Pengalaman Menginap Di Pulau Manukan Sabah Beachside Suite Sutera Sanctuary Lodges


AssalamualaikumBismillah
Hari ini aku nak berkongsi pengalaman menginap di Pulau Manukan, Sabah. Trip kali ini sangat berbeza daripada yang dikongsikan oleh orang lain sebab abang aku dapat Baucer Percuma untuk bermalam di Pulau Manukan, Sabah selama 2 hari 1 malam. Antara penginapan yang ditawarkan ialah Beachside Suite, Sutera Sanctuary Lodges. 

Abang aku bekerja sebagai Tour Guide, dan company dia ada buat cabutan bertuah. Alhamdulillah abang aku menang 2 baucer. Dan salah satunya ialah Pakej Penginapan 2 hari 1 malam di Pulau Manukan, Sabah.
Bertolak dari Sutera Habour Marina JettyBiasanya kalau korang pergi ke Pulau Manukan tanpa bermalam akan bertolak dari Jeti Jesselton Point kan. Tetapi kalau korang booking melalui Sutera Sanctuary Lodges, korang akan bertolak bermula dari Sutera Habour Marina Jetty. 
Cara nak ke jeti ini korang boleh naik grab, pandu sendiri, naik bas ataupun teksi. Sutera Harbour Marina Jetty ini berdekatan dengan Imago Shopping Mall je. 

Google Maps
Buat masa sekarang kalau nak melancong ke, nak short vacay pasti akan diperiksa suhu badan dahulu. Takut ada simptom Covid-19 tu. So, jangan lupa pakai mask ya guys kalau nak bercuti ke mana-mana especially di kawasan yang ramai pelancong luar. Kami pun tidak terkecuali juga daripada pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah lepas dan tidak ada masalah kesihatan ketika itu. 


Salah satu kelebihan apabila korang booking pakej penginapan macam ini. Penginapan termasuk sekali dengan harga tiket bot ke Pulau Manukan, Sabah. Dan pakej yang ditawarkan kepada kami adalah termasuk dengan harga tiket bot. 


Masa Perjalanan Dari Sutera Habour Marina Jetty - Pulau ManukanKami bertolak dari jeti pada pukul 1.30 tengah hari. Alhamdulillah, cuaca pada ketika itu sangat baik. Perjalanan dari jeti ke Pulau Manukan hanya mengambil masa selama 10 - 15 minit sahaja. Lebih dekat berbanding dari Jesselton Point. 


Apabila tengok balik gambar ini masih tak boleh move on lah. Haha sebab cantik sangat. Yang bestnya masa ini hanya aku dan abang aku je dalam bot. Feeling like vvip lah konon. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami ke sana. 



Sampai sahaja di Jeti Pulau Manukan, kami disambut mesra oleh penyambut tetamu dan manager Sutera Sanctuary Lodges. Selain itu, kami juga diberikan tuala basah serta secawan air lemon. Aku rasa kagum dengan cara layanan staf Sutera Sanctuary Lodges yang mesra dan peramah. Selepas diberi briefing tentang penginapan, aktiviti di pulau dan tempat makan. Kami terus dibawa ke tempat penginapan. 
Untuk pengetahuan korang, terdapat 4 jenis penginapan di Pulau Manukan, Sabah iaitu :Manukan Villa – Double StoreyManukan Villa – Single StoreyHillside VillaBeachside Suite
Beachside SuiteKami punya penginapan ialah di Beachside Suites berdekatan dengan pantai. Boleh nampak pemandangan laut dan pantai dari luar beranda. Beachside Suites menyediakan King Bed ataupun Twin Beds. Sangat perfect for couple traveller. Aku dan abang aku pilih twin beds. 


Ruang beranda mempunyai dua buah kerusi dan meja untuk bersantai sambil menikmati pemandangan laut dan pantai. 





Apa yang best menginap di sini di bahagian ruang tamu semuanya telah dilengkapi dengan :

Mini peti sejuk (4 tin minuman berkabonat, 4 botol mineral)Pemanas air beserta pek minuman TV pelbagai siaran Free WifiSet sofa yang sangat selesaKipas siling dan pendingin hawa




Twin beds. Ada disediakan 4 buah bantal, selimut yang tebal, katil yang empuk dan sangat selesa. Ada lampu tidur di tengah. Soket pun dekat dengan katil. Nak charge handphone pun senang sebab sesetengah penginapan mempunyai kedudukan soket yang agak jauh dan tidak strategik. 

Kamar mandi pula dilengkapi dengan heated shower, set mandian (sabun dan shampoo), tuala, serta tandas.


Selain itu juga, dilengkapi dengan pengering rambut, berus gigi, pencukur dan sikat rambut. Kalau bermalam lebih lama ada juga tempat laundry. Staf Sutera Sanctuary Lodges akan buat housekeeping untuk guest yang menginap disini.

Dan paling penting sekali ada iron board dan seterika. Huhu... risau aku kalau benda ini takda. Rimas kalau tudung dan baju kusut.


Perahu RestaurantSelepas simpan barang, kami terus ke Perahu Restaurant untuk makan tengah hari. Apa yang best bila makan di sini ialah menu yang disediakan juga memenuhi cita rasa aku yang suka makan makanan tradisonal berbanding western food. Harga memang agak mahal tetapi dari segi saiz hidangan juga sangat besar dan memang berbaloi lah. 





Aku tak sempat nak gambar semua jenis-jenis menu sebab lapar kan. Jadi memang takda mood nak ambil gambar banyak-banyak hehe. 



Antara menu yang aku dan abang aku pilih. Total semua RM80 lebih termasuk minuman. Aku tak ingat sangat harga asal. Khusyuk nak makan je time tu. 

Menu for BreakfastPakej penginapan kami adalah termasuk sarapan pagi. Jadi ini adalah antara menu yang disediakan pada waktu sarapan. Dia punya banyak seolah-olah satu family yang makan hahaha~


Ada 6 jenis menu sahaja untuk sarapan. Tetapi kami pilih pancake. 

Salah satu kelebihan apabila menginap di Pulau Manukan, korang boleh melihat Sunset Point (1500m) yang terletak di hujung pulau ini. Kalau korang tak bermalam korang memang tak dapat tengok matahari terbenam kerana bot terakhir untuk balik adalah pada jam 5.00 petang. 
Dan suasana pada waktu malam di pulau juga lebih tenang dan nyaman berbanding siang hari kerana ramai pengunjung yang datang ke Pulau Manukan. Kalau cuaca pada malam hari agak baik korang juga boleh stargazing tau. Sangat cantik. 
Pada entri akan datang aku akan kongsi pula pasal Sunset Point, Manukan Island. Banyak nak cerita tapi macam dah kehabisan idea nak mengarang. Secara keseluruhan, aku sangat recommend korang untuk menginap di Pulau Manukan. Rasai pengalaman dan keindahan pulau pada waktu malam. Memang sangat best! 
Untuk maklumat lanjut tentang penginapan di Pulau Manukan, Sabah, korang boleh rujuk :
Laman rasmi : Sutera Sanctuary Lodges - https://www.suterasanctuarylodges.com.my/For General Enquiries and Bookings: Tel : +6015 4876 1800Email: [email protected]

Main Office Address:B-G-9, Block B, Ground Floor, Sutera Avenue, Lorong Lebuh Sutera, Sembulan, 88100, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Kinabalu Park Hotline: +6017 833 5322 (24hrs)Poring Hot Spring Hotline: +6017 833 5799 (7am-10pm Daily)Manukan Island Hotline: +6017 833 5022 (8am-10pm Daily)Laban Rata Resthouse Hotline: +6013 833 2723 (7.30am – 7.30pm Daily)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2020/03/pengalaman-menginap-di-pulau-manukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikuti Perkongsian Pengalaman Bercuti Di Pulau Batam Dan Bintan Indonesia

Ikuti Perkongsian Pengalaman Bercuti Di Pulau Batam Dan Bintan Indonesia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 586 hits
Kita kalau nak cari pemandangan pantai atau kolam yang cantik kita decide nak pergi Maldives Ya di sana pemandangan lautnya sangat cantik tapi sudah pastinya kos yang diperlukan sangat tinggi kan Tapi jangan risau sebenarnya ada je destinas...
6 Mp Dari Sabah Dilantik Kabinet Persekutuan

6 Mp Dari Sabah Dilantik Kabinet Persekutuan

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 519 hits
KOTA KINABALU Dua menteri penuh dan empat timbalan menteri dari Sabah dilantik dalam Kabinet Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diumumkan di sini petang tadi Dua menteri penuh itu adalah Menteri di J...
3 Wira Sabah Ledak Felda United 3 1 Di Likas

3 Wira Sabah Ledak Felda United 3 1 Di Likas

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 566 hits
TANDUKAN GOL Paunovic melakukan tandukan untuk gol pertama Tambadau Sabah Sabah atasi Felda Shitembi curi tumpuan Hasrat Sabah untuk mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super akhirnya tercapai apabila membenam Felda United 3 1 di...
Cabinet Roles For Two Senior Sabah Leaders

Cabinet Roles For Two Senior Sabah Leaders

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 270 hits
Maximus Ongkili is the minister for Sabah and Sarawak affairs while Jeffrey Ongkili is deputy tourism minister KOTA KINABALU Two senior Sabah politicians Maximum Ongkili of PBS and Jeffrey Kitingan of STAR were among those appointed to the ...
Dua Menteri Dan Empat Timbalan Dalam Kabinet Baharu Dari Sabah

Dua Menteri Dan Empat Timbalan Dalam Kabinet Baharu Dari Sabah

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 307 hits
Enam pemimpin dari Sabah dilantik bagi menyandang dua jawatan Menteri dan empat lagi Timbalan Menteri dalam Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di Jabatan Perdana Ment...
Sabah Bans Travellers From Iran And Italy

Sabah Bans Travellers From Iran And Italy

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 195 hits
KOTA KINABALU Sabah s travel restrictions have been extended to Iran and Italy with immediate effect from Tuesday in view of the worsening Covid 19 outbreak Sabah state secretary Datuk Safar Untong said nationals from these two countries wo...
Terkini Perairan Kota Marudu Sabah Digegar Gempa Bumi

Terkini Perairan Kota Marudu Sabah Digegar Gempa Bumi

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 464 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia melalui satu kiriman di laman Facebooknya memaklumkan satu kejadian gempa bumi lemah telah melanda kawasan perairan Kota Marudu Sabah pada jam 12 48 pagi Gempa bumi berkenaan yang berukuran 3 3 skala richter dil...
Churches In Sabah Take Measures To Curb Covid 19

Churches In Sabah Take Measures To Curb Covid 19

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 340 hits
A file picture of St Michael s Church in Penampang Sabah KOTA KINABALU For over a month now churches no longer provide holy water at the entrance for Catholics to apply to their foreheads to make the sign of the cross Parishioners too are n...
Sabah Cm Shafie We Have To Stop This Culture Of Jumping

Sabah Cm Shafie We Have To Stop This Culture Of Jumping

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 228 hits
KOTA KINABALU There is no guarantee that the new Federal Government under Tan Sri Muhyiddin Yassin will stabilise if Parti Warisan Sabah shifts its political stance and supports Perikatan Nasional says Datuk Seri Mohd Shafie Apdal The Sabah...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah