Penderitaan Yaman Diserang Arab Saudi



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan amaran bahawa 13 juta rakyat Yaman kini berdepan krisis kebuluran, dan badan dunia itu menggesa tentera pakatan diketuai Arab Saudi agar menghentikan serangan udara yang meragut ribuan nyawa penduduk awam dan menyumbang kepada apa yang disifatkan PBB krisis kebuluran terburuk dunia dalam tempoh 100 tahun.


Derita Bermula

Perang saudara Yaman berakar umbi daripada kebangkitan 'Arab Spring' pada tahun 2011, ia menyaksikan presiden Yaman yang memegang tampuk pemerintahan sejak Julai 1978, Ali Abdullah Saleh,terpaksa menyerahkan kuasa kepada timbalannya ketika itu, Abdrabbuh Mansour Hadi.

Peralihan kuasa tersebut seharusnya membawa kestabilan untuk negara Arab itu, namun Hadi berdepan pelbagai cabaran getir termasuk serangan militan, rasuah, kekurangan sumber makanan dan tentangan berterusan tentera yang setia kepada mantan presiden Ali Abdullah Saleh.
Pada 2014 puak pemberontak Houthi mengambil peluang ke atas kelemahan presiden baharu terbabit dan berjaya merampas sebahagian besar utara Yaman sebelum menakluk ibu negaranya, Sanaa dan memaksa Hadi melarikan diri ke luar negara.

Konflik semakin memuncak pada Mac 2015, apabila Arab Saudi dan lapan negara Arab lain yang mendapat kepercayaan kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis menggunakan taktik serangan udara dan sekatan ke atas puak Houthi bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Hadi.

Hakikatnya, Arab Saudi bimbang kemaraan Houthi yang dibantu Iran menerusi pemberian senjata dan sokongan logistik akan menguatkan pengaruh musuh ketat mereka itu di bumi Yaman.
Pada Disember 2017, Saleh yang sebelum itu bersekutu dengan pejuang Houthi bagi menggulingkan Hadi, maut di tangan penembak tepat kumpulan itu ketika Perang Sanaa susulan keputusannya untuk mengadakan dialog dengan pihak Arab Saudi.

Sementara itu, pihak anti Houthi merekrut puak pemisah yang memperjuangkan kemerdekaan selatan Yaman, dan pada masa kumpulan militan Al-Qaeda dan Daesh mula menyusup masuk dan menawan beberapa kawasan.

Harga 'kejayaan' perang saudara tersebut terpaksa dibayar penduduk Yaman di mana 75 peratus populasi negara miskin itu kini amat memerlukan bantuan kemanusiaan.

Menurut PBB, malnutrisi dan kebuluran mengancam nyawa hampir 400,000 kanak-kanak Yaman di bawah usia lima tahun.

Sistem kesihatan Yaman pula 'runtuh' sepenuhnya di saat penularan wabak taun yang bermula pada Oktober 2016 meragut ribuan nyawa penduduk awam.

Pada Jun tahun ini, pasukan tentera kerajaan yang disokong Arab Saudi mula menyerang bandar pelabuhan Hudaydah yang merupakan pintu masuk utama bagi sebahagian besar bantuan kemanusiaan yang disalurkan untuk Yaman.

Tentera pakatan kerajaan dan Arab Saudi mendakwa serangan dilancarkan bagi menyekat bekalan dana, senjata dan misil yang diterima puak Houthi dari bandar pelabuhan itu.

Dakwaan tersebut bagaimanapun, disangkal pemberontak Houthi yang menyatakan mereka mempertahankan negara itu daripada dijajah Amerika Syarikat.

Agensi bantuan antarabangsa mengecam serangan udara ke atas Hudaydah yang hanya akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan negara itu dan mengancam nyawa ratusan ribu rakyatnya.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya lebih 10,000 penduduk awam terkorban, manakala berjuta yang lain kehilangan tempat tinggal akibat konflik perang saudara berkenaan.


Selamat Tinggal Amal Hussein

Disebalik kehilangan nyawa akibat bahana perang, 'musuh'  sebenar rakyat Yaman adalah kebuluran.

Menurut badan kebajikan Save The Children, anggaran 85,000 kanak-kanak Yaman di bawah usia lima tahun meninggal dunia akibat malnutrisi dalam tempoh tiga tahun sejak perang saudara berlaku.

Terbaharu, dunia menerima berita seorang kanak-kanak di Yaman berusia tujuh tahun yang mengalami masalah malnutrisi teruk dan menjadi 'wajah kebuluran' di negara itu telah meninggal dunia.

Wajah Amal Hussein muncul di The New York Times dalam keadaan dia terbaring di atas katil sebuah pusat kesihatan di Aslam, wilayah Hajjah, 144 kilometer di barat laut Sanaa.

Ibunya, Mariam Ali, mengesahkan kanak-kanak malang itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 26 Oktober lalu.

"Amal selalu tersenyum. Kini, saya bimbang dengan nasib anak yang lain," katanya.

Ketua Setiausaha Agung untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Mark Lowcock menerusi laporannya mendedahkan tiga juta penduduk di negara bergolak itu mengalami malnutrisi termasuk 1.1 juta wanita hamil dan lebih 400,000 kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan yang teruk.

Beliau turut menganggarkan 3.5 hingga empat juta penduduk akan kehabisan bekalan makanan menjelang beberapa bulan akan datang.


Republik Yaman

Ibu Negara: SanaaPopulasi : 28.5 jutaKeluasan kawasan : 536,869 km persegiBahasa utama : Bahasa ArabAgama utama : IslamMatawang - Riyal Yaman


Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/penderitaan-yaman-diserang-arab-saudi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasak Kusuk Terkait Pemeriksaan Rizieq Syihab Di Arab Saudi

Kasak Kusuk Terkait Pemeriksaan Rizieq Syihab Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 250 hits
Meskipun sudah dibebaskan namun kasak kusuk disampaikan dari kubu Rizieq Syihab terkait pemasangan bendera hingga berujung penangkapan
Amerika Serikat Kesal Arab Saudi Beli Senjata S 400 Ke Rusia

Amerika Serikat Kesal Arab Saudi Beli Senjata S 400 Ke Rusia

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 159 hits
Saudi mengatakan pada Selasa bahwa Pangeran Muhammad meminta untuk membeli sistem pertahanan udara dari Rusia S 400 dan meminta untuk mengalihkan fokus pada pembelian senjata yang canggih dari Rusia saja
Huthi Siap Lakukan Gencatan Senjata Di Yaman Jika Koalisi Saudi Mau Berdamai

Huthi Siap Lakukan Gencatan Senjata Di Yaman Jika Koalisi Saudi Mau Berdamai

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 183 hits
Al Houthi pun menegaskan bahwa pasukannya akan menghentikan peluncuran rudal dan serangan pesawat tak berawak kepada Saudi dan Amerika Serikat serta sekutu mereka di Yaman
Habib Rizieq Blak Blakan Terkait Kontroversi Pemasangan Bendera Isis Di Arab Saudi

Habib Rizieq Blak Blakan Terkait Kontroversi Pemasangan Bendera Isis Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 242 hits
Pada saat dimintai keterangan di kantor kepolisian lanjut Rizieq ada tiga pertanyaan utama yang diberikan kepadanya
Ini Penjelasan Dubes Indonesia Untuk Arab Saudi Soal Visa Furoda

Ini Penjelasan Dubes Indonesia Untuk Arab Saudi Soal Visa Furoda

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 204 hits
Visa tersebut tak hanya diberikan pada tamu kehormatan tetapi juga bisa diberikan untuk para pejabat Indonesia
Gurun Arab Saudi Pula Dilanda Banjir

Gurun Arab Saudi Pula Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 257 hits
SOROTAN video menunjukkan kawanan unta meredah padang pasir yang digenangi air di Tumair utara Riyadh Arab Saudi baru baru ini RIYADH Sebuah rakaman video memaparkan dua lelaki menggembala sekawan unta di kawasan gurun yang digenangi air ba...
Beberapa Petanda Kerajaan Beraja Arab Saudi Akan Berkubur Dan Menjadi Antara Petanda Kiamat Semakin Mendekat 8730

Beberapa Petanda Kerajaan Beraja Arab Saudi Akan Berkubur Dan Menjadi Antara Petanda Kiamat Semakin Mendekat 8730

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 670 hits
Kerajaan tersebut semakin bimbang dengan bayang bayang sendiri yang kelihatan di Laut Merah Berapa ramai cendikiawan Islam Imam Ulama dipenjarakan oleh penguasa Islam itu sendiri U know Y Masa Tahanan Selesai Syaikh Sulaiman Al Ulwan Tidak ...
Pengeluaran Minyak Arab Saudi Melebihi 11 Juta Tong Sehari

Pengeluaran Minyak Arab Saudi Melebihi 11 Juta Tong Sehari

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 302 hits
Berdasarkan Bloomberg jumlah pengeluaran minyak di Arab Saudi meningkat lagi menetapkan rekod baru Sekarang kerajaan menghasilkan sejumlah 11 2 juta tong sehari Pada bulan Oktober pengeluaran berjumlah sebanyak 10 8 10 9 juta tong sehari te...
Bin Tegaskan Tak Terlibat Pemeriksaan Rizieq Oleh Polisi Arab Saudi

Bin Tegaskan Tak Terlibat Pemeriksaan Rizieq Oleh Polisi Arab Saudi

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 254 hits
BIN juga menepis tuduhan pemasangan bendera bertuliskan tauhid dan memfoto untuk melaporkan ke polisi Arab Saudi sebagaimana diutarakan Rizieq melalui akun Twitternya Lembaga sandi negara ini bahkan berharap kasus Rizieq di tanah air cepat ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It