Pengasuh Tak Sangka Bayi Dijaga Akan Jadi Agong


KUANTAN – Pengasuh yang menjaga Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah tidak menyangka bayi yang diasuh sejak berusia tiga hari dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Hasimah Mohd Ali, 84, berkata, dirinya yang menjaga Al-Sultan Abdullah yang ketika itu lebih mesra dipanggil Tengku Alam berbangga dengan pencapaian tuanku yang yang akan mengangkat sumpah jawatan berkenaan 31 Januari ini.
“Tuanku seorang yang tidak meragam ketika baginda masih bayi lagi dan seorang anak yang pendiam, manja dan sangat baik orangnya. Sejak kecil lagi sudah jelas nampak ciri-ciri tuanku sebagai seorang pemimpin dan saya yakin baginda akan menjadi seorang pemimpin yang berhati baik dan dekat dengan jiwa rakyat.
“Walaupun hanya menjaga sehingga umur baginda 6 tahun, namun hubungan kami masih rapat sehingga kini dan mendapat panggilan mak cik semah dari kecil sehingga sekarang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mengkasar di sini, hari ini.
Menurutnya, Al-Sultan Abdullah pernah patah tangan selepas memanjat dan terjatuh dari pokok rambutan sehingga dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur.
“Mak cik masih ingat, ketika itu mak cik tak lagi jaga tuanku kerana berkahwin dan sedang mengandungkan anak sulung. Tuanku patah tangan disebabkan memanjat pokok rambutan. Mak cik dipanggil oleh pihak istana untuk menjaga tuanku di hospital kerana dia selalu panggil nama mak cik sambil menangis untuk menjaganya.

“Setibanya di hospital, mak cik dukung dia dan membawanya ke dalam bilik bedah dan alhamdulillah baginda selamat menjalani pembedahan. Selama dua minggu mak cik berada di Kuala Lumpur untuk menjaga baginda,” katanya.
Hasimah berkata, dia terpilih untuk menjaga Al-Sultan Abdullah kira-kira 60 tahun lalu dan dipanggil ke istana oleh Sultan Ahmad Shah yang ketika itu bergelar Tengku Mahkota Pahang ke istana.
“Istana sedang mencari pengasuh untuk menjaga Tengku Alam. Masa tu umur mak cik lebuh kurang 18 tahun dan tak sangka boleh terpilih masa. Mak cik menetap di Istana Mangga Tunggal di Pekan dan menjaga baginda sebelum baginda masuk sekolah rendah.
“Tuanku tidak cerewet memilih makanan. Makanan kegemaran ketika kecil roti yang disapu mentega dan cicahnya dengan telur separuh masak. Baginda sememangnya seorang yang dekat dengan rakyat, selalu ambil pendekatan jumpa dengan rakyat terutama ketika bencana. Semoga baginda sentiasa dirahmati ALLAH,” katanya.
Menurutnya, walaupun kenangan itu sudah lama berlalu namun menjaga Al-Sultan Abdullah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan akan dikenang sampai bila- bila.

Sumber: sinar
sumber gambar : google images
The post Pengasuh Tak Sangka Bayi Dijaga Akan Jadi Agong. appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/pengasuh-tak-sangka-bayi-dijaga-akan-jadi-agong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pusat Bayi Tidak Dijaga Betul Boleh Terkena Jangkitan Kuman Bernanah Ikut Panduan Ini

Pusat Bayi Tidak Dijaga Betul Boleh Terkena Jangkitan Kuman Bernanah Ikut Panduan Ini

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 413 hits
Pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi dan betul supaya tidak jangkitan kuman hingga bernanah 8 tip ini boleh dijadikan panduan Kali pertama hendak menguruskan pusat bayi kebanyakan mama dan papa akan kekok Tali pusat bayi adalah berasal d...
Bang Aamina Dah Tak Ada Bapa Bayi Terima Panggilan Dari Pengasuh Terima Takdir

Bang Aamina Dah Tak Ada Bapa Bayi Terima Panggilan Dari Pengasuh Terima Takdir

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 265 hits
Tular di media sosial apabila bayi perempuan dirempuh kenderaan di rumah pengasuhnya di Taman KESEDAR Putra Gua Musang semalam Terima Panggilan Daripada Pengasuh BANG Aamina dah tak ada itulah kata kata yang diterima seorang bapa daripada p...
Bayi Maut Dilanggar Kereta Di Rumah Pengasuh

Bayi Maut Dilanggar Kereta Di Rumah Pengasuh

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 302 hits
AIMUNI TUAN LAH 14 Januari 2019 10 18 PM GUA MUSANG Seorang bayi perempuan berusia setahun 5 bulan maut selepas dilanggar kereta di rumah pengasuhnya di Taman Kese
Tidak Sedar Ketika Undurkan Kenderaan Bayi Maut Dilanggar Pengasuh

Tidak Sedar Ketika Undurkan Kenderaan Bayi Maut Dilanggar Pengasuh

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 290 hits
Tidak Sedar Ketika Undurkan Kenderaan Bayi Maut Dilanggar PengasuhTidak Sedar Ketika Undurkan Kenderaan Bayi Maut Dilanggar Pengasuh
Isak Tangis Pengasuh Antarkan Bayi Quina Yang Dianiaya Ibu Ke Pemakaman

Isak Tangis Pengasuh Antarkan Bayi Quina Yang Dianiaya Ibu Ke Pemakaman

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 230 hits
Pemakaman Quina dilakukan hari ini di TPU Kampung Gebang Kelurahan Sangiang Jaya Kecamatan Jatiuwung Kota Tangerang Tak banyak yang mengantar ke kubur hanya perwakilan keluarga dan pengasuh saat Quina dititipkan di rumah kerabat ibunya
Terseret Air Selokan Bayi 2 Tahun Di Lombok Ditemukan Tewas

Terseret Air Selokan Bayi 2 Tahun Di Lombok Ditemukan Tewas

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 229 hits
Tim SAR gabungan berhasil menemukan bayi dua tahun Bayu dalam keadaan meninggal setelah terseret air selokan yang deras di Desa Montong Betok Kabupaten Lombok Timur Nusa Tenggara Barat pada Sabtu
Peniaga Hina Agong Bebas Mohon Ampun

Peniaga Hina Agong Bebas Mohon Ampun

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 253 hits
Peniaga hina Agong bebas mohon ampun Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 3 Feb 2019 7 09PM middot
Dijaga Ketat Polisi Begini Situasi Di Depan Kamar Tempat Vanessa Dirawat

Dijaga Ketat Polisi Begini Situasi Di Depan Kamar Tempat Vanessa Dirawat

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 200 hits
Usai bertemu Vanessa di dalam ruangan Rahmat mengaku sempat bertanya mengenai kondisi kesehatannya Vanessa pun menjawab jika ia kehilangan berat badan hingga 6 Kg karena menghadapi kasus ini
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi