Pengampunan Anwar Sah Dan Treratur




1. Dalam sehari dua ini, timbul isu berkenaan keteraturan pengampunan yang telah diperolehi Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 16.5.2018 lepas
2. Hujah utama yang dikemukakan untuk mencabar pengampunan tersebut adalah bahawa keanggotaan Lembaga Pengampunan pada tarikh 16.5.2018 adalah bercanggah dengan Perkara 42(5) dan (11) Perlembagaan Persekutuan, kerana:a) Tiada Peguam Negara yang menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut, lantas menyalahi Perkara 42(5); danb) Tiada Menteri Wilayah Persekutuan yang menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut, bertentangan dengan Perkara 42(11)
3. Kedua-dua figura yang disebutkan di atas ini tidak menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut kerana:a) Bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali telahpun bercuti pada ketika itu; danb) Setakat 16.5.2018, Jemaah Menteri Persekutuan masih belum dilantik. Perkara 42(5) – Kehadiran Peguam Negara4. Perkara 42(5) memperuntukkan bahawa Peguam Negara hendaklah menjadi anggota Lembaga Pengampunan
5. Walaubagaimanapun, bahagian kedua dalam Perkara 42(5) memperuntukkan bahawa “Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa melalui surat cara secara bertulis mewakilkan fungsinya sebagai anggota Lembaga itu kepada mana-mana orang lain”
6. Dalam konteks mesyuarat Lembaga Pengampunan yang berlangsung pada 16.5.2018, Peguam Negara telah diwakili oleh Peguamcara Negara ketika itu, Engku Nor Faizah Engku Atek yang menghadiri mesyuarat tersebut mewakili dan menjalankan fungsi Peguam Negara sebagai anggota Lembaga itu, selaras dengan Perkara 42(5)
7. Rujukan juga dibuat kepada seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950, yang mana hendaklah dianggap bahawa “… tindakan rasmi telah dilaksanakan mengikut aturan”
8. Seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950 ini menganggap bahawa satu-satu fakta tersebut adalah wujud melainkan dibuktikan sebaliknya, dan beban pembuktian diletakkan kepada mereka yang ingin mempertikaikan fakta keteraturan tindakan rasmi yang telah dilakukan
9. Dalam konteks kehadiran kehadiran Engku Nor Faizah Engku Atek dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan mewakili dan menjalankan fungsi Peguam Negara sebagai anggota Lembaga itu, seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950 ini menganggap bahawa kehadiran Peguamcara Negara tersebut adalah satu tindakan rasmi, dan tindakan rasmi tersebut adalah teratur, selaras dengan Perkara 42(5)
10. Sekiranya ada pihak-pihak yang mempertikaikan keteraturan tindakan rasmi Peguamcara Negara tersebut, maka beban pembuktian diletakkan kepada mereka untuk membuktikan bahawa kehadiran beliau tersebut adalah tidak teratur. Perkara 42(11) – Keanggotaan Menteri bertanggungjawab terhadap Wilayah-wilayah Persekutuan11. Perkara 42(5) juga menghendaki “Ketua Menteri Negeri” berkenaan menganggotai Lembaga Pengampunan tersebut
12. Dalam konteks Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, “Ketua Menteri Negeri itu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
13. Adalah menjadi fakta matan bahawa setakat 16.5.2018, Jemaah Menteri Persekutuan masih belum dibentuk. Justeru, seorang Menteri yang disebut sebagai Menteri Wilayah Persekutuan juga tiada semasa itu
14. Namun, hal ini tidak langsung mencacatkan tubuh Lembaga Pengampunan pada Tarikh 16.5.2018 tersebut
15. Rujukan perlu dibuat kepada seksyen 2(1)(a) Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969, yang memperuntukkan bahawa “Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalam Warta memberitahu bahawa seseorang Menteri telah diberi apa-apa fungsi atau telah dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab mengenai sesuatu jabatan atau perkara yang tertentu …”16. Kemudian, rujukan silang dibuat kepada Warta Kerajaan Persekutuan PU(A) 125 bertarikh 22.5.2018, iaitu Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 2018 yang memperuntukkan seperti berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1. … (2) Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 10 Mei 2018. Fungsi-fungsi Menteri 2. Diberitahu bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, adalah dipertanggungkan dengan tanggungjawab mengenai semua jabatan Kerajaan Persekutuan dan perkara yang baginya jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan Menteri lain dalam Jemaah Menteri
17. Walaupun pada tarikh 16.5.2018 tersebut belum ada seorang Menteri Wilayah Persekutuan, namun berdasarkan seksyen 2(1)(a) Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969 dan dibaca bersama PU(A) 125 bertarikh 22.5.2018, Yang di-Pertuan Agong telah memasyurkan bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir adalah Menteri yang bertanggungjawab terhadap semua jabatan Kerajaan Persekutuan, termasuklah jabatan yang berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
18. Oleh yang demikian Tun Dr. Mahathir adalah merupakan “Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur …” bagi maksud Perkara 42(11)
19. Media melaporkan bahawa Tun Dr. Mahathir telah menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan pada Tarikh 16.5.2018 tersebut. Justeru, kehadiran Tun Dr. Mahathir dalam mesyuarat tersebut adalah dalam kapasiti beliau sebagai “Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur …”
Kesimpulan20. Berdasarkan hujahan di atas, keanggotaan Lembaga Pengampunan pada tarikh 16.5.2018 tersebut adalah sah dan teratur. Hal ini kerana: a) Peguamcara Negara telah hadir mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut, mewakili dan menjalankan fungsi Peguam Negara sebagai anggota Lembaga itu selaras dengan Perkara 42(5); dan b) Tun Dr. Mahathir telah menganggotai mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut dalam kapasiti beliau sebagai “Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur …”, selaras dengan Perkara 42(11)
21. Oleh kerana keanggotaan Lembaga Pengampunan adalah teratur, maka Lembaga tersebut boleh dan telahpun memberikan nasihat yang wajar kepada Yang di-Pertuan Agong dan Baginda bolehlah bertindak selaras dengan nasihat yang diberikan oleh Lembaga ini
Mohd Ruzaini Bin ZulkifliPeguam di Tetuan Hafiz Ruzaini & Co




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/pengampunan-anwar-sah-dan-treratur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengampunan Penuh Tanpa Syarat Buat Anwar Dengar Betul Betul

Pengampunan Penuh Tanpa Syarat Buat Anwar Dengar Betul Betul

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 218 hits
FAEZUDDIN PUADPengampunan penuh tanpa syarat daripada Yang Di Pertuan Agong Cuba dengar elok elok Titah Tuanku yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Sungai Buloh kepada Datuk Seri diberi pengampunan penuh tanpa syarat dan dianggap tidak pe...
Lembaga Pengampunan Beri Nasihat Salah Berhubung Pengampunan Penuh Anwar Kata Peguam

Lembaga Pengampunan Beri Nasihat Salah Berhubung Pengampunan Penuh Anwar Kata Peguam

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 275 hits
Lembaga Pengampunan beri nasihat salah berhubung pengampunan penuh Anwar kata peguam Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbi
Anwar Slams Trivial Reasons To Delay 12th Malaysia Plan

Anwar Slams Trivial Reasons To Delay 12th Malaysia Plan

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 222 hits
Anwar Ibrahim says that despite billions being distributed as part of the stimulus package it is not felt by the rakyat KUALA LUMPUR Opposition leader Anwar Ibrahim today rubbished the trivial reasons given by the government for not tabling...
Owhhh Sebab Warisan Tentang Anwar

Owhhh Sebab Warisan Tentang Anwar

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 153 hits
CF PETER WONGJadi adakah maksudnya dia kekal pendiriannya menyokong presiden PKR sebagai PM sebab itulah dia mengkhianati Kerajaan Warisan Sabah menyokong Musa Aman merampas kuasa Adun Inanam Kenny Chua berkata tindakannya keluar daripada k...
Yoursay Azmin Is Not About Real Change It S About Anwar

Yoursay Azmin Is Not About Real Change It S About Anwar

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 162 hits
YOURSAY Why don t you talk about change in rural enclaves dominated by Umno warlords Malaysia Is Surrealist Art That Can Be Bought It is obvious a once brilliant and cunning brain is starting to lose its lustre International Trade and Indus...
Anwar Calls For Study On Why Bumis Still Left Behind Despite Privileges

Anwar Calls For Study On Why Bumis Still Left Behind Despite Privileges

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 224 hits
Anwar Ibrahim says the government must do away with policies that only benefit the elite few PETALING JAYA Opposition leader Anwar Ibrahim has called on the government to commission an independent study to identify the reasons why a large s...
Sabah Pkr Vice Chief Says He Switched Sides Because Of Dr Mahathir And Anwar

Sabah Pkr Vice Chief Says He Switched Sides Because Of Dr Mahathir And Anwar

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 202 hits
A Sabah assemblyman who was recently sacked by PKR for aligning himself with former chief minister Musa Aman said his actions were brought about by Warisan s support for Dr Mahathir Mohamad Kenny Chua also said it was spurred by his loyalty...
Azmin Sah Masuk Ppbm

Azmin Sah Masuk Ppbm

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR Mohamed Azmin Ali secara rasmi menghantar borang keahlian untuk menyertai PPBM hari ini Bekas timbalan presiden PKR itu diberikan kad keahlian oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden PPBM Dalam ucapan balas pad...
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Prove Existence Of Addendum Decree For Najib S House Arrest Experts Say

Reflections On 25 Years Can Pkr Realise Its Reform Goals

7 Petunjuk Tentukan Kemenangan Prk Kuala Kubu Bharu

Tular Gambar Pelupusan Beras Amp Barang Dapur Di Temerloh Pahang Bekas Mp Kuala Krau Tampil Mengaku Bertanggungjawab

Noorkhiriah Disangka Sudah Meninggal Dunia Hanya Kerana Akak Hidup Lagi Dik Baru 5 Hari Kau Dah Arwah Kan Akak