Penduduk Kampung Pukak Kecewa Malu Dihalau Dari Ppv
                     Willie Jude

Penduduk daripada Kampung Pukak mendakwa dihalau dari PPV Tamparuli dengan cara mengaibkan.KOTA KINABALU: Seorang penduduk dari Kampung Pukak, di Tuaran,  menyatakan kekecewaannya selepas mendakwa dia dan kira-kira 20 lagi  rakan sekampungnya dihalau dengan cara mengaibkan di pusat pemberian  vaksin (PPV) Tamparuli, semalam.
Johnvis Nomin, 52, berkata kejadian berlaku kira-kira 8.15 pagi  ketika dia sedang menunggu giliran untuk mendaftar bagi mendapatkan  suntikan dos pertama vaksin Covid-19.
Beliau berkata, sebelum ini pihak JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan  Keselamatan Kampung) telah menghantar nama, bagaimanapun wujud kluster  Covid-19 di kampung berkenaan.
“Klinik kesihatan di kampung sebelum ini juga memberitahu mereka yang  mempunyai gelang (pesakit Covid-19) tidak dibenarkan pergi menerima  vaksin di PPV dan kami beranggapan yang tidak mempunyai gelang ini boleh  pergi,” katanya kepada FMT.                                                                                                                                         

Johnvis Nomin.Johnvis berkata, petugas di PPV berkenaan mula menyedari  kehadiran penduduk daripada Kampung Pukak selepas salah seorang daripada  mereka mendaftar di kaunter sebelum membuat pengumuman menyuruh semua  penduduk dari Kampung Pukak meninggalkan pusat berkenaan.
“Apa yang menyedihkan, cara dia membuat pengumuman itu seperti  memalukan kami, dia berkata ‘perhatian, kluster Kampung Pukak tolong  balik sekarang kerana kami tidak mahu kena jangkit’,” katanya.
Tambah beliau, mereka tidaklah marah jika tidak dapat menerima vaksin  pada waktu itu tetapi apa yang mengecewakan penduduk kampung ialah cara  petugas menyuruh mereka pulang, yang disifatkan seperti ‘anjing’ kena  halau.
“Bayangkan saya bersama beberapa penduduk Kampung Pukak yang lain  berdiri dan bergerak ke kereta sambil diperhatikan oleh ratusan orang  yang berada di situ, muka kami ‘merah’, kami berasa malu diperlakukan  begitu,” katanya.
                                                                                                                                                                                                                       Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi  Manjun pada 20 Jul mengumumkan kewujudan Kluster Kampung Pukak yang  dipercayai tercetus daripada majlis kenduri kesyukuran di kampung  terbabit.
Katanya, majlis itu diadakan di Kampung Pukak pada 3 Jul  lalu, manakala kes indeks kluster itu membabitkan seorang lelaki berusia  47 tahun dikesan positif pada 9 Julai.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/penduduk-kampung-pukak-kecewa-malu.html