Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019 | Apa khabar semua? Baiklah, kali ini aku nak kongsikan tentang pengalaman aku menyertai satu 'race' baru-baru ini. 'Race' tersebut ialah Putrajaya Bird Race 2019 yang obviously dijalankan di Putrajaya. Lokasi bagi pelancaran adalah di Taman Wetland Putrajaya. In shaa Allah aku akan cuba untuk ceritakan pengalaman dari awal hingga akhir. Jemput membaca ya


Di awal pagi hari sabtu, 16 November 2019, sebelum Putrajaya Bird Race dilancarkan dan bermula, kami iaitu sekumpulan media, bloggers dan influencers diberi penerangan tentang aktiviti dan tentang Putrajaya Bird Race dengan lebih jelas. Kemudian kami diberi t shirt dan juga drawstring beg yang mengandungi senarai burung-burung yang terdapat di Putrajaya dan sebuah buku untuk catatan


Selepas sahaja taklimat tersebut, kami semua dibawa ke ruang pameran yang terletak tidak jauh daripada bangunan pertama Taman Wetland Putrajaya. Ruang pameran ini dilaksanakan oleh Urban Birding ya! Di sini kami dapat melihat pelbagai jenis burung melalui pameran gambar. Ada gambar burung yang dilukis cantik! Ada juga gambar burung yang ditangkap oleh jurugambar professional

Perjalanan ke Ruang Pameran
Antara potret burung

Selain itu, dibahagian akhir pameran kami dapat melihat tayangan video dan gambar burung serta penjelasan mengenai spesies burung tersebut di bilik yang ada di dalam bangunan yang sama


Kemudian, setelah menukar pakaian dengan memakai T Shirt yang disediakan, sementara masa masih ada sebelum majlis pelancaran Putrajaya Bird Race 2019, kami semua berkampung atau tertumpu di bahagian Memanah. Setiap daripada kami diberi peluang untuk memanah dengan penuh gaya


Kemudian, tibalah masanya untuk 'briefing' iaitu taklimat kepada semua peserta mengenai peraturan dan bagaimana Putrajaya Bird Race 2019 ini berlangsung. Setelah itu, barulah Putrajaya Bird Race 2019 ini bermula apabila telah dilancarkan

TENTANG PUTRAJAYA BIRD RACE 2019
TUJUAN ➤ Putrajaya Bird Race 2019 merupakan edisi kali pertama dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam mempromosikan Putrajaya sebagai destinasi eko pelancongan dan destinasi urban birding bersempena Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020.
ANJURAN ➤ Putrajaya Bird Race 2019 ini dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj), Urban Birding dan kolaborasi bersama Nature Educational Society (NEST)

LOKASI ➤ Putrajaya Bird Race 2019 ini melibatkan 8 check point di tiga kawasan iaitu di Taman Wetland, Taman Botani dan Taman Rimba Alam. [ Kumpulan aku hanya mencari burung di Taman Wetland sahaja ]
KATEGORI ➤  Terdapar tiga kategori yang dipertandingkan di Putrajaya Bird Race 2019 ini iaitu kategori terbuka, kategori sekolah dan kategori agensi kerajaan/swasta

Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang iaitu pemerhati, pengguna teropong dan pencatat. Sebanyak RM5,000 disediakan untuk pemenang-pemenang Bird Race Putrajaya 2019. Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang disediakan buat para pengunjung yang hadir seperti bengkel backyard buddy, bengkel demo bird bath, bird feed dan bird house, photography talk, story telling burung, bengkel origami, permainan tradisional, aktiviti memanah tradisional, face painting dan sand art


FUN FACT : Berdasarkan rekod PPj, Jabatan Perhilitan dan NEST, terdapat lebih daripada 200 spesies burung di Putrajaya. 
Bekalan makanan tengah hari.
Aku ditempatkan kumpulan bersama Abang Zul dan Kak Ina daripada OOTB Channel. Alhamdulillah, dapat pasukan yang baik dan bersemangat. Haha. Selepas makan, kami terus mencari burung-burung yang ada disekitar Taman Wetland tersebut

Menara Tinjau

Sempat juga aku naik menara tinjau ini yang aku tak pasti berapa tingginya. Boleh lihat pemandangan Putrajaya yang penuh kehijauan. Malangnya tak nampak satu ekor burung pun dari atas tu. Walaupun aku naik seorang diri ke atas, menakala ahli pasukan aku yang lain berada di bawah, tak mengapa sebab ada ramai budak-budak sekolah di atas

Gambar Candid Sedang Teropong Burung
Untuk pengetahuan anda, Putrajaya Bird Race 2019 ini berlangsung selama 24 jam. Bermakna ia akan tamat pada waktu yang sama bermula pada 17 November 2019 iaitu keesokan harinya. Jadi semua peserta mempunyai masa yang cukup untuk mencari burung

Barisan Pemenang
Juri Putrajaya Bird Race 2019
Walaupun pasukan kami tidak tersenarai sebagai pemenang, tetapi pengalaman menyertai Putrajaya Bird Race 2019 ini sangat seronok, kerana pertama kalinya menyertai 'race' sebegini rupa. Ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki dari pihak penganjur untuk menjadikan program ini lebih menarik di masa akan datang. Semoga edisi berikutnya akan lebih menarik, teratur dan lebih ramai yang akan sertai. Jumpa di edisi 2020 pula ya

Sekian

#PutrajayaRuns #GayaTravel  #SayangiBurungKu #VM2020 #VisitMalaysia2020

Artikel ini dihasilkan dari program Putrajaya On The Run! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 15 hingga 17 Ogos 2019 anjuran Perbadanan Putrajaya dan Gaya Travel Magazine .

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/11/pengalaman-sertai-putrajaya-bird-race.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Press Conference Putrajaya Lift Festival 2019

Press Conference Putrajaya Lift Festival 2019

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 514 hits
Selaras dengan komitmen Kerajaan ke aras transformasi digital Kementerian Kewangan Malaysia akan menganjurkan Festival Putrajaya LIFT 2019 yang akan berlangsung pada 28 dan 29 Disember 2019 Hari ini berlangsung Press Conference Putrajaya LI...
Ngayogjazz 2019 Dan Kepergian Djaduk Ferianto Terimakasih Atas Segalanya Dan Selamat Jalan

Ngayogjazz 2019 Dan Kepergian Djaduk Ferianto Terimakasih Atas Segalanya Dan Selamat Jalan

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 270 hits
Meski tanpa Djaduk lagi semoga Ngayogjazz ke depannya tetap akan berlangsung dengan sukses seperti sebelumnya ya
Koleksi Soalan Exam Online Psikometrik Spa 2019

Koleksi Soalan Exam Online Psikometrik Spa 2019

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 2623 hits
Berikut adalah Koleksi Soalan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam bagi Exam Psikometrik SPA 2019 yang sebenar Calon yang lulus peperiksaan online ini sahaja akan ditemuduga bagi jawatan tersebut Tujuan peperiksaan ini diadakan ada...
Wali Kota Depok Pamer Penghargaan Swasti Saba Wistara 2019

Wali Kota Depok Pamer Penghargaan Swasti Saba Wistara 2019

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 182 hits
Mohammad Idris menyampaikan ucapan terima kasih kepada seluruh lapisan masyarakat karena berkat partisipasi dan kolaborasi dengan Pemkot Depok bisa meraih capaian ini
Katanya Dibuka Luas Tapi Seleksi Cpns 2019 Dinilai Tak Ramah Disabilitas Transgender Dan Perempuan

Katanya Dibuka Luas Tapi Seleksi Cpns 2019 Dinilai Tak Ramah Disabilitas Transgender Dan Perempuan

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 263 hits
Ternyata seleksi CPNS nggak setoleran yang dikira Ada syarat syarat yang memberatkan sejumlah pihak
Jumlah Pelamar Cpns 2019 Diharapkan Lebih Besar Dari 2018

Jumlah Pelamar Cpns 2019 Diharapkan Lebih Besar Dari 2018

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 287 hits
Kementerian Pendayagunaan Aparatur Sipil Negara dan Reformasi Birokrasi berharap agar jumlah total pelamar pada pendaftaran Calon Pegawai Negeri Sipil 2019 bisa lebih besar dari tahun sebelumnya
Buffet Ramadan Melaka 2019 Villa Istana Melaka

Buffet Ramadan Melaka 2019 Villa Istana Melaka

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 711 hits
Buffet Ramadan Melaka 2019 Villa Istana Melaka Bagi orang orang Melaka yang tercari cari tempat untuk berbuka puasa dalam bulan Ramadan ni nanti mungkin korang boleh pergi ke Villa Istana Melaka Buffet Ramadan Melaka 2019 Villa Istana Melak...
Recap Julai 2019

Recap Julai 2019

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 280 hits
Recap Julai 2019 Dah hari last bulan Julai pun Besok dah masuk bulan Ogos bulan Kemerdekaan Malaysia So bulan Julai ni apa yang best dalam hidup korang Sebelum tu meh Fadzi share apa yang yang jadi dalam hidup kiteorang Recap Julai 2019Tak ...
Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam

Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 671 hits
Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam Ingat tak dulu kecoh pasal logo Visit Malaysia 2020 To be honest logo Visit Malaysia 2020 dulu bagi Fadzi memang buruk dan tak nampak moden langsung Memang wajar kena kecam So hari ni logo Tourism ...
Justice Beyond Life Tun Mahathir S Tribute To A Fallen Comrade

Whistleblower Himself May Be Implicated In Assemblymen Bribery Case Says Source

Perempuan Terkejut Bila Bayar Rm8 40 Untuk Secawan Milo Panas

Poll Finds Malaysians Divided Over Blanket Ban On 3r Discussions

Minta 2 Dapat 1 Lagi Pendedahan Video Pemberi Maklumat

Dua Lelaki Tular Curi Motosikal Diburu

Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Time To Engage China In Its Terms


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Pembungkusan Yang Berfungsi Menjaga Kesegaran Minyak Esensial

Makan Kerepek Pisang Tanduk Kawan Bagi

Family Mart Dan Gz Baiyun Airport Mehood Liz Hotel Guangzhou

Beg Tangan Jenis Mana Jadi Pilihan Wanita Moden

Business Website Boosts Credibility

Yang Lama Tidak Pernah Dilupakan