Penerangan Ringkas Tentang Bmc Business Model Canvas Dalam Perniagaan



Dalam tahun 2014 saya pertama kali dengar pasal BMC ni. 
Mungkin masa tu dah ramai guna dah dan mungkin saya antara pengguna yang agak terlewat. Ada yang mula guna BMC ini untuk business lebih awal.
Saya melihat BMC ni lebih kepada perancangan strategik untuk perniagaan. 
Penggunaan BMC dalam bisnes saya sendiri membuatkan saya lebih fokus dan lebih memahami bisnes yang dibuat.

Dengan struktur-struktur dan penerangan, elemen yang agak mudah ini, membuatkan anda dapat menggunakan BMC dalam perniagaan yang diusahakan.
Boleh juga guna dalam projek yang syarikat anda sedang usahakan.
Selalunya BMC sering dihubung kait dengan company startup. 
Bisnes Model membawa maksud, bagaimana bisnes itu dijalankan bagi menghasilkan pendapatan.


Model Bisnes = Cara perniagaan dijalankan bagi menghasilkan pendapatan.


Business Model Canvas ini merupakan satu canvas atau hamparan yang digunakan untuk usahawan meneliti atau membuat kerangka dan menganalisa sesuatu perniagaan yang bakal atau sedang diusahakan.
Mula diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Alexander Osterwalder berdasarkan ontology model perniagaan beliau yang terdahulu.
BMC dapat membuatkan anda menganalisa permasalahan dan kelebihan atau nilai yang ditawarkan dalam bisnes atau produk.
Satu lagi kelebihan BMC ini, anda dapat memastikan siapa sebenarnya pelanggan.
Kalau nak disenaraikan, sebenarnya banyak lagi kelebihan sekiranya kita memahami konsep BMC ini.

Sumber imej dari sini.

9 elemen yang ada pada BMCBMC ini terbahagi kepada 9 elemen seperti yang berikut di bawah:
1. Value Propositions.Ianya berkenaan dengan produk atau servis yang kita tawarkan.
Apakahkah nilai produk atau servis yang kita mahu pengguna atau pelanggan kita nikmati.
Dulu-dulu kita gunakan Unique Selling Point (USP). Adakah produk atau servis kita dapat memuaskan mereka.
2. Customer SegmentsBila kita mengenalpasti apa Value Propositions untuk bisnes kita, mudah untuk kita kenal pastikan siapa pelanggan atau pengguna bagi produk atau servis kita.
Penting untuk kita sebagai usahawan untuk kenal pastikan siapa target. Juga golongan mana yang kita sasarkan supaya kita dapat fokuskan kerja-kerja pemasaran kepada golongan tersebut nanti.
3. ChannelsSelepas kita tahu produk/servis kita ini untuk golongan dan sasaran tertentu. Kita perlu cari jalan bagaimana cara atau kaedah yang perlu kita guna untuk menyampaikan cerita tentang produk/servis kita nanti.
Penggunaan medium yang sesuai dapat menjimatkan kos dan masa.
Samada Pemasaran Conventional atau Pemasaran Digital atau mungkin kedua-duanya sekali. Kita cari kaedah yang paling berkesan dan sesuai dengan budget kita.
4. Customer RelationshipsBila kita cari dan jumpa jalan bagaimana untuk kita berhubung dan berkomunikasi dengan target kita tadi. Kita perlu sentiasa berhubung dengan mereka.
Saya selalu percaya bahawa hubungan dengan pelanggan adalah penting.
Pembelian lebih senang dibuat apabila pelanggan atau pengguna percaya kepada kita.
Mulakan dengan awareness dan kemudian jadikan pelanggan atau pengguna kita setia dengan kita.
5. Revenue StreamsDalam perniagaan yang kita jalankan ini tentunya ada pendapatan.
Sebenarnya dekat elemen ini kita dapat melihat berapa jenis pendapatan yang dapat kita hasilkan. Bisnes model kita boleh tengok dari sini.

Nota penting: Kalau kita perhatikan, 5 elemen diatas merupakan kaedah kaedah pendekatan kita dengan customer. Melalui proses proses inilah organisasi mendapatkan pendapatan atau disebut juga sebagai jualan.
6. Key ActivitiesElemen ini sepatutnya menunjukkan apa proses aktiviti yang kita lakukan.
Fikirkan betul betul!
Mungkin ada aktiviti yang sebenarnya tiada keperluan untuk kita buat.
Pastikan kita buat hanya kerja-kerja yang diperlukan sahaja.
7. Key ResourcesKey Resources ini adalah merujuk kepada apa yang bisnes kita perlukan dalam menjalankan aktiviti perniagaan.
Kita boleh senaraikan apa yang kita dah ada atau mungkin sesuatu yang kita perlu ada.
8. Key PartnersIni adalah mereka yang kita perlukan dalam menjalankan aktiviti perniagaan kita.
Selalunya kita beranggapan bahawa elemen ini membawa maksud rakan kongsi atau partner bisnes kita yang ada nama dalam SSM.
Sebenarnya partner dekat sini lebih merupakan semua pihak yang berkepentingan dan yang membantu kepada perniagaan kita.
9. Cost StructureKita perlu mengenalpasti kos kos yang terlibat dalam perniagaan. Samada variable kos atau kos tetap. Senaraikan semua kos.

Nota penting: Perhatikan bahawa elemen no. 6 hingga no. 9 lebih merupakan operasi dalaman kepada organisasi kita. Bagaimana dan apakah cara kita menjalankan aktiviti disamping menentukan kos perniagaan kita.
Guna BMC untuk perancangan bisnes andaBanyak company-company besar menggunakan BMC bagi perancangan strategik untuk mereka dan staf mereka memahami bisnes model mereka sendiri.
Kalau team sendiri faham maka senanglah untuk kita bergerak nanti.
BMC untuk GooglePenggunaan BMC dalam Google sangat jelas yang mana salah satu Value Proposition mereka adalah menyediakan browser pencarian yang cepat dan percuma dalam internet.
Market Segments mereka adalah pengguna yang mencari informasi di internet.
Tentu sekali Channels yang Google guna adalah digital platform dan berbagai cara digunakan untuk mengekal dan seterusnya mengembangkan bisnes mereka.
Pengguna Google diberi pelbagai apps atau sistem secara percuma contohnya Gmail yang diberikan secara percuma. Ini adalah contoh Customer Relationships yang sangat efektif tetapi semuanya free.
Jadi bagaimana Google meraih pendapatan?
Kalau kita tengok Revenue Stream bagi Google sebenarnya datang dari iklan-iklan yang bersasar di laman sesawang mereka.
Kita tak bayar google sesen pun.

Key Activities bagi Google adalah membina Platform Management dan membuat R&D.
Google perlu menguruskan platform sedia ada termasuk infrastruktur.
Manakala Key Resources pula melibatkan Platform iaitu google.com dan lain-lain.
Key Partners mereka adalah pemilik content manakala OEMs (Original Equipment Manufacturer juga merupakan Key Partner juga.
Apakah Cost Structure bagi Google?
Tentunya kos membina dan mengekalkan platform mereka dan kos yang harus dibayar kepada Content Owner.
Bebas guna BMCTiada betul dan salah dalam penyediaan BMC kerana ianya menunjukkan pemahaman kita terhadap bisnes kita sendiri.
Hari ini mungkin kita melihat bisnes kita dari sudut A esoknya dari sudut B dan ianya akan membuatkan kematangan kita melihat perniagaan kita sendiri.
Contohnya saya sendiri.
Dulu saya melihat mobiliti adalah asas bagi produk yang saya keluarkan. Tetapi sekarang ini mobiliti itu hanyalah salah satu nilai-tambah bagi produk saya sahaja.
Dari situ perletakan produk serta kerja-kerja pemasaran bagi perniagaan saya telah berubah.

Business Model Canvas dapat menyediakan cara untuk kita menentukan elemen-elemen penting yang berkait rapat dalam bisnes model yang kita sedang usahakan atau pun baru nak start meniaga.
Dengan 9 elemen ini bisnes kita mampu untuk bergerak lebih jauh. Sebenarnya BMC tidak habis disini.
Nanti di lain kesempatan saya kongsi pula cerita tentang Value Proposition Canvas.

Nota: Artikel di atas merupakan tulisan saudara Azhan Mohd, seorang usahawan pengasas syarikat Waterbay Sdn Bhd, pereka produk teknologi yang berasal dari Pulau Pinang. Anda boleh ikuti beliau di media sosial berikut: Twitter: @anartmd, Facebook: Azhanmohd 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/10/penerangan-ringkas-tentang-bmc-business.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Rekomendasi Film Tentang Kapal Selam Aksi Menegangkan Dari Bawah Laut

7 Rekomendasi Film Tentang Kapal Selam Aksi Menegangkan Dari Bawah Laut

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 319 hits
Terjadi kesalahan sedikit aja taruhannya langsung nyawa Pokoknya bikin tegang nonton film ini
Wakil Kerajaan Pahang Sudah Serahkan Laporan Tentang Tasik Chini Ke Unesco

Wakil Kerajaan Pahang Sudah Serahkan Laporan Tentang Tasik Chini Ke Unesco

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 237 hits
KUANTAN Exco Pelancongan Kebudayaan Alam Sekitar Perladangan dan Komoditi Pahang Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin memaklumkan wakil kerajaan negeri sudah menyerahkan laporan berkaitan Tasik Chini kepada Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Ke...
Terima Kasih Sabar Dengan Bonda Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu

Terima Kasih Sabar Dengan Bonda Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 273 hits
Bukan mudah untuk mencari ibu yang sempurna untuk anak anak Kita manusia biasa pasti ada buat salah dan tentunya tak sempurna Biarpun merasakan diri kita bukanlah yang terbaik namun buat anak anak kitalah tempat mereka bergantung harapan Bi...
Golongan Muda Akan Berminat Tentang Politik Bila Pilihanraya Diumumkan

Golongan Muda Akan Berminat Tentang Politik Bila Pilihanraya Diumumkan

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 158 hits
MMMS Bila parlimen bubar ini ramai rakyat sebelum ini atas pagar dan yang tak minat dengan politik akan jadi minat dengan politik termasuklah anak muda Masa ini mereka sendiri tahu harga dan nilai undi mereka PH tak ada sumber kewangan yang...
Semangat Bercerita Tentang Kejayaan Anaknya

Semangat Bercerita Tentang Kejayaan Anaknya

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 254 hits
Pagi tadi aku pergi memancing setelah enam bulan tidak melakukan hobi aku itu Sebabnya parit itu telah semak dengan rumput Pru15 dah dekat terang baliklah parit parit yang tersumbat itu Lagi pun dalam tempoh itu aku dah bertukar ke bidang b...
Murid Tahun Dua Pun Dah Kena Jawab Soalan Kbat Tentang Pekerjaan Ini Silibus Syok Sendiri

Murid Tahun Dua Pun Dah Kena Jawab Soalan Kbat Tentang Pekerjaan Ini Silibus Syok Sendiri

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 232 hits
Benarkah buku latihan murid sekolah rendah hari ini amat menekan Hal ini kerap diperkatakan di media sosial malah sejak kebelakangan ini ramai ibu bapa mula menularkan gambar dari buku latihan yang dijual di pasaran Selain itu ada yang turu...
Penjelasan Pkr Tentang Kerjasama Dengan Mahathir

Penjelasan Pkr Tentang Kerjasama Dengan Mahathir

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 173 hits
Saya meneliti beberapa laporan media yang membayangkan bahawa Presiden KEADILAN dan Pengerusi Pakatan Harapan DS Anwar Ibrahim bersedia dan terbuka untuk bekerjasama dengan GTA atau PN Ini tidak benar Pendirian KEADILAN dan Pakatan Harapan ...
Sengaja Salah Tulis Info Tentang Anak Autisme Zarina Di Wikipedia Azal Luah Rasa Sedih Azal Tak Gila

Sengaja Salah Tulis Info Tentang Anak Autisme Zarina Di Wikipedia Azal Luah Rasa Sedih Azal Tak Gila

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 196 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang menggalas tanggungjawab Umum diketahui pelakon Zarina Zainuddin cukup dikagumi ramai dalam membesarkan dan menguruskan dua anak sulungnya Muhammad Razil Azrai atau Azil dan Muhammad Raizal Azrai ata...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada