Pengalaman Bawa Anak Anak Ke The Bentong Farm


Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm Pahang | Hari cuti adalah waktu bersama keluarga tercinta. Jadi, kebetulan ayahnya cuti, kami plan bawa anak-anak ke The Bentong Farm yang terletak di Bentong, Pahang. Apa yang menarik di The Bentong Farm ni? Haaa itu kena baca sampai habis.

Pada mulanya, hanya kami berempat sahaja, kemudian si kakak minta izin nak bawak BFF dia. Ok la kite on saje la. Kami tiba agak lewat sebabnya terpaksa tempuh jalan jem di Selayang, kemudian jem pula selepas tol Gombak. Tapi tak lama pun jem tu. Akhirnya kami sampai sana dalam pukul 3 lebih. Ok la, takde la panas sangat masa tu

Korang yang tak pernah lagi sampai ke Bentong, jangan la risau. Senang je nak cari, dan lagi mudah korang taip je The Bentong Farm di google maps, pandai la nanti google halakan korang ke mana. 

Bila dah nak sampai, korang akan jumpa signboard ni dulu. 
Sebaik saja sampai, anak-anak la paling excited. Buat pengetahuan semua, konsep  The Bentong Farm ni sama je seperti Farm In The City yang mana kita boleh dekati haiwan yang jinak dengan lebih dekat . Siapa yang dah pernah ke sana korang tahu la macam mana. Cuma bezanya di The Bentong Farm kawasannya agak besar dan lebih selesa, dan semestinya banyak prop best untuk korang bergambar di sini. 



Ni antara prop yang berdekatan dengan entrance. Bagi yang kaki bergambar tu, memang ini adalah tempat korang, tapi korang dinasihatkan memakai kasut sukan, sebabnya di sini kawasan berbukit
Soal tiket pula, korang boleh tengok di website official mereka, yang mana di sana mereka akan update dari semasa ke semasa, sama ada pakej keluarga, diskaun eh macam-macam lagi la. 
Selepas membeli makanan haiwan di entrance, kami masuk zon pertama iaitu Savannah Zone. Di sini, kami kena serbu dengan kambing sebabnya budak-budak ni bawa makanan haiwan dan of course la semua haiwan di sini jinak. Suka betul diorang dengan kambing ni sampai lupa kat atas tu ada lagi binatang. 

Alolo kambing ni pandai bergambar, si Lulu pulak terkejut ke apa tu?!


Ni BFF Thahirah, Arissa namanya. Suka betul dia dengan anak kambing ni. Ralit sangat bagi kambing makan. Selepas itu, kami mula bergerak ke Exhibition Hall pula. Di sana terdapat haiwan seperti racoon, Guinea Pig, Alpaca, ikan, kucing bengal, ular. Antara yang menjadi tumpuan anak-anak pastinya Guinea Pig ni. Comel sangat!!


Di sini juga, korang juga berpeluang beri makan kepada si Racoon tau. Cuma masa kami datang ni, Racoon ni mungkin dah kenyang. Korang tengok la tu, relaks habis dia


Si Lulu ni pantang nampak ikan. Suka betul dia tengok ikan dalam akuarium tu


Alpaka ni dah la comel, suka bergambar pulak tu. Suka sangat tengok telatah mereka ni. Ramai yang kata, cantik rambut dia heheh

Di sini juga turut dipamerkan telur ostrich dan telur emu. Pernah tengok emu tak? Nanti kinah tunjuk emu tu


Selepas habis di zon ini, kami bergerak ke zone 2 yang mana di situ terdapat Bird Aviary, pony ranch, longkang fish dan tortoise land. Antara paling lama kami di zon 2 semestinya tortoise land. Tortoise semuanya besar. Dapat pulak peluang bagi bagi tortoise tu makan. In case makanan yang korang beli tadi dah habis, boleh je minta pada renjer yang bertugas




Si kakak dengan berani nak bagi tortoise makan, tapi kena perhati juga anak ni masa ni, takut kena kokak dengan tortoise heheh
Ini replika saja tau, bukan yang betul
Oh ye, jika korang rasa letih, boleh lah berehat dahulu di cafe yang terletak berhampiran dengan tortoise land. Hari pun agak panas masa tu, minum air seteguk dua sambil makan aiskrim


Ada kisah lawak di kandang pony ni. Di mana pada masa tu, yop pegang stokin si kakak yang terkena najis ayam di bird aviary, ntah macam mana pony ni ingat yop pegang makanan kot, dia merapat la nak cium stokin tu, sekali lepas dia cium, dia buat muka dan bunyi uwekkk!!!!! Nak sangat cium bau kan hahaa.  Dihadapan kandang pony, anak-anak berpeluang untuk jalankan aktiviti Longkang Fishing. Si kakak memang excited benda gini, adik cuma bagi support je la sebab dia tak sampai nak fishing


Habis aktiviti di sini, anak-anak excited nak tengok arnab katanya. Baru nak tengok, ada sorang ranjer di bahagian emu, lembu kerbau panggil kami dari atas. 
Di sini, anak-anak excited nak masuk tapi bila dah masuk diorang lari pula sebab takutkan si emu yang nak makanan yang diorang pegang. Mujurlah ada ranjer yang baik hati ni dan beliau begitu ramah dan mesra melayan segala pertanyaan kami

Ini lah emu yang kinah cerita diawal post tadi
Baik 2 ekor kerbau ni rehat sama-sama
Habis di sini maka habislah sesi kami  dibahagian binatang. Jadi kami bergerak pula ke zon seterusnya iaitu bahagian sayur-sayuran dan buah-buahan. Di sini, memang luas ladang mereka. Buah dia tak usah kata la, bergayut sana sini. 

Dibahagian ini juga terdapat beberapa replika menarik yang boleh menjadi port untuk korang bergambar. Dah datang jauh-jauh takkan la tak nak bergambar. Antara replika yang sempat kami ambil ialah replika halia ni. 
Replika The Giant Ginger
Kampung Orang Asli
Orang Bandar Masuk Dusun
Kemudian kami jalan sedikit ke hadapan untuk menuju ke replika kapal. Ish apa ke nama dia eh.. Tapi serius, kat sini sesuai sangat untuk korang yang nak healing sambil tu boleh bagi ikan makan dan tengok swan. 
Kekonon tangkap ikan le tu
Ting ting kapal dah nak berlayar 
Senyum sikit!!!
Jika diikutkan ada je lagi port menarik di bahagian atas tu. Tapi, kami dah surrender sebab dah pancit. Tunggu la next time kita explore apa yang tak sempat pergi lagi


Bagi kinah, di The Bentong Farm ni adalah tempat Petting Zoo terbaik di Malaysia. Haiwan-haiwan di sini pun semuanya jinak dan paling best korang boleh juga bergambar di port yang disediakan. So, tunggu apa lagi, cuti hujung minggu ni bawaklah anak-anak ke sini. Oh ya sebelum terlupa, tidak lama lagi akan ada tarikan baharu seperti ATV, tapi masih belum beroperasi lagi dan bagi yang berminat 'camping', Tryveler, The Bentong Farm turut menawarkan beberapa pakej untuk korang camping bersama keluarga mahupun kawan-kawan

Waktu operasi The Bentong FarmWeekdays: 10:00 pg - 6:00 ptgWeekend: 09:30 pg - 6:00 ptgDitutup pada setiap hari Selasa, tidak termasuk cuti umum & cuti sekolah
Untuk info lebih lanjut mengenai The Bentong Farm boleh layari https://thebentongfarm.com/
#agrotourism #bentongpahang #thebentongfarm #animals #tourismmalaysia #outdoors #animallover #pettingzoo


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apekinah.com/2023/07/pengalaman-bawa-anak-anak-ke-the-bentong-farm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biar Anak Kenal Belajar Sentuh Haiwan Ternakan Di Farm In The City Dunia Baru Anak Kecil

Biar Anak Kenal Belajar Sentuh Haiwan Ternakan Di Farm In The City Dunia Baru Anak Kecil

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 207 hits
Mendedahkan anak anak kecil yang sedang membesar dengan aktiviti luar sememangnya amat perlu bagi meningkatkan imuniti tubuh mereka Salah satu lokasi wajib yang ibu bapa perlu kunjungi pastinya lawatan ke zoo yang menempatkan haiwan haiwan ...
Baby Happy Sangat Kat Sini Seronok Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah

Baby Happy Sangat Kat Sini Seronok Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 297 hits
Biarpun baru pertama kali bercuti ke luar negara bersama anaknya pelakon dan penyanyi Ayda Jebat lega bila mana melalui pengalaman menaiki kapal terbang serta bercuti dengan baik hingga tiba destinasi Menurut perkongsiannya di Instagram Ayd...
Polisi Diminta Tindak Tegas Orang Tua Yang Izinkan Anak Di Bawah Umur Bawa Kendaraan

Polisi Diminta Tindak Tegas Orang Tua Yang Izinkan Anak Di Bawah Umur Bawa Kendaraan

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 135 hits
Peran orang tua penting untuk tidak mengizinkan anak di bawah umur mengendarai kendaraan
The Evolution Of Foldable Phones Samsung Z Flip5 Takes The Lead

The Evolution Of Foldable Phones Samsung Z Flip5 Takes The Lead

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 265 hits
In the grand tapestry of technological advancements there are few innovations as transformative as the inception of foldable smartphones These devices with their melding of cutting edge tech and ground breaking design have painted a vivid p...
The Best Ways To Learn Technical Analysis

The Best Ways To Learn Technical Analysis

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 209 hits
The Best Ways to Learn Technical AnalysisTechnical analysis at its core is a method used by traders and investors to forecast the future price movements of assets based on historical price data and volume The very essence of technical analy...
Celebrate The Season With These 15 Stunning Fall Leaves Wreath Ideas

Celebrate The Season With These 15 Stunning Fall Leaves Wreath Ideas

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 232 hits
Embracing the beauty of autumn is a cherished tradition for many and what better way to celebrate the season than by adorning your door with a stunning fall leaves wreath As the leaves transform into The post appeared first on
Flex Your Way To Seoul Korea With The Samsung Flexyou360 Challenge

Flex Your Way To Seoul Korea With The Samsung Flexyou360 Challenge

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 362 hits
Unfold your creative side by capturing dynamic group shots and sharing your unique perspective from multiple 360 degree angles with the Galaxy Z Flip5Gen Z are always on the lookout for ways to express their multifaceted personalities With ...
Conservatory Upkeep And Maintenance The Dos And Don Ts

Conservatory Upkeep And Maintenance The Dos And Don Ts

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 236 hits
Have you ever stepped into your conservatory only to be greeted by a draft a squeaky door or maybe even a frowning plant Don t worry you re not alone A conservatory is more than just an The post appeared first on
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco