Pengalaman Belajar Di Universiti Malaysia Sabah


Assalamualaikum dan Hello !

Lepas je habis matrikulasi dekat Perak (KMPk) , Alhamdulillah aku dapat tawaran sambung belajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Wahhh jauh kannn.. Yup pada mulanya aku rasa sedih , takut dan gementar sebab dapat tawaran di negeri Borneo. Rasa jauh gila dari rumah sebab nak pergi sana kena naik kapal terbang (Flight). TAPI, mungkin ada hikmah Allah aturkan perjalanan hidup aku macam ni. Alhamdulillah aku SERONOK SANGAT SANGAT dapat belajar di Sabah. Tak dapat belajar jauh nun oversea , dapat pergi  over the sea (seberang laut) pun okay dah ahaha

Pejam celik pejam celik sekejap je 4 tahun di sana. Aku telah bergraduasi pada November 2018 dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan & Pemakanan dengan Kepujian. Kalau nak tahu pasal course ni, kena tunggu posting seterusnya hehe. Nanti aku update yee! Salah satu sebab aku tak tolak tawaran belajar di UMS ni adalah sebab aku minat course yang aku dapat! Dan sebenarnya aku tak ingat aku ada mohon UMS tapi aku hanya ingat aku mohon course ni je haha. Okaylah tu, dapatlah naik kapal terbang selalu (Realiti : 2 kali setahun je naik flight , pastu habis duit untuk beli tiket flight je sob sob).

Okay aku mulakan dengan ... 
➤ FIRST YEAR
Orang cakap kena pergi dulu baru tahu macam mana rasanya. Yup betul tu. Mula-mula jelah tak biasa tapi lama-lama mesti dah boleh adapt dengan semua benda. Bila duduk jauh dengan keluarga ni, korang kena lah cari kawan-kawan yang boleh kurangkan perasaan homesick korang. Alhamdulillah, roomate aku masa tahun pertama degree aku dapat yang baik-baik dan satu kepala. (Kami masih berhubung sampai sekarang). Hi korang, kalau korang baca post ni 😉

Dari kiri : Iema , Aku , Piqa , Masyi 
Untuk pelajar tahun pertama, korang akan dapat kolej kediaman untuk dua semester. Masa aku first year,  aku tinggal kat Kolej Kediaman Excellent. Kolej E ni konsep macam satu rumah dan tiga bilik. Setiap bilik ada empat orang dan ada bilik yang dua orang (biasanya pelajar senior akan duduk). Roomate aku masa first year adalah Iema (Terengganu) , Masyi (Sabah) & Piqa (Kedah). Memang banyak kenangan pahit & manis dengan diaorg hehe. Nak tulis kat sini memang tak cukup haha.

By the way, waktu aku first year, aku jenis pelajar yang pergi kelas pastu balik bilik. Mungkin sebab aku takde kawan yang rapat selain roomate aku dan coursemate kot hahaha. Kebanyakkan masa aku akan keluar pergi mana-mana dengan roomate aku je walaupun kitaorang semua lain course dan fakulti.

Ni kitaorang pergi fun fair kat Stadium Likas. Main 2-3 game terus nak muntah haha. 


Sebenarnya masa first year aku struggle jugaklah nak menyesuaikan diri dengan pembelajaran di universiti sebab serius lain gila dari pembelajaran di matrik dan sekolah. Secara jujur, result exam aku tak hebat mana haha tapi cukup makan untuk survive hehehe. Adik-adik yang masih/akan berada di university, belajar laa elok-elok okay? Disebabkan fakulti aku duduk nun jauh di belakang, aku selalu jalan kaki pergi dan balik kelas sebab bas jarang pergi fakulti kami. (Sedih kan?) Masa tu grab dan uber tak wujud lagi, jadi jalan kaki jelah solusinya. Kadang-kadang sebab takut lambat masuk kelas (lecturer garang), sanggup aku dan coursemate jalan kaki pergi dewan kuliah atau kelas (bukan dekat tau, nanti korang masuk ums korang tahu la haha).



TIPS ! Bas kat UMS tak banyak jadi korang kena berebut (jadi Sparta kejap) untuk naik bas. Perempuan ayu pun boleh jadi HULK sebab nak berebut bas punya pasal hahah.
Bila semester dua, baru aku ada keyakinan untuk sertai Persatuan Mahasiswa Fakulti. Alhamdulillah, aku dapat pegang jawatan sebagai Exco Penerbitan & Informasi PMFSMP. Banyak yang aku belajar bila dalam persatuan ni walaupun aku bukan berapa bagus. Contoh, macam mana nak urus masa dengan program , macam nak berkomunikasi dengan baik serta aku dapat kenal dengan pensyarah dan pelajar fakulti lain. Kenangan paling best masa jadi PMFSMP, kitaorang sediakan berbelas ribu muffin untuk pelajar baharu waktu Minggu Suai Mesra (MSM) sesi 2015/2015. 

Korang ingat lagi tak pada tahun 2015 waktu Sabah ada gempa bumi ? Masa gempa bumi tu berlaku, aku dan yang lain semua tengah tidur (yelah haritu hari ahad). Lepas tu, kitaorang bangun sebab rasa bergoyang, ingatkan ada orang goncang katil. Bila dah separuh sedar, baru kitaorang tahu yang bangunan kolej sebenarnya bergoyang! Tapi tak lama pun, dalam 20 saat macam tu kot. Alhamdullilah dekat UMS takde benda serius yang berlaku tetapi kitaorang semua trauma jugak untuk beberapa hari sebab masih rasa gempa susulan dan tak pernah rasa macam mana gempa bumi. (Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban ketika gempa bumi tersebut). 
Okay tu je untuk yang first part. Next part aku akan cerita pasal pulak pengalaman aku di tahun kedua & ketiga . Bye bye :) 

Nota Kaki : BTW, aku masih kekok nak menulis blog, jadi aku minta maaf kalau penulisan aku tak berapa baik dan menarik. Apa-apa cadangan dan penambahbaikan boleh bagitahu dekat SINI. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nursyabiraanis11.blogspot.com/2019/07/pengalaman-belajar-di-universiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 345 hits
Universiti Teknologi Malaysia Portal jawatan kosong terkini ingin berkongsi peluang pekerjaan di Universiti Teknologi Malaysia yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi ke...
Sabah Juara Liga Premier Malaysia 2019

Sabah Juara Liga Premier Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 535 hits
Pemain dan pegawai Sabah bersorak kegembiraan mengungguli Liga Perdana 2019 selepas menewaskan UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam sebentar tadi NSTP Saddam YusoffSabah juara Liga Premier Malaysia 2019Sabah mengesahkan kejuaraan Liga Perdana ...
Transwoman Dilantik Ikon Baru Kementerian Kesihatan Gadis Malaysia Dah Pupus Ker

Transwoman Dilantik Ikon Baru Kementerian Kesihatan Gadis Malaysia Dah Pupus Ker

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 358 hits
Akhirnya segala persoalan telah terjawab Undian demi undian percalonan demi percalonan serta ujian demi ujian telah berjaya ditempuhi Hari ini perlantikan rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia telah dinoktahkan Saya dilantik sebagai TG ...
Malaysia Baharu Terjejas Kerana Skandal 1mdb Rasuah Zaman Bn

Malaysia Baharu Terjejas Kerana Skandal 1mdb Rasuah Zaman Bn

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 345 hits
Pada 9 Julai 2019Skandal 1MDB yang dicetuskan pentadbiran Barisan Nasional telah membawa malapetaka besar kepada rakyat khususnya generasi akan datang Menurut pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pentadbiran kini memerlukan tempoh beberapa ta...
Powerbeats Pro Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Rm999

Powerbeats Pro Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Rm999

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 225 hits
Fon telinga nirwayar Powerbeats Pro telah dilancarkan pada April yang lalu pada pasaran terpilih Tarikh bila ia memasuki pasaran tempatan masih lagi misteri tetapi ia telah disenaraikan di laman Apple Malaysia pada harga RM999 sepasang Lama...
Liga Kdm Malaysia Pusingan 16 Pasukan Terbaik Kini Bermula

Liga Kdm Malaysia Pusingan 16 Pasukan Terbaik Kini Bermula

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 305 hits
Liga KDM Malaysia pusingan 16 pasukan terbaik kini bermulaJELLYSIUS SAIMPONKejohanan Liga Bola Sepak Kadazan Dusun Murut Malaysia 2018 2019 yang berehat sepanjang bulan puasa dan perayaan Aidilfitri lalu akan disambung semula dengan pusinga...
Penyebab Industri Halal Indonesia Masih Ketinggalan Dibanding Malaysia

Penyebab Industri Halal Indonesia Masih Ketinggalan Dibanding Malaysia

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 289 hits
Ketua Indonesia Halal Lifestyle Center Sapta Nirwandar mengatakan selain implementasi sertifikasi halal Indonesia masih perlu melakukan sejumlah upaya untuk meningkatkan kinerja industri halalnya Penciptaan ekosistem untuk industri halal ma...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo