Pengambilan Khas Pismp Lepasan Spm 2021


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate (UEC) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program seperti berikut:





1. KETERANGAN PROGRAM 1.1 Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
1.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
1.1.2 Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.3 Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.4 PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa. 

2. SYARAT UMUM
2.1 Warganegara Malaysia.
2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
2.3 Sihat tubuh badan.
2.4 Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3. SYARAT AKADEMIK
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya 6 kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lulus Sejarah. 

4. SYARAT TAMBAHAN
4.1 Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) :
4.1.1 Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML)
4.2 Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU):
4.2.1 Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat SMA atau SMU. 

5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
5.1 Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC) bagi Iulusan Unified Examination Certificate (UEC).
5.2 Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK/SJKC/SJKT) bagi lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU). 

6. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
6.1 Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
6.2 Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
6.3 Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program. 

6.3 Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
7. CARA MEMOHON
7.1 Iklan permohonan akan dikeluarkan di portal KPM, facebook KPM dan media massa pada 15 Julai 2021 di laman sesawang www.moe.gov.my dan https://pismp.moe.gov.my.
7.2 Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang PISMP, Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat :
https://pismp.moe.gov.my mulai (16 hingga 22 Julai 2021). 

7.3 Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan Lulus e-Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG), penyediaan Video Pengajaran (VP) dan Video Kecergasan Fizikal (UKF).
7.4 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : www.moe.gov.my dan https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, Video Kecergasan Fizikal, Syarat Bidang serta Kalendar Aktiviti (Lampiran B) sebelum membuat permohonan.
7.5 Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup. (22 Julai 2021).
7.6 Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.
7.7 Pemohon hendaklah menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
7.8 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
PERINGATAN 
Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan 
disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 
22 JULAI 2021 (11:59 MALAM)
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1 – 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan) 
No. Telefon : 03-83126720/6768/6758/6693/6678/6733/ 6731/6769/6689/6760





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgujumrah.com/2021/07/pengambilan-khas-pismp-lepasan-spm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengambilan Khas Pismp Ambilan Fasa 2 Tahun 2021 Dibuka Bermula 16 Julai Ini

Pengambilan Khas Pismp Ambilan Fasa 2 Tahun 2021 Dibuka Bermula 16 Julai Ini

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 278 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengumumkan pengambilan khas PISMP dengan Keputuan Ambilan Fasa 2 bagi tahun 2021 Bagi mereka yang berkelayakan berpotensi berminat dan beriltizam boleh mula mohon bagi Pengambilan Khas dengan Kepuji...
Semakan Keputusan Upu 2021 Lepasan Spm Boleh Disemak Bermula 16 Julai 2021

Semakan Keputusan Upu 2021 Lepasan Spm Boleh Disemak Bermula 16 Julai 2021

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 262 hits
Bagi lepasan SPM 2020 yang telah memohon kemasukan ke Universiti Awam anda semua boleh buat semakan keputusan UPU 2021 bermula 16 Julai 2021 Pengumuman ini dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang memaklumkan bahawa keputusan perm...
Hebahan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred Dg41 Secara One Off Tahun 2021

Hebahan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred Dg41 Secara One Off Tahun 2021

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 276 hits
Hebahan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One Off Tahun 2021 Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan akan melaksanakan urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One Off Tahun 2021 b...
Semakan Ytp Mara 2021 Pinjaman Boleh Ubah Lepasan Spm

Semakan Ytp Mara 2021 Pinjaman Boleh Ubah Lepasan Spm

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 283 hits
Semakan YTP MARA 2021 Pelajar lepasan SPM yang telah memohon Pinjaman Boleh Ubah iaitu Young Talent Development boleh mula membuat semakan pada 15 Julai 2021 Oleh itu Pakarwang hari ini dengan artikel Semakan YTP MARA 2021 Pinjaman Boleh Ub...
Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 Tahun 2021

Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 Tahun 2021

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 534 hits
Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 Tahun 2021 kini dibuka Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan berpotensi berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Prog...
Wow Tudia Lepasan Spm Berjaya Buat Transformasi Kurus Ke Sado

Wow Tudia Lepasan Spm Berjaya Buat Transformasi Kurus Ke Sado

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 398 hits
Lepasan SPM berjaya buat transformasi kurus ke sado walau pernah nak menyerah kalah Dari mulut kawan kawan juga Izat tidak kisah sekiranya ada yang beranggapan negatif terhadap usahanya kerana tahu ia merupakan satu pelaburan untuk kesihata...
Langsung Sidang Media Khas Menteri Kesihatan 13 Julai 2021

Langsung Sidang Media Khas Menteri Kesihatan 13 Julai 2021

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 255 hits
Ikuti sekarang sidang media khas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung perkembangan terkini jangkitan COVID 19 serta usaha yang digerakkan KKM dalam Pe...
Pengambilan Guru One Off 2021 Syarat Permohonan Online

Pengambilan Guru One Off 2021 Syarat Permohonan Online

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 460 hits
Pengambilan Guru One Off Berita baik buat mereka yang berminat ingin menjadi guru Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan kini membuat permohonan bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 untuk tahun 2021 Pengambilan secara one off ini ...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris