Pengasingan Kpm Dan Kpt Adalah Langkah Terbaik Nutp


KUALA LUMPUR: Pemisahan portfolio Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi berupaya memberikan lebih tumpuan dalam merungkai pelbagai isu, termasuk berkaitan peningkatan bebanan guru serta pengurusan sekolah harian.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang, berkata langkah penggabungan dua kementerian itu sebelum ini menyaksikan kira-kira 600,000 guru dan pensyarah institusi pengajian tinggi terpaksa bernaung dalam satu ‘keluarga besar’.

Bagaimanapun, katanya, pendekatan berkenaan menimbulkan beberapa kepincangan, khususnya dalam pengagihan tumpuan pengurusan, peruntukan kewangan, dasar khusus dan penetapan hala tuju mengikut kepentingan bidang tugas masing-masing.

“Bila hanya seorang menteri ditugaskan untuk menjaga pendidikan dan pengajian tinggi, maka ia satu bebanan besar kerana setiap komponen memerlukan tumpuan tersendiri bagi memastikan kemajuan berupaya dipacu mengikut garis masa yang ditentukan.

“Kalau nak ikutkan, kedua-duanya penting, tetapi dari segi beban tugas, sekolah perlu menangani isu berbangkit membabitkan 10,200 sekolah menengah dan rendah di seluruh negara, selain pengurusan hal ehwal 460,000 guru.

“Justeru, memang wajar diperuntukkan dua timbalan menteri bagi menggalas tugas dan tanggungjawab yang digariskan dalam Kementerian Pendidikan, diharapkan janganlah ‘dirujuk’ lagi pemisahan dua kementerian ini pada masa depan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam ketika mengumumkan barisan Kabinet, melantik seorang menteri dan dua timbalan bagi portfolio Kementerian Pendidikan, manakala Kementerian Pengajian Tinggi menyaksikan seorang menteri dan timbalan menteri.

Jawatan Menteri Pendidikan kini disandang bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin, dibantu dua timbalan, iaitu Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya.

Tugas Menteri Pengajian Tinggi digalas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad, manakala timbalannya ialah bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga kini Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Dr Mansor Othman.

Menyuarakan harapan baharu terhadap kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN), Aminuddin berharap isu berkaitan cadangan untuk mengembalikan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak lagi ditimbulkan.

Sebaliknya, beliau mengusulkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 terus diberikan perhatian utama, memandangkan rancangan strategik itu bakal tamat dalam tempoh lima tahun.

“Muhyiddin adalah tonggak pelaksanaan dan penggubalan PPPM ketika menggalas tugas sebagai Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri, justeru pelan ini harus diberikan tumpuan khusus supaya menyumbang kepada keberkesanan bidang pendidikan negara.

“Pastinya Muhyiddin tidak mempunyai sebarang sebab lain untuk membuat kajian semula terhadap dasar berkaitan, termasuk PPSMI kerana PPPM menggunakan perbelanjaan yang cukup banyak dan tenaga pakar dari dalam serta luar negara bagi menghasilkannya.

“Nasihat saya, usahlah menteri sedia ada menoleh ke belakang lagi dengan cuba mengembalikan dasar lama, sebaliknya teruskan usaha memacu kemajuan bidang pendidikan bersandarkan pelan semasa dulu,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2020/03/pengasingan-kpm-dan-kpt-adalah-langkah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bubar Parlimen Adalah Pilihan Terbaik Rakyat Daripada Orang Giler Kuasa Sedang Berebut

Bubar Parlimen Adalah Pilihan Terbaik Rakyat Daripada Orang Giler Kuasa Sedang Berebut

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 318 hits
Sebentar tadi Perdana Menteri Interim Dr Mahathir menyatakan bahawa satu sidang Dewan Rakyat akan diadakan untuk memilih Perdana Menteri yang baru pada hari Isnin depan 2 Mac 2020 Ini berikutan tiada Ahli Parlimen yang didapati mendapat sok...
Surat Siaran Langkah Keselamatan Ketika Perhimpunan Di Sekolah Kpm

Surat Siaran Langkah Keselamatan Ketika Perhimpunan Di Sekolah Kpm

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 1151 hits
Pelaksanaan Perhimpunan Sekolah Semasa Penularan Penyakit Coronavirus 2019 di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Jika terdapat perhimpunan yang tidak dapat dielakkan beberapa langkah perlu diambil sebagai pencegahan awal Covid 19 new i...
Kakak Perempuanmu Adalah Anugerah Terbaik Yang Kamu Punya Ia Perempuan Hebat Seteleh Ibu

Kakak Perempuanmu Adalah Anugerah Terbaik Yang Kamu Punya Ia Perempuan Hebat Seteleh Ibu

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 221 hits
Punya kakak perempuan itu adalah sebuah anugrah yang juga patut kita syukuri keberadaannya Karena darinya kita bisa belajar banyak hal dan kakak perempuan itu juga bisa menjadi teman dan kadang bisa menggantikan peran ibu Bukankah kakak per...
Apa Aktiviti Terbaik Berkurung Di Rumah

Apa Aktiviti Terbaik Berkurung Di Rumah

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 1370 hits
Antara aktiviti lain yang sesuai adalah keintiman hubungan suami isteri kerana ia baik untuk Kesihatan Majoriti akan lakukanHasilnya disember atau januari sekali lagi hospital wad bersalin Akan berpusu
Buat Bisnes Affiliate Terbaik Di Malaysia

Buat Bisnes Affiliate Terbaik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 489 hits
Memilih Dan Buat Bisnes Affiliate Terbaik Di Malaysia Tahun 2020 Kehadapan Ini Jika tuan puan berfikir untuk melakukan atau buat bisnes affiliate ini adalah merupakan pilihan yang tepat Ini kerana dengan bisnes affiliate ini juga kita boleh...
Top 5 Pusat Penjagaan Kesihatan Terbaik Di Selangor

Top 5 Pusat Penjagaan Kesihatan Terbaik Di Selangor

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 442 hits
Matlamat bagi pembaharuan penjagaan kesihatan mestilah berkualiti tinggi dan sejagat dengan menggunakan cara yang lebih kosefektif Setiap hospital memainkan peranan yang sangat penting dalam merawat setiap pesakit yang hadir untuk mendapatk...
Langkah Sheraton Bawa Malaysia Ke Jalan Buntu Apa Seterusnya

Langkah Sheraton Bawa Malaysia Ke Jalan Buntu Apa Seterusnya

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 633 hits
BERITASelepas perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad menyampaikan perutusannya yang disiarkan secara langsung di televisyen pada petang ini semakin jelas kesan Langkah Sheraton yang tidak hanya terbatas kepada tumbangnya kerajaan PH ...
10 Langkah Mudah Untuk Bawak Masuk Kereta Motorsikal Ke Langkawi

10 Langkah Mudah Untuk Bawak Masuk Kereta Motorsikal Ke Langkawi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 778 hits
Salam and Hi Musim cuti sekolah sudah hampir tiba March ni kebetulan LIMA Langkawi pun dah nak start Benda yang MESTI TAHU adalah HARGA KERETA SEWA makin MAHAL Peak holiday time biasa la orang mesti ramai nak melancong Kalau bukan Peak harg...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf