Pencemaran Sungai Di Tasek Gelugor Disiasat


TASEK GELUGOR, 17 Jun — Beberapa agensi yang berkaitan telah diarah mengenal pasti punca sebenar masalah pencemaran sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara (SPU), yang dikaitkan dengan pembuangan sisa kumbahan khinzir oleh pengusaha ladang ternakan di kawasan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Norlela Ariffin berkata pihaknya telah menerima aduan daripada penduduk di kawasan berkenaan berhubung masalah itu dan mengarahkan beberapa agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan segera.
Beliau berkata berdasarkan laporan awal yang diterima dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang hari ini pencemaran sungai itu didapati bukan sahaja berpunca daripada aktiviti penternakan khinzir di Kampung Selamat, tetapi turut melibatkan beberapa punca lain.
“Punca-punca lain turut menjadi penyebab kepada masalah pencemaran bau busuk sehingga radius 13 kilometer, dan turut melangkaui beberapa sungai serta kampung di situ, seperti sisa buangan industri, tambakan sungai serta aktiviti pertanian, melalui penggunaan baja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun mengingatkan semua pengusaha ladang khinzir supaya mematuhi sistem penternakan babi moden dengan menaik taraf kepada sistem kandang tertutup, kumbahan sifar, zon penampan dan mengamalkan amalan penternakan yang baik seperti ditetapkan di dalam Enakmen serta Peraturan Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang 2020 yang dikuatkuasakan bermula 1 Mac lepas.
Katanya pihak berkuasa setiap agensi yang berkaitan diharap dapat bersama-sama mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu pencemaran di kawasan itu.
Sementara itu, seorang penduduk kawasan berkenaan Sulaiman Ahmad Razak, 53, ketika ditemui berkata pencemaran najis babi di beberapa sungai Sungai Korok, Sungai Kreh Tasik, Parit Kampung Selamat, Sungai Kreh Mati, Sungai Kecil Pokok Machang, Parit Malakof, Sungai Lubuk Meriam dan Sungai Lubuk Meriam Dalam di daerah itu amat serius.
“Pembuangan sisa kumbahan khinzir yang dilepaskan di Sungai Kreh itu menyebabkan saliran parit di kampung kami tercemar sehingga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan terutamanya pada waktu malam dan selepas hujan,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Mohd Zain Zakaria, 50, berkata masalah itu bukan baru kerana penduduk terpaksa menghidu bau busuk sejak puluhan tahun lalu dan ia berlarutan hingga sekarang malah seperti tiada jalan penyelesaian.
Mohd Zain berkata penduduk bukan sahaja berdepan dengan masalah pencemaran bau, malah ada di antara penduduk yang mengalami gejala gatal-gatal badan dan sesak nafas akibat terhidu bau busuk dari sungai dicemari najis babi.
— BERNAMA
The post Pencemaran sungai di Tasek Gelugor disiasat appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/17/pencemaran-sungai-di-tasek-gelugor-disiasat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pencemaran-sungai-di-tasek-gelugor-disiasat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tasekgelugor Beberapa Agensi Berkaitan Diarah Siasat Punca Pencemaran Sungai

Tasekgelugor Beberapa Agensi Berkaitan Diarah Siasat Punca Pencemaran Sungai

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 366 hits
Beberapa agensi yang berkaitan telah diarah mengenal pasti punca sebenar masalah pencemaran sungai di Tasek Gelugor Seberang Perai Utara yang dikaitkan dengan pembuangan sisa kumbahan khinzir oleh pengusaha ladang ternakan di kawasan itu Pe...
Dua Mayat Ditemukan Dalam Kereta Dipercayai Terbabas Dalam Sungai

Dua Mayat Ditemukan Dalam Kereta Dipercayai Terbabas Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 335 hits
Alor Setar Dua mayat ditemukan dalam sebuah kereta yang dipercayai terjunam ke dalam sungai di Kampung Lana Bulu Megat Dewa dekat Jitra malam tadi Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata pihaknya menerima maklumat da...
Seorang Pemancing Asal Samarinda Ditemukan Tewas Tenggelam Di Sungai

Seorang Pemancing Asal Samarinda Ditemukan Tewas Tenggelam Di Sungai

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 249 hits
M Abdul Rahman pemuda asal Samarinda yang dilaporkan hilang tenggelam saat memancing di Sungai Sepatin Anggana Kutai Kartanegara Minggu ditemukan tewas Jenazahnya dibawa ke rumah duka di Samarinda
Sempat Beli Susu Anak Sebelum Maut Terjunam Sungai

Sempat Beli Susu Anak Sebelum Maut Terjunam Sungai

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 808 hits
JITRA Allahyarham Koperal Mohd Shukral Hilmi Muhammad 31 sempat membeli susu untuk anaknya sebelum ditemukan maut dalam kereta miliknya yang dipercayai terjunam ke dalam sungai di Kampung Lana Bulu Megat Dewa lebih seminggu lalu
Jitra Polis Kenal Pasti Identiti Pemandu Kereta Terjunam Dalam Sungai

Jitra Polis Kenal Pasti Identiti Pemandu Kereta Terjunam Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 416 hits
Polis mengesahkan mayat lelaki yang ditemui dalam kereta yang terjunam ke dalam Sungai Lana Bulu Megat Dewa malam semalam adalah Mohd Shukral Hilmi Mohd Fauzi 37 tahun Mangsa adalah anggota tentera yang menetap di Kuarters Angkatan Tentera ...
Seorang Pria Nekat Bunuh Diri Lompat Ke Sungai Ciliwung Dari Jembatan Pajajaran

Seorang Pria Nekat Bunuh Diri Lompat Ke Sungai Ciliwung Dari Jembatan Pajajaran

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 215 hits
Ciri cirinya kepalanya agak botak Terus pakai baju abu celana pendek warna biru langit kata Rohim
Hasil Tes Swab 2 Tenaga Medis Di Hulu Sungai Tengah Positif Corona

Hasil Tes Swab 2 Tenaga Medis Di Hulu Sungai Tengah Positif Corona

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 289 hits
Kasus positif corona di Kabupaten Hulu Sungai Tengah Kalimantan Selatan bertambah Dua tenaga kesehatan di sana dipastikan tertular Covid 19
Mangsa Kereta Terjunam Sungai Dikenal Pasti Anggota Tentera

Mangsa Kereta Terjunam Sungai Dikenal Pasti Anggota Tentera

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 501 hits
JITRA Polis sudah mengenal pasti mayat lelaki ditemui di dalam kereta Proton Saga FLX yang terjunam ke Sungai Lana Bulu Megat Dewa semalam Mangsa disahkan adalah anggota tentera Mohd Shukral Hilmi Mohd Fauzi 37 yang menetap di Kuarters Angk...
Saya Bukan Macai Kata Adun Pkr Sungai Acheh Pada Anwar Ibrahim

Saya Bukan Macai Kata Adun Pkr Sungai Acheh Pada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 489 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim menyifatkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli politik yang tidak gentleman Ia ekoran pendedahan klip video dan gambar yang disebarkan di media sosial saat beliau meng...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians

G2gchamp 2024

Freeport A Famosa Outlet Melaka

View Point Wang Kelian