Pengebumian George Floyd Ribuan Beri Penghormatan Terakhir
HOUSTON: Ribuan penduduk Houston menahan terik matahari pada Isnin untuk memberi penghormatan terakhir kepada George Floyd pada sesi pengebumian yang dipenuhi kesedihan.Orang ramai berbaris panjang sejak awal pagi, kebanyakannya penduduk di kejiranan Third Ward di mana Floyd membesar, dan semakin bertambah di luar gereja Fountain of Praise di selatan Houston.
Kematian Floyd pada 25 Mei, selepas seorang anggota polis berkulit putih melutut di atas leher lelaki kulit hitam berusia 46 tahun itu, yang mencetuskan kemarahan dan protes antirasisme di Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia.Ada antara orang ramai yang hadir memakai baju tertulis 'Saya tidak boleh bernafas', kata-kata terakhir Floyd, manakala sebilangan yang lain mengangkat dan menggenggam tangan sebagai simbol kuasa kulit hitam dan solidariti.
Sesi pengebumian George Floyd di Fountain of Praise di Houston. - Foto AFP
Antara yang menghadiri sesi pengebumian George Floyd di Fountain of Praise, Houston. - Foto AFP
Abang George Floyd, Philonise Floyd (kanan) menyapu air matanya ketika sidang media di luar gereja Fountain of Praise. - Foto AFP
Antara yang menghadiri sesi pengebumian George Floyd di Fountain of Praise, Houston. - Foto AFPOrang ramai terpaksa memakai pelitup separuh muka di dalam gereja, dan hanya dibenarkan berada beberapa saat di hadapan keranda susulan krisis coronavirus.Bagi Joseph Qualls yang pernah hadir ke sekolah yang sama dengan Floyd, kematian itu amat menyakitkan."Dia adalah individu pertama yang saya kenali dalam kejiranan kami yang berjaya mendapatkan biasiswa," kata pemilik kedai gunting rambut berusia 38 tahun itu yang hadir ke majlis pengebumian itu bersama isterinya, Candice.Kelvin Sherrod, 41, pula hadir bersama isteri dan dua anak lelaki berusia lapan dan sembilan tahun.
Antara orang ramai yang hadir memakai baju tertulis ‘Saya tidak boleh bernafas’, kata-kata terakhir Floyd. - Foto AFPSemua ahli keluarga itu memakai baju hitam tertulis 'Saya tidak boleh bernafas'.Menurut Sherrod, kematian Floyd memberi tamparan hebat kepada anaknya."Mereka bertanya, apa yang berlaku, kenapa mereka bertindak begitu pada lelaki ini. Kejadian ini memberi kesan pada semua orang tanpa mengira umur," katanya. - AFP
Lihat sebelum ini..
*Terserlah AS Perkauman, Rakyat Rusuh Tuntut Keadil...
*Perkauman AS Makin Memburuk, Merebak Ke 30 Bandar....
*Hari Ke 6 Perkauman AS: Rumah Putih Diserang, Trum...
*Sikap Perkauman Menebal Di AS. Trump Kerah Tentera...
*Isu Perkauman AS, Henry Golding Marah Ratu Cantik
*Pengajaran dari kes George Floyd
*Kesedihan dan kemarahan iringi protes kematian Geo...
*Beberapa Individu Kulit Hitam Pernah Menjadi Mangs...
*Lebih Seminggu Rusuhan Di Lebih 140 Bandar AS..
*Perkauman, AS digesa lakukan transformas..
*Pengebumian George Floyd: Ribuan beri penghormatan...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/pengebumian-george-floyd-ribuan-beri.html