Pengalaman Beli Rumah Pertama
Assalamualaikum , Duduk rumah sendiri atau dengan mertua ? Salah satu soalan yang kerap orang tanyakan pada Lisa selepas berkahwin baru ni . Rasanya soalan ni memang jadi soalan lazim yang ditanya selepas orang mendirikan rumah tangga. Bagi Lisa duduk dengan mertua atau duduk rumah sendiri ialah sama sahaja , lagi seronok duduk dengan mertua sebab boleh menumpang kasih since arwah mak dah meninggal. Kami duduk rumah sendiri dan kadang duduk dirumah mentua. Lisa akan kongsikan pengalaman Beli rumah pertama.
PENGALAMAN BELI RUMAH PERTAMASebenarnya menyewa atau beli rumah sendiri tu tak kesah , mana-mana pon ok je ikut kemampuan kewangan korang. Tepuk dada tanya poket . Pengalaman beli rumah pertama agak strungle juga la sebab tak pernah tahu lagi , banyak perlu diambil kira dari kelayakan loan bank , BR , kiraan gadai janji ( mortgage) dan juga kos guaman. Rumah pertama husband , beli tahun 2016 dan rumah pertama Lisa beli tahun 2018. Dalam hidup ni semua orang ada target masing-masing, Lisa memang target nak ada rumah sendiri sebelum 30tahun , dan husband pula sebelum menikah nak ada rumah sendiri . Sebab nak duduk sendiri tak nak duduk dengan parents dah , ibarat selalu dengar kadang isteri tak selesa duduk dengan mertua. Dan kalau ada rumah sendiri , isteri lebih bebas nak buat apa pun kan.
Semasa pandemik covid-19 semua orang didunia ni terkesan dari segi kesihatan , ekonomi , dengan lockdown , banyak kena buang kerja . Apa-apa kerja kena dibuat dari rumah , dan daritu la nampak penting punyai hartanah sendiri. Terfikir lepas ni boleh berhenti kerja dan buat kerja dari rumah , nak kuarantin pon kat rumah sendiri . Pada pendapat Lisa pribadi, miliki rumah sendiri lebih selesa dari menyewa. Dari bayar duit sewa rumah yang memang mahal, lebih baik kita bayar lebih sikit dan kemudian hari rumah tu milik kita sendiri. Dan tak perlu berpindah ranah , ikut suka kita nak deco dan nak buat apapun dengan rumah itu.
Sebenarnya Masa pandemik covid19, ialah masa yang sesuai untuk membeli hartanah. Banyak tawaran menarik masa tu dan tentunya menguntungkan pembeli. Terbaca dalam artikel BBC,''Terdapat lebih daripada 400,000 orang membeli rumah pertama mereka pada 2021, meningkat 35% daripada tahun sebelumnya, kata Halifax.''
Mengira Gadai Janji Sebelum beli rumah , korang kena tahu Gadai janji atau Mortgage adalah perkara penting dalam membeli rumah. Contohnya pengiraan mortgage rumah . Nak lebih mudah gunakan mortagage calculator .
Contoh korang nak beli rumah senilai RM300,000.00, deposit 10% dari harga rumah iaitu RM30,000, terms ikat 35tahun dan Bank rate 4.25% , maka bulanan yang perlu korang bayar senilai RM1,236 .
Ini adalah anggaran sahaja, boleh pergi ke mana-mana bank untuk semak kelayakan pinjaman perumahan kita. Bank pasti akan tanya apakah komitmen setiap bulan yang kita ada. Bank akan tanya personal loan, loan kereta, ASBF, simpanan dan komitmen lain. . Kadang boleh dapat 100% kadang hanya dapat 85%. Jadi sila tanya ke beberapa bank untuk boleh kita pilih. Kerana mereka akan bantu untuk mengira, berapa yang bank sanggup berikan pinjam. Tak perlu menipu kerana bank boleh detect atau track rekod hutang setiap orang. Kemudian baca point berikutnya
Perkara yang anda perlu tahu lagi adalah mengenai BR atau Base Rate. Base rate ini adalah peratusan yang diberikan oleh bank. BR ini boleh naik atau turun bergantung pada bank yang memberi pinjaman
Kos Guaman
Duit cover ini untuk apa? Adakah deposit rumah? Tidak. Duit cover ini untuk lawyer fee iaitu kos guaman rumah pertama. Nak beli rumah anda perlu tahu apa itu lawyer fee dan berapakah harga yang perlu dibayar kepada peguam
Untuk memudahkan anda membuat pengiraan untuk membeli rumah boleh la guna link https://www.mortgagecalculator.uk/ . Kebiasaannya, pengiraan bank di dunia ini menggunakan sistem yang sama. Tiada masalah disitu
Salah satu tips untuk mudahkan loan korang approve : Biasanya bagi yang belum pernah buat pinjaman ( seperti pinjaman kereta ) ia lebih mudah proses kelulusan berbanding dengan yang pernah pinjam untuk beli kereta.
Semoga tips ni bermanfaat untuk korang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciksepet.com/2022/12/pengalaman-beli-rumah-pertama.html