Pengawal Keselamatan Tular Sebab Dibelasah Meninggal Dunia
Pengawal keselamatan tular sebab dibelasah meninggal dunia
Pengawal keselamatan yang diserang ketika bertugas di kolam renang sebuah kondominium di Ipoh, Perak, dalam kejadian yang berlaku pada bulan Disember tahun lalu telah meninggal dunia pada hari Jumaat kerana jangkitan paru-paru.
Ketua Polis Perak, Mior Faridalthrash Wahid berkata, kejadian yang dirakam dalam rakaman CCTV dan menjadi viral kembali baru-baru ini, berlaku pada 29 Disember dan polis telah memulakan siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Katanya susulan insiden pada 29 Dis lepas itu, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dan suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Jan lepas kerana mendatangkan kecederaan parah, dan kes disebut semula pada 9 Sept ini.
“Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada tindakan suspek yang tidak berpuas hati terhadap pengawal keselamatan itu kerana cuba menghalang anak suspek daripada menggunakan kolam renang yang tidak dibuka kepada orang ramai ketika itu,” katanya pada satu kenyataan, lapor Bernama semalam.
Mior Faridalthrash berkata pengawal keselamatan itu meninggal dunia di rumahnya kelmarin dan hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh mendapati punca kematian disebabkan jangkitan pada paru-paru (Sepsis).
Mior Faridalathrash berkata ahli keluarga pengawal keselamatan berkenaan bagaimanapun tidak berpuas hati dan mendakwa punca kematian adalah disebabkan kejadian pukul tahun lepas, lalu mereka menularkan kembali rakaman serta gambar insiden berkenaan.
“Berdasarkan perkembangan baharu ini, polis akan merujuk semula kertas siasatan terhadap kes berkenaan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Perak untuk arahan lanjut,” katanya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan dengan kes tersebut.
Jelasnya, ini memandangkan kes masih dalam perbicaraan mahkamah.
Sejak kelmarin, tular dua rakaman video menunjukkan seorang lelaki yang bersama kanak-kanak bertindak menyerang pengawal keselamatan menggunakan meja hingga pengsan. Mk
Pengawal keselamatan tular sebab dibelasah meninggal dunia
Baca Artikel Menarik :
Komen undang-undang antilompat Azalina cuit hati netizen
Mujur bukan Azmin Menteri Kewangan – Chin Tong
DAP berhentilah bergantung pada PKR – Rafizi
Lupuskan jawatan menteri sukan, kata veteran
UMNO ikrar bantu Ismail Sabri – Zahid
Cantik Neelofa, peminat dakwa seri ibu hamil
Jodoh saya dari ‘level’ sama – Vida
Pengguna jalan raya cemas lelaki baling papan tanda [VIDEO]
Resepi Sup Gear Box Sedap Semacam
Ramai pesakit Covid-19 meninggal dunia tak divaksin
Nazri Aziz sahkan mahu berundur dari dunia politik
Layari Laman Facebook MYKMU
Tangan gadis mangsa samun terpaksa dipotong
The post Pengawal keselamatan tular sebab dibelasah meninggal dunia appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/08/29/pengawal-keselamatan-tular-sebab-dibelasah-meninggal-dunia/