujudan DAP sebagai sebuah parti berdaftar sebagai musuhnya? Inilah canggung dan sempitnya pemikiran atau knowledge sesetengah pemimpin Pam itu.

Dalam realiti politik, Pas tidak akan berjaya untuk muncul menjadi pemimpin ummah, kerana selagi tidak berjaya untuk menguasai 2/3 parlimen, atau berada sama dalam kumpulan menggubal undang-undang, dasar dan politik negara, kerajaan, selama itulah apa yang diimpikan itu menjadi angan-angan.

Pam boleh menjadi pemimpin apabila berjaya membentuk kerajaan. Sedangkan kemungkinan untuk membentuk kerajaan itu tidak akan tercapai selagi bermusuh dengan bukan Islam kerana realiti politik negara memerlukan parti itu berta'awun dengan semua bangsa lain. Kalau setakat bermuafakat atau berta'awun  dengan sesama Melayu ia sangat menyukarkan.

Belum ada mana-mana parti dalam negara ini yang boleh membentuk kerajaan tanpa bermuafakat dengan parti-parti lain. Hatta Umno parti Melayu terulung pun tidak pernah membentuk kerajaan dengan kesendiriannya tanpa berkongsi kuasa dengan Cina dan India menerusi MIC dan MCA dan Gerakan.

Sebelum ini Pas telah bekerjasama dengan DAP menerusi Pakatan Rakyat (PR) bahkan lama sebelum itu menerusi Majlis Perundingan Cina (CCC), tetapi akhirnya kerjasama itu runtuh. Jarang orang menyedari kenapa kerjasama itu runtuh. Orang menganggap ia adalah kerana kesalahan DAP. Tidak. Sebenarnya muafakat atau kerjasama itu runtuh disebabkan permainan Umno yang menghasut Pas. DAP selamanya menyedari ia tidak mampu memerintah negara ini tanpa bekerjasama dengan Melayu. Sebab itu walaupun DAP tahu Pas parti rigid, ekstrimis mereka cuba juga mendekati dan berjinak dengan Pas.

Hasutan itu sangat halus sehingga dimakan Pas seperti termakan tulang ikan yang dimamah dengan isinya. Umno bijak dalam soal ini. Dalam perkiraan Umno hubungan Pas dengan DAP atau Cina perlu dimusnahkan kerana ia merbahaya kepada kelangsungan kekuasaanya. Umno memahami kerjasama Pas dengan DAP berlandaskan politik demokrasi menyebabkan Umno akan rugi. Maka hendak tidak hendak Umno perlu menyucuk jarum menghasut Pas dengan berselindung disebalik nama Islam dan bangsa.

Hakikat ini tidak disedari oleh Pas dan usaha Umno itu berjaya apabila sebahagian pemimpin Pas telah menggunapakai dakyah Umno itu untuk memburuk DAP dan sampai ada menganggap DAP adalah anak parti Komunis Malaya. Dan lebih mengecewakan apabila Pas menjadi jinak dengan Umno bila diumpankan dengan kebendaan.

Atas realiti tadi, tanpa mengambil kira sokongan kaum lain (DAP), hasrat Pas untuk menjadikan Islam parti itu sebagai memimpin ummah tidak akan tercapai. Apa lagi sikap pesimis dan benci Pas bukan sahaja kepada DAP tetapi juga kepada rakannya yang lain, mereka yang sebangsa dan seagama malahan pernah tinggal serumah dan tidur sebantal dan setilam pun yakni Parti Amanah Negara pun, Pas jadikan sebagai musuh atau seteru "mak anak". Di sinilah tidak berhemah dan waras Pas dalam politik dan bertindak menentang normal politik.

Justeru dari celah mana Pas mahu muncul untuk menjadi parti memimpin ummah seperti dicanangkan dalam tema muktamar ke 65 itu? Atas kepincangan itu juga disini tampak Pas hanya menggunakan Islam sebagai modal dan alat politik semata-mata dan bukan sesuatu yang lahir dari dhamir yang benar. Ertinya nawaitu Pas itu palsu dan bohong yang kohong.

Pemilihan pemimpin. 

Berbalik kepada muktamar Pas kali ini yang melibatkan pemilihan pemimpin untuk tempoh 2019 - 2021, pemilihan pemimpin Pas sesi ini berlaku dengan tenang dan tidak ada keributan. Suasananya menggambar situasi dari sebuah parti yang berakhlak.

Jika seseorang itu bukan peminat Pas mereka tidak tahu yang parti itu bermuktamar. Ke"gegeran"nya tidak seperti pemilihan pada tahun-tahun sebelum ini. Situasi itu baik bagi Pas, tetapi dari sudut lain ia menjadikan Pas seakan terpojok kerana tidak diberikan perhatian lagi. Publisiti untuk Pas juga tidak semeriah seperti sebelum ini. Dalam kata lain Pas gagal mencipta gimik untuk orang mengingatkan parti itu kecualilah dengan mengadakan lelongan lemang panjang sahaja.

Seperti diketahui umum dan diduga, bahawa Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man kekal dengan kedudukan masing-masing. Tidak ada siapa yang berani muncul melawan Hadi dan Tuan Ibrahim. Apakah ia kerana berlaku "kacipan" yang kuat maka pertandingan perlu dielakkan untuk mengelak parti berpecah atau kerana kedua mereka adalah kembar pemimpin yang ideal dalam Pas?

Atau apakah Pas tidak mempunyai tokoh yang selayak untuk diadukan merebut jawatan itu lagi. Atawa mereka terlalu taksub dan takut kepada Abdul Hadi Awang dan percaya dengan kata-kata kalau lawan Hadi ia melawan ulama dimana hukumnya berdosa, sesiapa melawannya akan ditimpa dosa dan dosa pula dikaitkan dengan tidak berbau syurga? Apakah mitos dan khurafat itu wujud dalam Pas sekaligus membunuh demokrasinya?

Sungguh pun begitu pertandingan atau pemilihan di peringkat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas untuk sesi 2019 - 2021 ada perubahan agak besar kalaupun tidak hangat. Ada perubahan kedudukan posisi dalam 25 AJK yang dipilih itu. Meneliti kepada mereka yang dipilih saya lihat pemilihan untuk jawatankuasa ini berlangsung secara rasional. Pemilihan ini dilakukan secara terbuka dan tidak diikat dengan cai, seperti memilih sebakul kelapa seperti sebelum ini.

Kejadian pemilihan seperti berlangsung pada tahun 2015 di Kuala Selangor dahulu tidak berlaku kali ini. Tidak ada ethnic cleansing terjadi. Barangkali sudah tiada lagi ethnic atau anasir jahat yang merosakkan parti itu selepas mereka ditolak secara berkumpulan ke Selat Melaka di Kuala Selangor.

Pemilihan kali ini kelihatan dibuat berdasarkan kepada realiti serta kesedaran betapa Pas tempang dan rugi apabila membuang para pemimpin profesionalnya. Maka golongan profesional perlu dibawa dan diberi tempat semula demi memulihkan kembali martabat parti itu. Perubahan itu memberi kesedaran kepada ahli Pas bahawa politik tidak boleh diuruskan dengan baca-bacaan dan tafsiran kitab sahaja, tetapi harus praktikal.

Dalam barisan AJK Pas kini kedudukan di antara golongan berjanggut (agamawan) dengan golongan profesional agak seimbang. Terdapat lapan hingga 10 orang yang boleh digolongkan dalam golongan profesional dari berbagai latar belakang profesional, ilmu.

Yang paling ketara, betapa rasionalnya pemilihan kali ini apabila tokoh-tokoh yang dianggap sebagai ustaz dan tuan guru kecil yang menunjukkan sikap ekstrem, kononnya fakeh agama tergolek ke bawah. Mereka bukan lagi mendapat undi terbanyak, rata-rata berada dibawah kedudukan top five ke bawah. Ini adalah satu isyarat yang jelas daripada para perwakilan sekaligus menunjukkan mereka kurang percaya kepada golongan janggut sejemput ini.

Sekurang-kurang tiga nama yang dilihat sebagai bakal menerajui Pas masa depan dari rahang ulama, dan kebetulan mereka ini juga menunjukkan keintiman dengan Umno mengelunsur turun. Mereka ialah Nik Abduh Nik Abdul Aziz,  (781), Nasaruddin Hassan (714), Khairuddin Aiman Razali (758). Sepatutnya tiga nama ini berada teratas di bawah garis top five. Mereka sepatutnya berada sejujutan dengan bekas ketua pemuda Muhammad Khalil Abdul Hadi yang mendapat undi terbanyak (956), kerana mereka berdua juga adalah bekas ketua dewan pemuda.

Sebaliknya kali ini golongan profesional, yang tidak berkelulusan di Timur Tengah, kurang hafal Hadith menjadi pilihan utama. Antara mereka ialah Dr Azman Ibrahim (947), Dr Mohd Fadzli Hassan (860), Dr Halimah Ali (943) Dr Zuhdi Marzuki (843) dan bekas Exco Selangor serta yang lain.

Dari golongan agamawan dan mempunyai janggut sejemput, hanya Muhammad Khalil yang mendapat undi terbanyak. Pun begitu ia tidak menghairankan kerana Halil dibayangi oleh pengaruh ayahnya selaku presiden dan ulama muktabar dan wali kutub. Pemilihan itu bukan berdasarkan karismatik dan pencapaiannya tetapi kerana naungan bapak. Hal sama juga berlaku kepada Nik Abduh sebelum ini beliau mendapat undi terbanyak dalam percubaan pertama untuk menduduki hierarki utama itu kerana dibayangi pengaruh Nik Aziz.

Selepas beberapa tahun, kuasa atau politik bayangan ayah akan mengecut. Begitu juga dengan masa depan Khalil ia tidak akan mampu mempertahankan pencapaian istimewanya itu sekiranya dia gagal menyerlah dan menunjukkan kepimpinannya, dia juga akan tergolek ke bawah kerana bayangan seorang ayah akan beransur pergi dan kemudian hilang bagaikan pelangi yang muncul hanya untuk seketika selepas gerimis.

Kehadiran Samsuri.

Dalam ulasan ini seperkara lagi yang hendak diperkatakan ialah, kedudukan MB Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar (foto) sebagai salah seorang Naib Presiden.  Penarikan diri seorang Naib Presiden (lupa nama) yang secara tidak langsung memberi laluan kepada Samsuri satu tindakan baik dan bijak bagi menyelamatkan air muka bekas Naib Presiden dari Selangor itu.

Kalau pun dia meneruskan hajat, beliau pasti juga akan tergelincir ke bawah kerana tidak mampu bersaing dengan tiga calon lain itu.

Kegagalan beliau untuk membawa Pas Selangor cemerlang dalam pilihan raya lalu, menjadi punca dan penarikan diri itu sebagai mengambil tanggungjawab (akauntabiliti) beliau untuk berundur. Pun begitu, kalau dia teruskan juga belum pasti akan terkeluar kerana, mood pemilihan kali ini mencari dan mahu seseorang yang baik dan rasional dalam politik bukannya seorang yang hanya tahu membaca ayat-ayat Quran yang ditulis di telapak tangan serta beretorik dengan sejarah masa lampau.

Mungkin kalau wakil Selangor itu menerus hajat mengekalkan kerusinya, dia boleh mencabar kedudukan Mohd Amar Nik Abdulah yang dilihat lantang dan sering mengeluarkan kenyataan (menate) yang huduh tidak mencerminkan dia sebagai pemimpin bersahsiah Islam yang tidak disenangi ahli parti itu.

Kehadiran Samsuri  di level ketiga itu dilihat menjadi wakil dan harapan kepada golongan profesional dan mereka yang rasional politik dalam Pas. Kebetulan Samsuri selama setahun lebih menjadi MB Terengganu beliau dilihat lebih berjaya daripada Ahmad Yakob di Kelantan yang sudah menjadi MB lebih lima tahun yang hanya reti mengatik dan solat ghaib sahaja.

Kejayaan penting Samsuri yang merupakan pakar aerospace engineering ialah berjaya menjinakkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memberi royalti petroleum kepada Terengganu. Kejayaan ini dilihat kebijaksanaan dan politik profesional diamalkan oleh Samsuri dan tidak terbuat oleh Ahmad.

Dengan kedudukannya kini sebagai salah seorang naib presiden Pas, Samsuri berpotensi untuk melonjak ke kedudukan lebih tinggi dalam Pas. Tertakdir Abdul Hadi berundur memimpin Pas, saya mengira Samsuri adalah calon utama untuk dipilih sebagai timbalan presiden di masa akan datang. Sekiranya Samsuri menjadi timbalan presiden Pas, mungkin berlaku perubahan pendekatan politik Pas, daripada pendekatan politik menggunakan hukum hakam sebagai senjata kepada politik menggunakan kewarasan sebagai mendekati lawan.

Kerjasama dengan Umno.

Saya nak sebut juga fasal kerjasama dengan Umno dalam ulasan ringkas ini. Selain menunggu siapakah yang bakal menduduki jawatankuasa kerja tertinggi Pas orang ramai juga menunggu apa jadi dengan ura-ura dan agenda Pas untuk bergabung dan bekerjasama politik dengan Umno. Muktamar itu dikira menjadi pemutus berkaitan isu itu di mana para perwakilan diminta memberi mandat.

Tetapi nampaknya harapan besar itu tidak begitu menjadi dan hasil muktamar itu membincangkan usul penggabungan itu tidak begitu jelas. Walaupun muktamar itu membahas usul mengenai penggabungan itu tetapi keputusan muktamad yang konkrit masih belum ada.

Apa yang berlaku muktamar hanya diberi kebenaran green light oleh Dewan Ulama agar usul itu dibincang. Memerhati kepada kawasan Pas atau mereka yang mengambil bahagian dalam membahas usul berkenaan ia tidak menyeluruh, tidak merangkumi dari semua negeri. Justeru walaupun usul itu diluluskan tetapi ia tidak mencerminkan suara akar umbi yang menyeluruh.

Semasa usul itu dibentang ia hanya disokong oleh enam kawasan yang mengambil bahagian membahasnya. Daripada enam kawasan itu empat kawasan datangnya daripada Selangor, dua lagi daripada Pahang dan Negeri Sembilan. Ini menampakkan Pas Selangor yang bersungguh untuk bergabung dengan Umno. Ada logik kalau Pas Selangor terdesak untuk bergabung dengan Umno kerana dalam pilihan raya lalu mereka kalah teruk. Daripada 13 kerusi Dun yang dimiliki dalam Piraum ke 13, Pas Selangor kini hanya tinggal satu kerusi sahaja di Sijangkang.

Mungkin bagi Pas Selangor penggabungan dengan Umno dalam pilihan raya akan datang dapat memulihkan pengaruh dan kekuatan mereka. Jadi maksud Pas Selangor untuk bergabung dengan Umno hanya atas kepentingannya tanpa memikir kesan dan risiko kepada Pas negeri lain.

Seharusnya usul dan sokongan usul bergabung dengan Umno itu ikut dibahas atau diberi peluang kepada negeri-negeri lain juga. Paling penting ialah suara daripada Pas Kelantan dan Terengganu. Kerana Pas dikedua buah negeri ini mereka dilihat tidak terdesak dan tidak ada keperluan untuk bekerjasama dengan Umno. Pandangan mereka nanti lebih munasabah. Mungkin mereka mengira, formula dipakai dalam pilihan raya lalu masih perlu dikekalkan, dimana pertandingan tiga penjuru memberi kelebihan kepada mereka.

Jadi untuk apa mereka berkongsi kerusi dan bermuafakat, atau berta'awun dengan Umno kerana kalau mereka bersendiri pun mereka tetap menang? Mungkin hujah dan formulanya inilah menyebabkan Pas Kelantan dan Terengganu tidak menunjukkan keghairahan tinggi untuk bergabung.

Apabila kedua buah negeri yang dianggap sebagai kubu Pas itu tidak menunjukkan minat untuk bergabung, maka usul atau agenda penggabungan itu tidak begitu "latas" (dominan) dalam muktamar itu dan ia hanya setakat cuba mengambil (endorse) perwakilan agar bersetuju sahaja. Lantaran itu masih ada suara-suara dianggap terpencil seperti mana kata Abdul Hadi yang menolak atau sangsi kepada natijah penggabungan itu.

Kesimpulannya agenda penggabungan itu yang masih dikekalkan dengan terminalogi ta'awun dengan tambahan istilah siyasi, yakni kerjasama yang belum "terijab kabul" lagi, dan perkembangannya masih negatif.  Umpama pasangan yang terikat dengan pertunangan dimana ia boleh dibatalkan bila-bila masa sama ada persetujuan bersama atau tidak.

Bagaimana pun apa yang kita semua difahamkan proses itu akan diteruskan dan jawatankuasa teknikal penggabungan itu akan bersidang selepas ini. Menurut Setiausaha Agung Umno Annuar Musa piagam penggabungan itu ia akan diumumkan selaps Aidifitri namun sampai kini masih belum dengar apa-apa berita. Mungkin selepas habis bulan Syawal baru diumumkan?

Pendeknya idea dan strategi penggabungan di antara Pas dengan Umno masih kabur. Kekaburan ini berlaku bukan sahaja dalam Pas, tetapi dalam Umno juga. Walahu'alam. [wm.kl.12:08 pm 25/06/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/06/penggabungan-pas-umno-masih-kabur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Should Retract Claim Umno Members Are Infidels Before Forging Ties Says Dr M

Pas Should Retract Claim Umno Members Are Infidels Before Forging Ties Says Dr M

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 389 hits
AFPPETALING JAYA PAS should retract its claim that Umno members are kafir before forging ties with the party says Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad Last time PAS claimed that Umno is kafir If it collaborates with Umno it will also be k...
Ahli Harus Faham Konsep Tahaluf Siyasi Pas Umno Hadi

Ahli Harus Faham Konsep Tahaluf Siyasi Pas Umno Hadi

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 406 hits
Abdul Hadi AwangKUALA LUMPUR Kira kira 90 peratus pengundi bukan Islam mengambil keputusan mengundi calon Pakatan harapan pada PRU 14 kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Menurutnya sikap kira kira 30 peratus pengundi muda membuat ...
Hadi Only Isolated Voices In Pas Concerned About Umno Cooperation

Hadi Only Isolated Voices In Pas Concerned About Umno Cooperation

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 400 hits
PAS MUKTAMAR PAS president Abdul Hadi Awang has dismissed concerns raised by delegates over cooperation with Umno describing these as the isolated voices of those new to the party At a press conference after delivering his winding up addres...
Pas Jadi Kafir Jika Kerjasama Dengan Umno Kata Pm

Pas Jadi Kafir Jika Kerjasama Dengan Umno Kata Pm

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 248 hits
June 23 2019 10 19 PMDr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas mengakhiri lawatan kerja 4 hari sempena Sidang Kemuncak Asean ke 34 di Bangkok hari ini BANGKOK Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata PAS mesti meng...
Muktamar Setuju Pas Bekerjasama Dengan Umno Dikuatkan Lagi Dengan Kehadiran Semula Zahid

Muktamar Setuju Pas Bekerjasama Dengan Umno Dikuatkan Lagi Dengan Kehadiran Semula Zahid

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 302 hits
Perkhabaran bahawa MAHATHIR perlu disingkirkan untuk menghidupkan dan selamatkan semula watak in ADA relevannya
Bekas Adun Tak Kena Mesyuarat Pas Dirasmi Umno

Bekas Adun Tak Kena Mesyuarat Pas Dirasmi Umno

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 426 hits
MUKTAMAR PAS Nampaknya di sebalik arahan walak dan janji untuk mentaati arahan pimpinan kerjasama PAS dengan Umno masih belum mendapat lorongan yang luas Bercakap semasa membahaskan usul mengenai usul memeterai taawun dan tahaluf siyasi den...
Majlis Syura Ulama Luluskan Kerjasama Politik Pas Umno

Majlis Syura Ulama Luluskan Kerjasama Politik Pas Umno

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 293 hits
KUANTAN Majlis Syura Ulama PAS sudah meluluskan tiga jenis hubungan kerjasama yang bakal dimeterai dengan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan tiga jenis hubungan politik itu ialah...
Selangor Pas Delegate Wants Guideline For New Level Ties With Umno

Selangor Pas Delegate Wants Guideline For New Level Ties With Umno

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 339 hits
PAS MUKTAMAR A PAS central delegate today said it was acceptable for party leaders to officiate Umno branch annual general meetings but it wouldn t be right for Umno to do the same for PAS meetings In debating in support of a motion by the ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord