Penatnya Letih Jaga 4 Anak Perempuan Semuanya Anak Ayah Bapa Ni Kongsi Tip Jaga Anak Perempuan


Anak adalah anugerah Allah paling istimewa. Usah kecewa dan berduka bila mana impian untuk punya anak lelaki tidak dimakbulkan Allah. Dianugerahkan dengan kesemuanya anak perempuan memang istimewa. Teramat istimewa.
Namun menjaga anak-anak perempuan yang cukup istimewa ini perlukan pendekatan tersendiri untuk mereka sentiasa jadi lebih baik.

Perkongsian seorang bapa kepada empat anak perempuan, Abu Hurairah Roslan ini banyak benarnya. Jadikan ia sebagai panduan untuk kita sentiasa jadi lebih baik menjaga anugerah Allah ini.
Allah mengurniakan saya dan isteri, kami ada empat orang anak perempuan. Semuanya direzekikan lahir dengan keadaan yang cukup sempurna. Tidak ada cacat celanya.
Malah, setiap seorang yang lahir, selalu mengkagumkan saya, saya melihat wajah dan mata mereka. Saya jatuh hati dengan ciptaan Allah yang bernama anak perempuan.
Dari kecil hingga dewasa, tidak ada yang lebih utama melainkan memberikan mereka Allah dan Rasul, serta mengajar mereka untuk hidup didunia sebagai hamba dan manusia.

Hamba kepada Allah, dan manusia yang berkhidmat dan menghiburkan manusia yang lain.
Ada yang bertanya, “Bagaimana nak mendidik anak perempuan?”. “Apa yang ustaz buat pada mereka? Selain menjaga maruah mereka?”
Baik, ini perkongsian realiti dari saya dan isteri. Walaupun, kami jauh dari sempurna dalam mendidik mereka. Banyak lagi yang kami sedang belajar.
1. Setelah kepenatan bekerja dari awal pagi sampai tengah malam, saya terus masuk bilik dan nak melelapkan mata. Tiba-tiba pintu diketuk dan sorang-sorang anak masuk.
Arwaa, anak kedua paling manja dengan saya mendekati.
“Ayah, kita tak boleh tidurlah”
“Oh. Arwaa nak apa?”
“Boleh bacakan buku cerita kat kita?”

Allahuakhbar. Dengan penat, sakit kepala, tiba-tiba anak meminta itu ini, jujurlah memang berat. Rasa berangin je. Ayat biasa,
“Aduh, nak baca buku apanya. Tido je lah. Mengada-ngada!”
Namun, perlahan-lahan saya bangun, dan temankan dia di katil dan bacakan buku untuknya. Apabila seorang ayah melayan kaum wanita dengan baik dan penuh hormat, anak perempuan juga akan belajar untuk menghargai diri mereka seadanya. Ini yang saya belajar yang pertama.
2. Masuk rumah, tiba-tiba anak pertama diam je. Biasanya, dia akan sambut, salam dan peluk cium ayah dia.
“Ifa, ni ayah ada beli makanan kegemaran ifa. Makanlah”. Dia diam je. Senyap sunyi sepi. Tak cakap walau sepatah.
Biasanya, mendidih rasa dalam ni. Nak meletup rasa. Kurang ajar dan tak hormat ayah!
Tapi saya diam dulu. Saya naik atas mandi semua. Saya turun dan usap belakang badannya. “Ifa, jom makan. Teman ayah”
Perlahan-lahan dia bangun, dan sedang makan dia meluahkan sakit hatinya. Pedihnya. Sedihnya. Masa inilah, kita menjadi hero mendengar. Jika dia mahu penyelesaian, kita nasihatlah. Ini yang saya belajar yang kedua.

3. Pam! Barang jatuh. Bersepah. Aduh! Dalam hati nak menjerit dah. Rasa menggigil tangan nak naik. Hayun bagi rasa sorang-sorang. Bagi takut sikit kat ayah ni.
Namun, panggil Allah banyak kali. Istighfar. Pejam mata lima saat dan buka kembali.
“Takpe sarah. Sini ayah buatkan. Sarah jauh sikit. Bahaya ni. Hati-hati ya lain kali”
Kadang saya terlepas juga. Termarah juga. Tertinggi suara sampai menggeletar anak ketakutan. Namun, lepas reda saya datang peluk dan minta maaf dengan mereka. Cium mereka. Hilangkan ketakutan mereka yang takut sangat pada saya ayahnya.
Apabila anak perempuan semakin membesar, mereka akan cenderung untuk menjadi lebih senyap, kritikal terhadap diri sendiri, dan kurang konfiden terhadap imej diri. Dengan adanya ruang privasi, anak-anak boleh belajar mengawal emosi sambil dipantau oleh ibu bapa. ini saya belajar lagi untuk yang ketiga.
Ini baru tiga. Banyak lagi yang saya belajar dan banyak lagi yang akan saya kongsi. Hanya saya seorang lelaki dalam rumahtangga ini.
Demi Allah, penatnya dan letihnya menjaga empat orang anak perempuan ni, apalagi mereka semua memang “anak ayah”. Semuanya ayah.

Namun, ingatlah. Jadilah lelaki pertama dalam hidup anak perempuan kita.
Jangan biarkan mereka.
Jangan abaikan perasaan mereka. Jangan kecilkan “keperempuanan” mereka.
Jangan biarkan mereka dengan dunia yang merosakkan.
Sebagaimana sayangnya kita pada isteri, begitu juga kasih sayang kita pada anak-anak perempuan kita. Bermula dari makan bersama, solat berjemaah bersama, teman menonton tv bersama, membaca bersama, membuat latihan dan kerja rumah bersama.
Lihatlah bila mereka menjadi isteri dan ibu pula, percayalah mereka akan jadi sebaik ibu bapanya juga.
Tat Abu
Kesayangan isteri dan anak perempuan.
Menarik: Bodygoals Betul, Cantik & Langsing-, Bella Astillah Dipuji Tak Macam Anak Dua
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Penatnya, Letih Jaga 4 Anak Perempuan” Semuanya ‘Anak Ayah’, Bapa Ni Kongsi Tip Jaga Anak Perempuan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/penatnya-letih-jaga-4-anak-perempuan-semuanya-anak-ayah-bapa-ni-kongsi-tip-jaga-anak-perempuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Tak Pandai Bagi Rehat Pada Mak Ayah Doktor Kongsi Cara Isteri Jaga Anak Banyak Akal

Anak Tak Pandai Bagi Rehat Pada Mak Ayah Doktor Kongsi Cara Isteri Jaga Anak Banyak Akal

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 233 hits
Bukan mudah untuk menjaga anak anak tambahan pula yang masih dalam fasa nak membesar Ada saja kerenah yang kadang kadang tu boleh buat kita jadi nak marah Sebenarnya anak tak faham pun erti letih jadi pada mereka untuk biarkan ibu ayah dudu...
Hiburan Kau Buat Kau Jaga La Bukan Jenis Suka Budak Bakal Bapa Dikritik Tak Ready Dapat Anak

Hiburan Kau Buat Kau Jaga La Bukan Jenis Suka Budak Bakal Bapa Dikritik Tak Ready Dapat Anak

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 304 hits
Baru baru ini tular di media sosial mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna yang memaparkan mesej daripada seorang lelaki mendedahkan mengenai isterinya yang bakal melahirkan anak pertama Menerusi hantaran tersebut lelaki itu mengaku...
Baru 5 Tahun Lajunya Si Kembar Mengira Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Anak Genius

Baru 5 Tahun Lajunya Si Kembar Mengira Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Anak Genius

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 211 hits
Sesiapa saja yang mengikuti perkembangan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar pasti akan kagum dengan cara didikan pada anak anaknya Mana tidaknya dari anak sulung sehingga anak yang kecil Dr Sheikh Muszaphar sangat menitikberatkan p...
Abaikan Hal Remeh Kawal Emosi Elak Marah Anak Ayah Ni Kongsi Caranya

Abaikan Hal Remeh Kawal Emosi Elak Marah Anak Ayah Ni Kongsi Caranya

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 166 hits
Tak dinafikan kadang kadang bila dah terlalu penat ibu ayah akan cenderung untuk lekas marah dan melampiaskan segala perasaan itu pada anak anak Kasihan juga anak bila mereka tak tahu apa apa tetapi dimarahi teruk Tugas kita adalah untuk me...
Anak Yang Tak Cukup Tidur Berisiko Tinggi Tak Fokus Masa Belajar Doktor Kongsi Tip Anak Mudah Tidur

Anak Yang Tak Cukup Tidur Berisiko Tinggi Tak Fokus Masa Belajar Doktor Kongsi Tip Anak Mudah Tidur

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 230 hits
Semua ibu bapa inginkan si kecil mereka mendapat waktu tidur yang konsisten dan berkualiti Tapi sangat sukar kan Doktor kanak kanak Dr Redzal Zainol berkongsi beberapa tip yang boleh mama papa lakukan untuk memudahkan proses menidurkan anak...
Ibu Ini Kongsi 7 Ilmu Tidur Anak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu Tapi Berkesan

Ibu Ini Kongsi 7 Ilmu Tidur Anak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu Tapi Berkesan

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 229 hits
Tidur sangat penting untuk kanak kanak kerana tidur yang cukup memastikan otak dan tubuh kanak kanak dapat membesar dan berkembang dengan baik Kajian juga telah menunjukkan bahawa tidur adalah penting untuk kecergasan serta pelbagai fungsi ...
Anak Masuk Tiga Orang Tak Ada Lagi Erti Hidup Selesa Mak Ayah Kena Sepakat Jaga Anak Jadi Mudah

Anak Masuk Tiga Orang Tak Ada Lagi Erti Hidup Selesa Mak Ayah Kena Sepakat Jaga Anak Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 177 hits
Inilah ragam kehidupan kita Bila anak anak semakin bertambah maka bertambahlah masa dan pengorbanan kita demi untuk membesarkan anak anak Namun usaha membesarkan anak ini tak akan jadi mudah tanpa kerjasama yang padu dari suami isteri Tidak...
Bapa Tergamak Sepak Anak Sulungnya Depan Orang Ramai Hanya Sebab Tolak Adik

Bapa Tergamak Sepak Anak Sulungnya Depan Orang Ramai Hanya Sebab Tolak Adik

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 138 hits
Sebut sahaja tentang kanak kanak pastinya kita sedia tahu akan perangai mereka yang sememangnya terlalu aktif dan sukar untuk dikawal Namun itu bukanlah alasan bagi kita sebagai ibu bapa menaik tangan kepada mereka lebih lebih lagi apabila ...
Video Ada Dar4h Seni Macam Papa Mama Almy Nadia Kongsi Video Anak Berpantun Tarik Perhatian Ramai

Video Ada Dar4h Seni Macam Papa Mama Almy Nadia Kongsi Video Anak Berpantun Tarik Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 176 hits
Bakat dan minat anak anak perlu dipupuk dan diterapkan sejak mereka kecil lagi supaya ia sebati dalam diri mereka Potensi anak anak dalam setiap perkara perlu diasah sejak kecil dan menanam minat mereka terhadap sesuatu yang baik Seperti an...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik