Pengeluaran Luar Biasa Kwsp Fokus Pulihkan Simpanan Persaraan Ahli


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Berikutan penyediaan beberapa kemudahan pengeluaran yang disebabkan oleh pandemik Covid-19, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini fokus dalam membantu ahli membina semula simpanan mereka demi masa depan persaraan mereka. Kemudahan pengeluaran tersebut bersifat luar biasa dan diperkenalkan berikutan pandemik yang telah memberikan impak besar terhadap ekonomi negara.
Pengeluaran yang dimaksudkan, iaitu i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra, telah mengakibatkan sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada lebih 7.4 juta ahli, atau lebih daripada separuh jumlah keseluruhan ahli KWSP.
Walaupun pengeluaran tersebut telah memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik dan pelbagai peringkat PKP, jumlah simpanan yang telah dikeluarkan kini telah menyebabkan seramai 6.1 juta ahli mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka, yang mana daripada jumlah tersebut, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan persaraan.
Kejatuhan dalam jumlah simpanan ini ternyata lebih merisaukan untuk ahli Bumiputera, memandangkan seramai 78%, atau lebih tiga perempat telah memohon untuk fasiliti pengeluaran tersebut. Akibatnya, seramai 4.4 juta, atau 54%, ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, dan 2.0 juta, atau 25%, mempunyai kurang daripada RM1,000.
Tambahan lagi, pengagihan simpanan telah menjadi semakin tidak saksama. Kumpulan 40% terbawah ahli KWSP (lebih kurang 5.0 juta ahli) menyaksikan simpanan mereka jatuh sebanyak 38% kepada hanya RM8 bilion, menjadikan baki simpanan median sebanyak RM1,005.
Kumpulan 40% pertengahan juga mengalami kejatuhan sebanyak 18% kepada RM155 bilion, atau baki median sebanyak RM24,995. Hanya kumpulan 20% teratas yang berumur di bawah 55 tahun menyaksikan kenaikan dalam simpanan, namun ini mencapai median berjumlah RM152,043, atau bersamaan dengan hanya RM633 sebulan untuk 20 tahun.
Ketiga-tiga pengeluaran luar biasa ini telah menyebabkan 73%, atau hampir tiga perempat, ahli berada dalam situasi serius di mana jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara melebihi paras kemiskinan.
KWSP menganggarkan ahli perlu bekerja antara 4-6 tahun tambahan untuk membina semula simpanan yang telah dikeluarkan semasa pandemik, yang juga telah mengakibatkan kejatuhan yang ketara dalam peratusan ahli yang mencapai Simpanan Asas (RM240,000 pada 55 tahun) daripada 36% pada tahun 2020 kepada anggaran 27% pada hujung tahun ini.
Berita berkaitan: Kenyataan penuh KWSP
Berikutan keperluan untuk melindungi masa depan ahli dan membina semula dana persaraan mereka, sebarang pengeluaran luar biasa tambahan pada masa hadapan perlu dipertimbangkan dengan teliti. KWSP berharap langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menyokong pemulihan ekonomi dan merangsang pekerjaan akan membantu ke arah memenuhi keperluan rakyat.
Pelan Pemulihan Nasional yang disokong oleh kejayaan besar program vaksin telah menyaksikan usaha memperbaiki situasi pandemik dilakukan secara beransur-ansur tetapi konsisten, seterusnya membuka jalan kepada pemulihan ekonomi.
Kes harian Covid-19 dan kemasukan ke hospital telah menurun secara konsisten, membolehkan sektor ekonomi dapat dipulihkan semula sementara rakyat Malaysia keluar semula bekerja dan sekali gus memperbaiki taraf hidup mereka.
Selain itu, Belanjawan 2022 yang dibentangkan baru-baru ini menyaksikan peruntukan RM8.2 bilion untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan RM4.8 bilion untuk Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja), serta pelbagai langkah untuk membantu rakyat, seterusnya mencerminkan pendirian Kerajaan dalam memperkukuhkan agenda perlindungan sosial untuk rakyat Malaysia.
Usaha ini juga dapat dilihat melalui kesinambungan insentif i-Saraan dan Kasih Suri Keluarga Malaysia. Usaha-usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu ke arah menangani sebarang kepincangan sistem perlindungan sosial negara untuk masyarakat rentan, bagi memastikan mereka diberi akses kepada mencapai taraf hidup minimum biarpun dalam persekitaran yang tidak dijangka.
Agenda perlindungan sosial yang diterajui oleh Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC), yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, kini sedang mengkaji pembaharuan asas kepada sistem perlindungan sosial negara. KWSP menyokong penuh langkah-langkah ini, dan akan bekerjasama rapat dengan Kerajaan untuk memastikan masa depan yang terjamin dan terpelihara untuk ahli dan rakyat.
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Kumpulan Simpanan Wang Pekerja
Makluman:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/pengeluaran-luar-biasa-kwsp-fokus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Cetus Gelombang Luar Biasa Di Melaka

Bn Cetus Gelombang Luar Biasa Di Melaka

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 146 hits
ARAU Kemenangan besar Barisan Nasional dengan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Negeri Melaka menunjukkan sokongan dan kepercayaan rakyat sudah kembali kepada parti tersebut Malah gelombang kemenangan BN termasuk kejayaan M...
Sales Merdeka Luar Biasa

Sales Merdeka Luar Biasa

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 86 hits
Sale Merdeka Luar Biasa Assalamualaikum korang Setelah sekian lama menyepi akhirnya sis decide untuk membuat comeback pada Ogos Kenapa Ogos Adakah sebab Ogos bulan merdeka Adakah sebab Ogos ni bulan yang meriah atau kalau tak sekarang bila ...
Inilah Rahsia Disebalik Melamakan Rukuk Dan Sujud Manfaatnya Amat Luar Biasa Sekali

Inilah Rahsia Disebalik Melamakan Rukuk Dan Sujud Manfaatnya Amat Luar Biasa Sekali

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 195 hits
Solat lima waktu merupakan perintah yang wajib dijalankan oleh Umat Islam Kekhusukkan dalam menjalankan solat sangat penting untuk mendapatkan manfaat baik secara agama maupun kesihatan Ada orang yang dalam solatnya begitu khusuk dan menikm...
Siapa Saja Mampu Jadi Kaya Tapi Tak Semua Boleh Jadi Kaya Luar Biasa

Siapa Saja Mampu Jadi Kaya Tapi Tak Semua Boleh Jadi Kaya Luar Biasa

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 313 hits
Saya ada satu grup wasap Ahlinya terdiri dari kawan kawan berniaga yang hebat hebat belaka Masing masing ada banyak pengalaman dalam dunia perniagaan Luas jaringan kenalan dan paling penting sangat berselera untuk berjaya Sama macam grup wa...
Caruman Baharu Kwsp Dikreditkan Ke Akaun 1 Bagi Tingkatkan Simpanan

Caruman Baharu Kwsp Dikreditkan Ke Akaun 1 Bagi Tingkatkan Simpanan

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 168 hits
Pecahan caruman akan kembali kepada 70 peratus ke Akaun 1 dan 30 peratus ke Akaun 2 KUALA LUMPUR Caruman baharu diterima oleh ahli ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang membuat pengeluaran dana akan dikreditkan dahulu ke Akaun 1 sepenuhn...
Helix Bridge Jambatan Yang Luar Biasa Di Singapura

Helix Bridge Jambatan Yang Luar Biasa Di Singapura

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 109 hits
Jambatan Helix adalah sebuah jambatan pejalan kaki terletak di Marina Bay di Singapura Ia telah dibuka secara rasmi pada 24 April 2010 Struktur ini melengkapkan projek projek pembangunan utama yang lain dirancang di kawasan itu termasuk Res...
Mengapa Simpanan Untuk Persaraan Perlu Mula Dari Usia Muda

Mengapa Simpanan Untuk Persaraan Perlu Mula Dari Usia Muda

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 123 hits
AssalamualaikumSimpanan untuk persaraan Bagi segelintir anak muda macam aku ni mungkin tak berapa nak kisah sangat kan Umur 30 tahun pun belum masuk lagi Apa nak sibuk sangat pasal simpanan untuk persaraan betul tak Hurm Dulu memang aku fik...
16 Manusia Luar Biasa

16 Manusia Luar Biasa

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 136 hits
16 Manusia Luar Biasa1 Mata X RayNatasha Demkina gadis Russia mampu melihat tembus ke dalam badan manusia Beliau mampu mengdiagnos masalah dalam tubuh Sehingga umur 10 tahun Natasha adalah seperti kanak kanak biasa Ketika umur 10 tahun beli...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Apakah Sebaik Baiknya Manusia

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Teresa Kok Terkejut Terima Surat Ugutan Bunuh Dan Dua Butir Peluru

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Ragam Pelik Kucing

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally