Pengesanan Awal Kanser Prostat Dengan Project Blue Dot Kerjasama Big Caring Group Rotary Kl Diraja Dan Ncsm


Pengesanan Awal Kanser Prostat Dengan ‘Project Blue Dot’: Kerjasama BIG CARiNG Group, Rotary KL DiRaja Dan NCSM BIG CARiNG Group, rangkaian farmasi terbesar di Malaysia yang merangkumi BIG Pharmacy, CARiNG Pharmacy, Georgetown Pharmacy, Ting Pharmacy dan Wellings Pharmacy telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) tiga pihak dengan Kelab Rotary DiRaja Kuala Lumpur (RCKL DiRaja) dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk menyertai Project Blue Dot yang diterajui oleh RCKL DiRaja.
Project Blue Dot merupakan sebuah inisiatif dengan objektif memperluaskan akses kepada saringan awal dan pengesanan kanser prostat untuk golongan lelaki Malaysia, khususnya daripada komuniti B40 dan kumpulan berisiko tinggi.
MOU tersebut ditandatangani oleh Encik Chong Yeow Siang, Ketua Pegawai Operasi BIG CARiNG Group; Dato’ Dr. Prakash Rao, Presiden RCKL DiRaja; dan Dato’ Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden NCSM.
Sebagai peneraju utama Project Blue Dot, RCKL DiRaja menaja subsidi ujian Prostate-Specific Antigen (PSA) dan menyelaras sokongan susulan bagi individu yang memerlukan siasatan lanjut selepas menerima keputusan ujian.
NCSM pula bertindak sebagai peneraju klinikal dengan menyediakan kakitangan perubatan, protokol saringan dan analisis makmal. BIG CARiNG Group akan memperluaskan jangkauan inisiatif ini dengan menyediakan lokasi saringan yang mudah diakses melalui rangkaian BIG Pharmacy dan CARiNG Pharmacy.

Dato’ Dr. Prakash Rao, Presiden Kelab Rotary DiRaja Kuala Lumpur 2025/2026 berkata, “Ramai lelaki masih rasa tidak selesa bercakap tentang kesihatan mereka, terutamanya yang melibatkan prostat. Melalui Project Blue Dot, kami berharap dapat menormalisasikan perbualan ini dan menghapuskan stigma.
Melakukan saringan bukan tanda kelemahan, tetapi tindakan bertanggungjawab yang mencerminkan kekuatan. Apabila komuniti berkomunikasi secara terbuka, lebih ramai lelaki tampil ke hadapan. Lebih penting lagi, inisiatif ini bertujuan menyokong kesedaran, saringan, rawatan dan kelangsungan hidup pesakit kanser prostat melalui pengesanan awal dan komuniti sokongan yang kukuh.”
Sebagai pencapaian utama pertama, Project Blue Dot akan menyediakan 3,000 saringan kanser prostat percuma untuk lelaki Malaysia berumur 45 tahun ke atas daripada komuniti B40 dan kumpulan berisiko tinggi.
Dr. Malwinder Singh Sandhu, Pakar Onkologi Klinikal dan Ketua Projek Project Blue Dot berkata, “Project Blue Dot bukan sekadar saringan, ia adalah usaha memastikan tiada lelaki dengan keputusan PSA tinggi dibiarkan tanpa susulan atau akses kepada rawatan.
Rotary Club of Kuala Lumpur Diraja bukan sahaja menaja ujian PSA, tetapi melalui kerjasama dengan Pantai Hospital Kuala Lumpur dan Prince Court Medical Centre, lelaki dengan paras PSA tinggi boleh menerima konsultasi urologi secara percuma dan prosedur diagnostik bersubsidi seperti biopsi dan imbasan PET PSMA, jika diperlukan.
Projek ini juga menyediakan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan, termasuk rawatan lanjutan seperti radioterapi menggunakan SBRT.”
“Sehingga 20 pesakit B40 akan menerima bantuan kewangan penuh bagi perkhidmatan diagnostik dan rawatan. Project Blue Dot akan berlangsung sehingga Jun 2026, sebagai komitmen jangka panjang untuk memastikan pengesanan awal disusuli dengan rawatan lengkap dan berterusan,” tambah Dr. Malwinder.
Kanser prostat kini merupakan kanser ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki Malaysia, namun lebih 60% kes hanya dikesan pada peringkat lewat (Tahap 3 dan 4) apabila pilihan rawatan terhad dan kadar kejayaan rawatan menurun.
Walaupun risiko meningkat selepas umur 40 tahun, program jangkauan komuniti mendapati ramai lelaki enggan menjalani pemeriksaan prostat akibat sensitiviti budaya dan salah faham bahawa pemeriksaan hanya perlu dilakukan apabila lebih berusia atau bergejala, sedangkan ujian darah PSA yang mudah sebenarnya boleh mengesan tanda-tanda kelainan pada peringkat awal.

Dato’ Dr Saunthari Somasundaram, Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) berkata, “Kanser prostat sering berkembang secara senyap, sebab itulah ramai lelaki hanya dikesan pada peringkat akhir.
Ujian PSA adalah pantas, tidak menyakitkan, dan boleh menjadi faktor penentu antara penyakit yang dapat dirawat awal atau yang mengancam nyawa. Melalui Project Blue Dot, kami membawa kepakaran perubatan terus ke dalam komuniti, membantu menjadikan saringan pencegahan sebagai amalan kesihatan harian yang penting.”
Selain saringan, Project Blue Dot menyasarkan untuk mencapai 2 juta lelaki Malaysia melalui kempen kesedaran, sokongan rawatan menerusi bantuan kewangan dan emosi, serta sokongan kelangsungan hidup pesakit melalui pembentukan komuniti “Prostate Warriors”. Inisiatif ini akan dilaksanakan terlebih dahulu di Lembah Klang sebelum diperluaskan ke bandar-bandar lain di seluruh negara.
“Farmasi ialah tempat pertama di mana rakyat Malaysia biasanya mendapatkan nasihat apabila merasa tidak sihat. Melalui Project Blue Dot, kami akan menawarkan saringan secara langsung di farmasi BIG dan CARiNG kerana pengesanan awal perlu mudah diakses dan mampu milik.

Bersama RCKL DiRaja dan NCSM, kami berharap dapat meredakan kebimbangan dan stigma yang menghalang lelaki daripada mendapatkan bantuan, seiring dengan inisiatif utama kami ‘Ribbon of Hope’ yang memperjuangkan kesedaran dan penjagaan kanser,” kata Encik Mr. Chong Yeow Siang, Ketua Pegawai Operasi BIG CARiNG Group.
Majlis itu turut menampilkan sesi panel bertajuk “The Turning 40s Wake-Up Call: Starting Conversations About Prostate Health Early”, melibatkan Dato’ Dr. Prakash Rao, Presiden RCKL DiRaja; Dr. Malwinder Singh Sandhu, Pakar Onkologi Klinikal dan Ketua Projek Project Blue Dot; Dato’ Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden NCSM; serta Yeow Shiau Hueh, Penolong Pengurus, Bahagian Amalan Farmasi di BIG CARiNG Group.
Perbincangan tersebut menekankan bagaimana risiko awal bermula dan kenapa simptom sering muncul lewat, sambil menonjolkan peranan farmasi dan organisasi komuniti sebagai titik sentuhan mesra untuk kesihatan lelaki yang merupakan satu langkah penting dalam merapatkan jurang keraguan kesihatan apabila ramai lelaki menangguh atau mengelak pemeriksaan perubatan.
Saringan di bawah Project Blue Dot akan tersedia di cawangan terpilih BIG Pharmacy dan CARiNG Pharmacy di Lembah Klang bermula 15 November 2025 hingga 11 Januari 2026. Lelaki berumur 45 tahun dan ke atas, terutamanya daripada komuniti B40 atau mempunyai sejarah keluarga kanser prostat, digalakkan untuk menyertai.
Ikuti BIG Pharmacy di Facebook (www.facebook.com/bigpharmacymy) dan Instagram (www.instagram.com/bigpharmacymy/) atau CARiNG Pharmacy di Facebook (www.facebook.com/caring2u/) dan Instagram (www.instagram.com/caringpharmacy_my/)  untuk maklumat terkini mengenai cawangan farmasi terlibat serta acara saringan Project Blue Dot yang akan datang.
The post Pengesanan Awal Kanser Prostat Dengan ‘Project Blue Dot’: Kerjasama BIG CARiNG Group, Rotary KL DiRaja Dan NCSM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/18/pengesanan-awal-kanser-prostat-dengan-project-blue-dot-kerjasama-big-caring-group-rotary-kl-diraja-dan-ncsm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Antarabangsa Siasatan Terhadap Prince Holding Group Oleh As Uk Dan Negara Asia Tengah

Kerjasama Antarabangsa Siasatan Terhadap Prince Holding Group Oleh As Uk Dan Negara Asia Tengah

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 255 hits
Kerajaan Amerika Syarikat United Kingdom dan beberapa negara Asia kini menyiasat Prince Holding Group dari Kemboja selepas mereka menyita aset bernilai lebih dari USD15 bilion yang dikaitkan dengan tuduhan jenayah siber antarabangsa Pengasa...
Nct Group Tampilkan Inovasi Industri Di Sidang Kemuncak Kerjasama Dan Pembangunan Teknologi Asean

Nct Group Tampilkan Inovasi Industri Di Sidang Kemuncak Kerjasama Dan Pembangunan Teknologi Asean

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 175 hits
NCT Group Tampilkan Inovasi Industri Di Sidang Kemuncak Kerjasama Dan Pembangunan Teknologi ASEAN Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi semakin menjadi pemangkin perkembangan ekonomi di Asia Tenggara Menyedari kepentingan ini Kumpulan ...
Kerjasama Erat Pelbagai Pihak Cerminan Prestasi Positif Negara Pm Anwar

Kerjasama Erat Pelbagai Pihak Cerminan Prestasi Positif Negara Pm Anwar

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 165 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di Putrajaya pada 12 November 2025 Foto Instagram Anwar IbrahimPUTRAJAYA 12 Nov Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan prestasi neg...
Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 265 hits
MACC dan NCS China sepakat untuk memperluas kerjasama dalam memerangi rasuah berkongsi teknik penyiasatan dan meneroka kerjasama dalam Belt and Road PUTRAJAYA Malaysia dan China telah bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama strategik dalam us...
Mara Perkukuh Kerjasama Pendidikan Global Bersama Shanghai Jiao Tong University

Mara Perkukuh Kerjasama Pendidikan Global Bersama Shanghai Jiao Tong University

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 172 hits
MARA Perkukuh Kerjasama Pendidikan Global Bersama Shanghai Jiao Tong University SHANGHAI 5 November 2025 Majlis Amanah Rakyat hari ini memeterai Memorandum Persefahaman dengan Shanghai Jiao Tong University yang kini berada pada kedudukan ke...
Japanese Pm Small Dumpling With Vely Vely Big Mouth

Japanese Pm Small Dumpling With Vely Vely Big Mouth

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 122 hits
There is a hurricane force storm brewing in a tea cup this time ocha green tea in Japan and China The less than four week old new first female Japanese prime minister Sanae Takaichi has bungled big time when she told the Japanese Parliament...
Aerotrain Klia Mahb Sedia Kerjasama Dengan Sprm

Aerotrain Klia Mahb Sedia Kerjasama Dengan Sprm

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 137 hits
Aerotrain KLIA MAHB Sedia Kerjasama Dengan SPRM SEPANG 14 November Malaysia Airports Holdings Bhd belum menerima sebarang permintaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat projek Aerotrain bernilai RM456 juta di Lap...
Malaysia As Kukuh Kerjasama Ekonomi Berteraskan Keterbukaan Saling Menghormati

Malaysia As Kukuh Kerjasama Ekonomi Berteraskan Keterbukaan Saling Menghormati

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 191 hits
GYEONGJU 31 Okt Malaysia menegaskan bahawa hubungan strategik dengan Amerika Syarikat terus dibina atas asas keterbukaan keadilan dan saling menghormati kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri menyatakan perkara itu ke...
Green Groups Urge Govt To Probe Delays In Blue River Case

Green Groups Urge Govt To Probe Delays In Blue River Case

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 171 hits
Greenpeace Malaysia and Save Malaysia Stop Lynas have urged the government to investigate the 13 day delay in Sungai Perak s blue river pollution case last month At a joint press conference in Kuala Lumpur today the groups expressed concern...
Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

Albert Tei S Lawyer To Give Statement To Police Today

Gelandangan Kronil Di Kl

Menyantuni Pakcik Dan Makcik Makan Tengahari Di Rumah

Penantian 10 Tahun Berakhir Pearly Thinaah Hadiahkan Emas Pertama Buat Malaysia

Pengalaman Ke Pasar Pagi Mengajar Anak Kenal Barang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Bunga Telang Putih

Silenced In The Office Why Toronto Employees Delay Reporting Harassment And What It Costs Them

Persiapan Strategik Mesyuarat Koordinasi Perlawanan Dan Sidang Media Pra Perlawanan

Kerajaan Korea Selatan Panggil Mesyuarat Kecemasan Untuk Menangani Krisis Terkini

Msjn Rangka Inisiatif Perkasa Sejarah Berteraskan Fakta Dan Wacana Ilmiah