Pengambilan Pdrm Konstabel Polis Ya1


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
 

Pengambilan PDRM Konstabel Polis YA1 (NON-BUMI) ini dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia merangkumi lelaki dan juga wanita. Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ini adalah khas kepada golongan bukan bumiputera dengan syarat umum pemohon mestilah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan.
Pengambilan Khas Bukan Bumiputera bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/Wanita) Polis DiRaja Malaysia Tahun 2021 ini dibuka bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2021. Semua warganegara Malaysia Bukan Bumiputera yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan pada tarikh tersebut. Permohonan boleh dibuat melaui portal e-Pengambilan PDRM. Keutamaan diberikan kepada pemohon bukan bumiputera yang boleh bertutur dan menulis dalam:
Bahasa Cina, atau Bahasa Tamil, atau Lain-lain Bahasa Ibunda Jawatan yang ditawarkan :
1. Konstabel Polis YA1 (NON-BUMI)
Info Jawatan Kosong:
Tarikh permohonan: 18 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021
Lokasi: Seluruh Malaysia
Sektor: Kerajaan Kelulusan Minimum: Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia Jantina: Terbuka kepada lelaki dan wanita
 
Deskripsi Tugas:
Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan,
Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam,
Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Jabatan Siasatan
Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan
Jenayah dan Keselamatan Komuniti. Di antara tugas-tugas tersebut antaranya ialah,
mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah, serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara. Syarat-syarat Kelayakan:
Bagi pengambilan Konstabel Polis YA1 (NON-BUMI) ini, pemohon mestilah memenuhi kedua-dua syarat kelayakan akademik dan juga syarat kelayakan fizikal seperti di bawah.
Kelayakan Akademik:
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,441.00); dan
Dua (2) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain, atau Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,441.00); dan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67), dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut;
a) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
b) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan;
c) Teknologi Kejuruteraan Awam;
d) Perniagaan;
e) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau;
f) Teknologi Kejuruteraan Marin Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti perengaan 1) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,507.01); atau Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti perenggan 1) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,573.02); Kelayakan Fizikal:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu; Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg; Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja); Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan; Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan). Kelayakan Gaji:
Jadual Gaji: Gred YA1 Gaji Minimum: RM1,441.00 Gaji Maksimum: RM4,152.00 Kadar Gaji Tahunan: RM105.00 Elaun dan Kemudahan:
Elaun Tetap Perumahan: RM300 Elaun Cola: RM100-RM350 Elaun Khidmat Awam: RM115 Elaun Khas PDRM: RM200 Elaun Seragam PRP/Konstabel: RM690 Elaun Kasut: RM300 Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima. Cara Permohonan:
Permohonan bagi pengambilan jawatan Kontasbel Polis YA1 (NON-BUMI) ini adalah secara online melalui puatan berikut:
e-Pengambilan POLIS DIRAJA MALAYSIA Maklumat Lanjut:
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Pengambilan PDRM di talian:
HELPDESK 03-22668348/8350/8351 (WAKTU PEJABAT). Peringatan & Penafian:
Mohon perhatian semua, iklan kerja kosong ini hanya sah pada tarikh yang telah dinyatakan sahaja. Oleh hal yang demikian, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti terutama sekali berkenaan tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah, dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini bukanlah di bawah tanggungjawab kami.
Anda juga berminat dengan perkongsian Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2021 ataupun Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021
Pengambilan PDRM Konstabel Polis YA1 (NON-BUMI)
Noorazlin Abu Bakar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/03/pengambilan-pdrm-konstabel-polis-ya1-non-bumi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Login E Pengambilan Pdrm 2021 Cara Mohon Jawatan Polis Diraja Malaysia

Login E Pengambilan Pdrm 2021 Cara Mohon Jawatan Polis Diraja Malaysia

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 519 hits
LOGIN e PENGAMBILAN PDRM 2021 CARA MOHON JAWATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA Kepada Warga Malaysia bukan Bumiputera yang layak kini boleh mengisi kekosongan jawatan konstabel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia tanpa perlu mendapat kepujian dalam...
Masih Ada Anggota Pdrm Yang Enggan Terima Vaksin Covid19 Akhirnya Ketua Polis Negara Jelaskan Punca Mereka Enggan Ambil

Masih Ada Anggota Pdrm Yang Enggan Terima Vaksin Covid19 Akhirnya Ketua Polis Negara Jelaskan Punca Mereka Enggan Ambil

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 279 hits
Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan bahawa hampir 95 peratus anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia di seluruh negara bersedia terima suntikan vaksin Covid19
Pengambilan Khas Polis Bukan Bumiputera

Pengambilan Khas Polis Bukan Bumiputera

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 442 hits
PENGUMUMAN PENGAMBILAN KHAS BUKAN BUMIPUTERA BAGI JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 POLIS DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2021 SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA BUKAN BUMIPUTERA YANG BERKELAYAKAN DAN MEMENUHI SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN BOLEH MEMBUAT PERMOH...
Kartel Dalam Pdrm Cuba Jatuhkan Ketua Polis Negara

Kartel Dalam Pdrm Cuba Jatuhkan Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 248 hits
Kartel dalam PDRM cuba jatuhkan saya NURHIDAYAH HAIROMSHAH ALAM Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan wujudnya gerakan dalaman daripada kalangan pegawai muda dalam Polis Diraja Malaysia yang bercita cita untuk menjatuhkan...
Lelaki Ini Minta Bantuan Polis Cari Jodoh Untuknya

Lelaki Ini Minta Bantuan Polis Cari Jodoh Untuknya

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 165 hits
New Delhi Minta bantuan polis untuk carikan jodoh Itu ikhtiar seorang lelaki kerdil di Shamli Uttar Pradesh yang buntu untuk mencari calon isteri Ketinggian hanya 60 sentimeter memberi masalah buat Azim Mansoori 26 untuk merealisasikan impi...
Himpit 2 Buah Motosikal Pemandu Mabuk Larikan Diri Sudah Ditahan Polis

Himpit 2 Buah Motosikal Pemandu Mabuk Larikan Diri Sudah Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 230 hits
Baru baru ini sebuah video tular di laman sosial memaparkan seorang pemandu wanita dalam keadaan tidak sedar dan mengaku dirinya sedang mabuk Memetik laporan Harian Metro wanita tersebut dipercayai nbsp melanggar dua buah motosikal sebelum ...
Tuntut Hutang Polis Tahan Dua Suspek Lempar Bom Petrol

Tuntut Hutang Polis Tahan Dua Suspek Lempar Bom Petrol

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 272 hits
Suspek lelaki direman hingga 20 Mac manakala suspek wanita direman hingga 17 Mac ini untuk siasatan lanjut Foto ReutersJOHOR BARU 15 Mac Polis menahan seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian membaling bom petrol ...
Inilah Punca Sebenar Namewee Ditahan Polis Sebaik Tiba Di Klia

Inilah Punca Sebenar Namewee Ditahan Polis Sebaik Tiba Di Klia

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 225 hits
Penyanyi rap dan pengarah kontroversi Namewee akhirnya pulang ke Malaysia dari Taiwan semalam dan tiba sahaja dia dibawa ke pejabat polis lapangan terbang selama dua jam Menerusi perkongsian di Facebook itu Namewee turut bergurau ketika ber...
Padah Ambil Barang Tanpa Bayar 2 Anggota Polis Ditahan

Padah Ambil Barang Tanpa Bayar 2 Anggota Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 284 hits
1 136 total views 1 136 views today Padah mengambil barang tanpa membayar dua anggota polis antara empat yang ditahan selepas disyaki terbabit kejadian curi di sebuah kedai serbaneka di SS6 Kelana Jaya kelmarin Menurut Ketua Polis Daerah Pe...
Lirik Lagu Takyah Sonaone

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Mengenal 11 Istri Nabi Muhammad Sesuai Urutan Pernikahan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Bila Tutup Dapo

Piala Dunia Sepak Takraw 2024 Jadual Perlawanan Negara Terlibat Senarai Pemain Malaysia

Jemson Mekar Chord

Resepi Sotong Dan Fishcake Goreng Pedas