Pendakian Pertama Di Tahun 2022 Gunung Keriang Kedah


AHAD | 16.01.2022
Gunung Keriang merupakan bukit batu kapur berketinggian 217.92 mdpl (meter di atas permukaan laut) yang terletak kira-kira 9 km dari Alor Setar, Kedah. Kedudukannya di tengah-tengah jelapang padi Kedah menyajikan pemandangan indah bagi para pendaki. Gunung Keriang juga terkenal dengan kecantikan batu kristalnya

Untuk ke sini, buat carian di aplikasi Google Maps ‘Gunung Keriang Peak Trailhead (Behind Shop)’. Laluan permulaan pendakian Gunung Keriang terletak di belakang deretan kedai. Kawasan parkir disediakan secara percuma. Tandas awam ada, tapi nampaknya tak boleh digunakan masa saya ke sini. Di deretan kedai tu pula, ada kedai yang menjual batu kristal Gunung Keriang. Tapi saya tak berkesempatan melihat-lihat, masa sampai nak cepat mendaki dan masa balik dah penat serta lapar nak cepat makan pula

Jom kita mulakan pendakian…
Saya dan suami memulakan pendakian di Gunung Keriang pada pukul 10.15 pagi. Kita akan melewati kawasan perkuburan Islam (di sebelah kiri saya)

Permulaan pendakian, mendaki anak-anak tangga

Disebabkan Gunung Keriang merupakan bukit batu kapur, maka hampir keseluruhan laluan kita perlu memanjat batu. Satu cabaran dan pengalaman baru bagi saya dan suami. Ada laluan yang agak sukar dan ada laluan yang mudah dengan bantuan handrail atau tali. Sambil tu perhatikan juga pelbagai formasi batuan yang unik di sepanjang perjalanan. Tapi awas, kena berhenti kalau nak memerhati sebab kita mendaki batuan perlu kekal fokus melihat setiap langkah

Pemandangan indah negeri Kedah yang dapat kita saksikan sewaktu mendaki

Eh, ada dekorasi juga di atas ni ya. Nampak macam baru di buat. Ada juga dekorasi kayu berbentuk arnab di tepi tu. Bolehlah bergambar sambil melepas lelah di sini. Walaupun menurut pendapat saya alam semula jadi lebih indah kekal seperti adanya, tetapi dekorasi begini saya masih boleh terima kerana menggunakan bahan semula jadi. 
Antara formasi batuan yang menarik. Macam disusun. Sampai di sini, terdapat satu papan tanda. Ke kiri (atas) menuju ke puncak Gunung Keriang dan ke kanan (bawah) menuju ke Gua Terus. Tapi sayangnya, laluan ke Gua Terus sudah di halang dengan pita dan terdapat notis larangan. Menurut info dari pendaki lain, Gua Terus ditutup disebabkan terdapat runtuhan. Nampaknya bukan rezeki kami untuk meneroka Gua Terus

Antara lubang-lubang gua kecil yang ditemui. Kami jenguk sikit sambil menyuluh ke dalam

Celahan batu besar ni bukanlah laluan ke puncak. Ada ruangan di sebalik batu besar ni kalau nak menyorok. Saya berdiri setakat di situ saja untuk foto kenangan. 
Antara laluan yang melegakan. Laluan yang susah memang tak sempatlah nak ambil foto

Menghampiri puncak, pemandangan yang cantik di bawah sana. Hati-hati nak bergambar, batunya agak tajam bergerigi dan panas. Maklumlah, sekarang masuk waktu tengah hari dan sedang musim panas terik di utara. 
Alhamdulillah! Dengan izin Allah, saya dan suami selamat sampai ke puncak Gunung Keriang sekitar pukul 11.30 pagi. Lega! Beginilah rupa puncak Gunung Keriang. Terdapat sebuah pondok kecil untuk melepas lelah dan berlindung daripada terik matahari. Tak ada tempat rata, semuanya berbatu dan tajam. Kena berhati-hati mengatur langkah dan memegang batuan yang panas. Syukur juga keadaan berangin di atas ni, kuranglah rasa panas

Terdapat dua pelantar untuk pendaki berfoto kenangan. Salah satunya di sini - ‘Pelantaq Keriangan’, cantik pelantar ni. Tapi tak boleh ramai-ramai demi keselamatan. Nak bergambar pun jangan lama sangat, kena bergilir dengan pendaki lain ya

Kalau nak berfoto ada sayap, boleh bergambar di replika (entah apa nak sebut) berbentuk sayap di atas ni. Tapi saya kurang berminat dan berharap benda-benda begitu tak perlulah diletak atas puncak. Pendapat peribadi saya, tempat tarikan alam semula jadi seharusnya dikekalkan begitu adanya kerana itu yang dicari oleh pencinta alam semula jadi. Sudah memadai pondok rehat dan pelantar untuk kemudahan pendaki

Panorama jelapang padi menghijau dari puncak Gunung Kerinag. Sangat cantik dan tenang memandangnya. Dari sudut bertentangan pula, kita boleh nampak Menara Alor Setar. Itulah kelebihan Gunung Keriang, kita boleh lihat panorama hampir 360 darjah (kalau tak terhalang dengan pepohon)

Aktiviti suami saya semasa di puncak, sibuk meneropong. Saya pun dibelikan sebuah teropong yang lebih kecil dan ringan. Memang seronok dapat memerhati bawah dengan lebih jelas

Kami beredar dari puncak Gunung Keriang setelah menghabiskan masa sekitar 30 minit untuk berehat dan menikmati panorama alam. Perjalanan turun terasa lebih mudah. Namun tetap mencabar sebab perlu menuruni batu-batu pula

Alhamdulillah kami selamat kembali di kaki Gunung Keriang sekitar pukul 12.40 tengah hari. Rekod perjalanan naik mengambil masa 1 jam 15 minit dan turun mengambil masa 40 minit. Kami ambil masa untuk naik, maklum saja stamina pun kurang dan saya pula banyak berhenti memerhati sekitar. Cuma kali ni tak dapat ambil gambar flora dan fauna sebab tak jumpa sangat, mungkin kerana bukan laluan hutan

Untuk peminat aktiviti pendakian atau pencinta alam semula jadi, bolehlah cuba mendaki Gunung Keriang ni. Ada cabaran dan keunikan tersendiri. Tak perlukan permit dan tak perlukan juru pandu. Perhatikan saja tanda-tanda yang telah disediakan disepanjang laluan. Pastikan pakai kasut dengan tapak yang bagus dan sarung tangan yang sesuai untuk memudahkan kita memanjat batu-batu. Kalau boleh, elakkan sampai puncak pada waktu tengah hari untuk mengelakkan panas terik




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/01/pendakian-pertama-di-tahun-2022-gunung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikan Tempat Menarik Di Pulau Langkawi Kedah Tahun 2022

Tarikan Tempat Menarik Di Pulau Langkawi Kedah Tahun 2022

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 327 hits
Tarikan Tempat Menarik di Pulau Langkawi Kedah Tahun 2022 Pulau Langkawi adalah antara pulau paling terkenal sebagai destinasi melancong di Malaysia Selain dari keunikan cerita lagenda Mahsuri dan beberapa lagenda yang lain terdapat banyak ...
Sop Tahun Baru Cina 2022 Dikeluarkan

Sop Tahun Baru Cina 2022 Dikeluarkan

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 556 hits
SOP Tahun Baru Cina 2022 dikeluarkan Kerajaan membenarkan majlis makan besar Tahun Baharu Cina yang terhad kepada ahli keluarga manakala aktiviti ziarah hanya dibenarkan bagi tetamu yang dijemput Bagaimanapun sesi majlis berterusan seperti ...
Jokowi Minta Vaksin Merah Putih Disiapkan Untuk Pertengahan Tahun 2022

Jokowi Minta Vaksin Merah Putih Disiapkan Untuk Pertengahan Tahun 2022

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 194 hits
Kini vaksin Merah Putih berada dalam tahap produksi pada laboratorium untuk memulai uji klinik
Potret Artis Indonesia Saat Menyambut Tahun Baru Imlek 2022

Potret Artis Indonesia Saat Menyambut Tahun Baru Imlek 2022

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 260 hits
Selamat tahun baru Imlek bagi kamu yang merayakan semoga selalu dilingkupi kebahagiaan dan kemakmuran
Harimau 2022 Tahun Baru Cina

Harimau 2022 Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 268 hits
Selamat Hari Raya 2022 Harimau Makan besar di rumah mySIL Juadah kari kambing dan rendang ayam serta pulut kuning menjadi santapan mak rimau Auummm Memburu daging kambing tengah malam tadi Masak demi permintaan MakBudakSiap Rendang Ayam Kar...
Selamat Tahun Baru Cina 2022

Selamat Tahun Baru Cina 2022

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 365 hits
Seluruh Keluarga DELIMA SKBB5 ingin merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Cina di Malaysia Jom kekalkan rasa saling hormat menghormati persefahaman dan perasaan kasih sayang dalam kalangan kita skbb5 ts25 ilovedelima
Target Pengentasan Kemiskinan Di Tahun 2022

Target Pengentasan Kemiskinan Di Tahun 2022

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 242 hits
Target Pengentasan Kemiskinan di Tahun 2022 Pemerintah akan memperluas penanganan kemiskinan ekstrem menjadi 212 kabupaten kota di 25 provinsi dimana 147 kabupaten kota di antaranya merupakan wilayah pesisir
Mohon Bantuan Bujang Terkini Sehingga Rm600 Tahun 2022 Bayaran Bermula Mac 2022

Mohon Bantuan Bujang Terkini Sehingga Rm600 Tahun 2022 Bayaran Bermula Mac 2022

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 490 hits
Bantuan Keluarga Malaysia adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah Kami kongsikan kepada anda jumlah Bantuan BKM yang...
Mediatek Menjangka Pengeluaran Peranti Wi Fi 7 Pertama Tahun Depan

Mediatek Menjangka Pengeluaran Peranti Wi Fi 7 Pertama Tahun Depan

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 196 hits
MediaTek mengatakan bahawa ia telah mengusahakan piawaian Wi Fi 7 yang juga dikenali sebagai IEEE 802 11be untuk masa depan Syarikat ini juga mempamerkan teknologi baru kepada rakan kongsi serta pelanggan utama mereka Wi Fi 7 adalah peningk...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan

Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay