Pengalaman Tanam Kobis China Yang Mengujakan
Tak percaya yang aku berjaya tanam kobis cina. Ini nak ceritalah sedikit pengalaman aku menanam kobis cina ini. Sekadar untuk berkongsi pengalaman yang tak seberapa ini. Kobis cina ini adalah antara sayur yang paling aku gemari. Itu salah satu sebab kobis cina menjadi pilihan untuk di tanam.
Pengalaman Tanam Kobis China Yang Mengujakan Mari kita ambil tahu serba sedikit dahulu tentang sayuran kobis cina ini. Sayuran kobis cina ini seperti namanya adalah berasal dari negara China. ia merupakan hasil biakbaka semenjak 1600 tahun dahulu. Kini sayuran kobis cina di tanam di seluruh dunia sebagai sejenis sayuran sawi yang rangup, lembut apabila di celur atau di panaskan dan sesuai untuk di jeruk.
China adalah pengeluar terbesar tanaman kobis cina iaitu sebanyak 27% pengeluaran di dunia. Selain itu Jepun, Korea dan Taiwan juga bersain dalam pengeluaran tanaman kobis cina ini. Di Asia Tenggara keluasan tanaman ini telah meningkat kerana telah ada benih jenis baru yang sesuai dan tahan dengan cuaca tropika.
Kajian menunjukkan setiap 100gram kobis cina mengandungi 95g air, 1.2g protien, 0.2g lemak, 2,2g karbohidrat, 0.5g serat, 49mg kalsium, 0.5mg fosforus, 38mg vitamin C tetapi cuma 65kj tenaga. Sayuran yang sangat sesuai untuk yang mengamalkan pemakanan sihat dan untuk mendapatkan berat badan ideal.
Pengalaman Tanam Kobis China Yang Mengujakan Tanaman ini di tanam menggunakan biji benih yang bercambah selepas 3 -5 hari di semai. Cara aku adalah menyemai di dalam tray semaian yang berisi media tanaman cocopeat. Apabila benih berumur 3 - 4 minggu atau ada 5 - 8 helai tanaman aku ubah tanaman ini dalam pasu yang di isi dengan tanah kompos 3 in 1 yang biasa terdapat di nursery tanaman. Pasu yang aku gunakan adalah bekas air mineral 1 liter menggantikan pasu biasa. Aku kitar semula bekas air menjadi sebuah pasu yang berguna tu... huhu!
Lupa pula nak beritahu, aku letak pokok-pokok kobis cina ini di tepi kaki lima balkoni yg hanya mendapat cahaya matahari pada tengahari sahaja. Pokok ini kalau letak terus pada cahaya matahari pun boleh saja. Tapi kena pastikan memdapat penyiraman air yang mencukupi sebab senang layu sekiranya kurang air. Sudah pasti penanaman kaedah fertigasi adalah yang terbaik untuk pokok ini tapi kurang mampu lagi aku nak buat sebegitu... hmmm!
Seronok tengok pokok kobis cina ini berkembang menjadi pokok yang sihat. Nampak di situ daun-daun yang rangup dan sedap. Berbaloi rasanya menanam dengan bersungguh-sungguh pokok kobis cina ini. Banyak jugalah cabaran menanamnya iaitu ada kobis yang mati akibat reput batang. Itu belum lagi anak benih kobis yang di makan siput.,, Fuh!
Dari segi pembajaan aku hanya siram dengan air beras setiap hari. Kadangkala dengan air beras bercampur dengan air basuhan ikan kali kedua atau ketiga. Betul-betul organik tanpa bahan kimia dalam penanaman kobis cina aku ini. Lebih sihat dan pastinya berkhasiat pokok aku ini Sangat mengujakan tau tak?... hahaha!
Okeylah, nak lebih informasi di blog ini, klik SINI yer!
p/s: Ada banyak lagi pokok sayuran yang aku tanam. Nanti aku kongsi di blog ini untuk tatapan dan ingatan kemudian hari. Sibuk menanam itu ini sampai terabai blog...phewww!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.huhahuhajerr.com/2020/08/pengalaman-tanam-kobis-cina-yang-mengujakan.html