Pengalaman Cabut Gigi Klinik Pergigian Swasta Di Pontian Johor
Assalamualaikum
Bismillah
Salam sejahtera buat para pembaca sekalian. Tak sangka ya, selepas setahun aku terpaksa cabut gigi lagi. Sebelum ini aku dah pernah kongsikan pengalaman scalling dan cabut gigi di Klinik Pergigian Dr Patricia, Inanam Taipan di Sabah.
Kali ini aku mahu kongsikan pengalaman cabut gigi di Klinik Pergigian Swasta di Pontian, Johor. Pertama sekali aku memilih untuk cabut gigi di klinik pergigian swasta sebab suami aku tiada di rumah masa tu.
Klinik pergigian kerajaan pula jauh dari kawasan rumah. Suami pula kerja. Dan aku pula tak pandai driving. Jadi aku pergi klinik pergigian swasta yang berdekatan kawasan rumah
Pada mulanya aku cuma planning mahu tampal gigi sahaja. Tetapi malangnya doktor kata gigi aku dah tak dapat nak tampal sebab lubang dah besar sangat. Nak buat rawatan gigi pun tak boleh. So, pilihan yang ada ialah cabut gigi sahaja.
So ikut sajalah kan apa yang doktor cadangkan sebab itu bidang dorang. Mereka lebih tahu apa yang terbaik buat pesakit
Klinik Pergigian IzzahKlinik Pergigian Izzah sebenarnya baru sahaja beroperasi pada tahun 2020. Antara objektif klinik ini adalah :Menyediakan perkhidmatan pergigian yang cekap dan efektif secara holistik terhadap pelanggan.Mewujudkan suasana perkhidmatan yang harmoni, selesa, mesra pelanggan dan kondusif.Menyediakan prasarana yang selesa selaras dengan keperluan perkhidmatan yang terkiniMengaplikasikan perkhidmatan yang mematuhi syariah.
Lokasi Klinik Pergigian Izzah, Pontian JohorSebelum pergi klinik, of course lah kena survey dulu kan nak pergi klinik yang mana. Dan suami suggest untuk aku pergi Klinik Pergigian Izzah.
Sebab perlu pergi klinik ini :Berdekatan kawasan rumahMempunyai 4.8 Bintang di Google Mempunyai review positif dan recommended dari customers1, Jalan Emas 3, Pusat Perniagaan Kota Emas, 82000 Pontian, Johor
Lokasi klinik ini terletak di Jalan Emas 3, Pusat Perniagaan Kota Emas, Pontian. Senang sahaja nak cari klinik pergigian ini, cuma bersebelahan dengan Pizza Hut sahaja. Dan sebaris dengan Subway dan MR DIY.
Harga Rawatan di Klinik Pergigian Izzah
Examination / Check up & Consultation : RM20 - 30X-Ray : RM50Scaling & PolishingChildren : RM40 - 80Adult : RM90 - 200Extraction Adult (Cabut Gigi Dewasa)* Fee includes local anaesthesia & analgesic : RM80 - RM200Surgical extraction : RM210 - 400Additional local anaesthesia (Bius) : RM10Antibiotic : RM20Analgesic (painkillers) : RM15Extraction Children (Cabut Gigi Kanak-Kanak)Topical : RM50Local anaesthesia (bius) : RM60 -70Minor Oral Surgery* Fee includes local anaesthesia & antibiotic/analgesic
Dry socket treatment :RM 60Management of post operative bleeding : RM70Incision and drainage : RM100Impacted Wisdom Tooth : RM700 - RM1200Filling AdultTemporary dressing : RM60 - RM70Permanent filling :
- RIVA : RM80 - RM150
- Composite : RM100 - RM200Composite Veneer : RM350Glass Veneer : RM600
Filling ChildrenTemporary dressing : RM40 - RM50Permanent filling :
- Anterior (Gigi hadapan) : RM70
- Posterior (Gigi belakang) : RM60Preventive TreatmentTopical Fluride Application : RM20 - RM30Fissure Sealant : RM80Root Canal Treatment (RCT)Pulpotomy for deciduous tooth : RM150Anterior : RM600 - RM700Premolar : RM700 - RM800Molar : RM850 - RM1200Crown and BridgesRe-cementing crown / bridge : RM50Post (fibre post / paracore cement : RM100 - RM300Fibre - Reinforced crown / bridge (FRC) : RM600Bridge per unit :
- Porcelain bonded to non - previous metal (PFM) : RM800
- Full Porcelain (E Max) : RM1100Harga Rawatan Gigi Palsu
Pengalaman Cabut Gigi Klinik Pergigian Swasta Dr Izzah di Pontian, JohorMemandangkan ini kali kedua aku cabut gigi di klinik pergigian swasta, jadi aku kurang takut sudah. Cuma rasa excited nak tahu macam mana servis kat Dr Izzah nie.
Aku pergi kat klinik pergigian Dr Izzah pada sebelah petang. Masa tu kurang orang. My first impression, klinik pergigian ini sangat selesa dan relaks dengan lagu-lagu zikir yang dipasang di ruangan menunggu.
Aku masuk saja terus ke kaunter pertanyaan untuk lihat harga rawatan. Aku tanya pembantu doktor boleh tak tampal gigi sebab gigi aku dah berlubang besar. Doktor kata mereka check dulu samada perlu tampal atau tidak.
Tak sampai 5 minit menunggu nama aku dah dipanggil. Apabila dah masuk ke bilik rawatan, aku terus baring dan doktor tanya apa masalah gigi aku.
Aku bagitau aku nak tampal gigi. Setelah doktor lihat keadaan gigi aku, doktor bagi cadangan untuk aku cabut terus. Hal ini demikian kerana gigi aku dah berlubang besar dan bergoyang.
Nak buat rawatan akar pun tak boleh, nak tampal pun tak dapat juga. Dan gusi aku pun dah membengkak. Kalau nak tampal gigi, ada dua biji gigi kat atas yang berlubang dan boleh ditampal
Kalau aku tak nak cabut pun boleh. Dia cuma kira caj untuk check gigi sajalah. Tetapi aku ikut sajalah cadangan doktor, jadi aku pun cabut sajalah.
Sakit Ke Cabut Gigi Bawah Geraham?Sejujurnya, ini kali pertama aku betul-betul tak rasa apa-apa apabila kena cabut gigi. Seriussss guysss! Semasa kena bius tu aku tak rasa sakit berbanding klinik pergigian di swasta sebelum ini.
Malah aku tak rasa pun gigi aku kena goyang-goyang. Tiba-tiba saja dah kena cabut. MasyaAllah rasa kagum sangat dengan skill Dr Izzah. Aku betul-betul berpuas hati cabut gigi kat sini. Padahal gigi aku tu bukannya goyang betul pun. Langsung tak dengar ya gigi tu rasa macam kena cabut.
Bukan itu sahaja pembantu Dr Izzah pun sangat baik hati. Servis mereka memang tip top lah! Aku suka sangat-sangat! Bukan nak puji lebih-lebih tetapi aku rasa wow gitu hahaha~
Apapun alhamdulillah Allah permudahkan segelanya.
Berapa Lama Masa Rawatan Cabut Gigi?Sebenarnya cabut gigi ini tak lama pun. Doktor check gigi kita, letak bius dan cabut. Dalam 5 - 10 minit sahaja. Dah cabut tu doktor letak kapas. Kemudian dia bagi nasihat sedikit penjagaan gigi.
Selepas cabut gigi, kena tunggu beberapa jam baru boleh makan. Dan kalau boleh jangan minum panas atau sejuk sampailah gigi berhenti berdarah. Elakkan juga makan makanan yang keras-keras
Harga Rawatan Cabut Gigi GerahamSecara keseluruhan, harga rawatan untuk cabut gigi geraham bawah sebanyak RM130 termasuk ubat tahan sakit. Mungkin bagi orang lain caj ini terlalu mahal. Tetapi bagi aku sangatlah berpuas hati dengan servis di sini. Jadi tidak rugi bayar. Dan aku memang nak plan tampal gigi dan scalling di klinik ini lagi.
Adakah Ingin Mendapatkan Rawatan di Klinik Pergigian ini lagi ?Of course! Aku memang nak datang balik kat Klinik Pergigian Dr Izzah untuk tampal gigi dan scaling gigi pula. Nak tahu pengalaman untuk tampal dan scaling pula macam mana
Recommended? Sekiranya korang nak cabut gigi, aku memang cadangkan korang pergi ke Klinik Pergigian Dr Izzah dan rasai sendiri servis mereka. Khususnya kepada warga Pontian, bolehlah cuba ke klinik ini
Dari segi harga rawatan tu, aku tak pasti adakah klinik ini menawarkan harga yang paling murah berbanding klinik pergigian yang lain. Jadi aku tak dapat nak bandingkan. For me berbaloi lah
Klinik Pergigian Dr Izzah, di Pontian JohorAlamat: 1, Jalan Emas 3, Pusat Perniagaan Kota Emas, 82000 Pontian, Johor
Waktu Rawatan Isnin - Ahad : 9.00 Pagi - 6.00 Petang (Buka Setiap Hari)Rehat : 1.00 - 2.30 Petang
TUTUP PADA CUTI UMUM
No Untuk Dihubungi / TelEmail :
[email protected]+607-678 3063+6012-7117464
Website klinikpergigianizzah.com
Sekian itu sahaja pengalaman aku. Semoga bermanfaat dan memberi infomasi kepada korang yang memerlukan. Apapun jaga kebersihan gigi dan kurangkan minum dan makan benda yang manis tau. Jangan lupa untuk selalu berus gigi selepas makan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2022/06/pengalaman-cabut-gigi-klinik-pergigian-swasta.html