Penangguhan Sebabkan Pengendali Umrah Tutup Operasi Bumitra


Oleh Afiq Mohd. Shah Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Harun KC Ahmmu (tengah) dalam sidang akhbar hari ini. PENANGGUHAN umrah mulai 8 Januari ini dikhuatiri akan mengakibatkan banyak syarikat pengendali ibadah itu terpaksa menutup semula operasi perniagaan.
Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Harun KC Ahmmu berkata, ia kerana kebanyakan syarikat pengendali umrah tidak mampu membayar tuntutan bayaran kepada jemaah.
Pada masa sama, kata beliau, penangguhan itu juga menyebabkan risiko tidak mendapat pulangan tuntutan semula pembatalan atau penangguhan tiket penerbangan, tempahan hotel di Tanah Suci dan caj visa umrah daripada Arab Saudi.
Menurut Harun, keputusan terburu-buru dilaksanakan kerajaan itu juga menyebabkan kerugian besar serta memberi implikasi kos pembatalan tinggi kepada jemaah.
Katanya, kos pembatalan atau penangguhan yang telah dibayar sebelum jemaah ke Tanah Suci merupakan antara faktor yang perlu ditanggung pengendali umrah.
“Untuk makluman, sebahagian besar jemaah umrah yang akan menunaikan ibadah ini merupakan jemaah yang tertunda kesan daripada penularan pandemik COVID-19 dan penutupan sempadan Arab Saudi pada 20 Mac 2020.
“Visa umrah yang telah dikeluarkan biasanya hanya diberikan sebulan tempoh sah laku dan sekiranya ditangguhkan serta tidak diberi tempoh masa, maka kita bimbang visa ini tamat tempoh dan perlu diperbaharui dengan kos tambahan kepada jemaah.
“Kos kuarantin di pusat kuarantin yang akan dikenakan kepada jemaah yang pulang ke tanah air bermula hari ini juga merupakan kos tambahan di luar jangka yang akan ditanggung jemaah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Harun berkata, keputusan pembatalan kuarantin di rumah dilaksanakan Kementerian Kesihatan juga telah mengakibatkan jemaah umrah perlu menanggung kos bayaran tambahan.
Beliau berkata, kos kuarantin tersebut tidak terkandung dalam pakej umrah dan mengakibatkan jemaah yang tiada kemampuan menghadapi kesukaran melalui proses kuarantin di stesen kuarantin hotel.
Sehubungan itu, Harun memaklumkan, pihaknya sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha memperketat prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan varian Omicron dalam kalangan jemaah.
“Ia bertujuan memberi peluang serta harapan kepada jemaah dan pengendali umrah bagi mengelakkan kerugian lebih besar dari segi kewangan yang perlu ditanggung serta tekanan emosi jemaah atas pengumuman penangguhan sementara ini.
“BUMITRA juga merayu kepada MOTAC dan KKM agar menjalankan kajian terperinci demi kepentingan rakyat dalam usaha memberi peluang jemaah melakukan ibadah sejak dibenarkan pada Oktober 2021,” jelas beliau.
Sabtu lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan kerajaan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak susulan penularan jangkitan COVID-19 di Arab Saudi, khususnya membabitkan varian Omicron.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/penangguhan-sebabkan-pengendali-umrah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwa Segera Jemaah Umrah Yang Tak Divaksin Atau Ianya Hanya Mahu Tutup Kegagalan Program Vaksinasi

Dakwa Segera Jemaah Umrah Yang Tak Divaksin Atau Ianya Hanya Mahu Tutup Kegagalan Program Vaksinasi

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 260 hits
January 8 2022 Secara tiba tiba KJ mengatakan ada 14 dari 177 Jemaah Umrah yang dijangkiti Omicron adalah mereka yang belum divaksinasi Jumlah yang positif saja belum terkait Omicron jumlahnya lebih 1300 kes Persoalannya bagaimana begitu mu...
10 000 Dijangka Terkesan Penangguhan Sementara Umrah

10 000 Dijangka Terkesan Penangguhan Sementara Umrah

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 247 hits
Oleh Gambar FB Haramain KIRA KIRA 10 000 jemaah dijangka terkesan ekoran keputusan kerajaan menangguhkan sementara ibadah umrah disebabkan penularan jangkitan varian baharu Omicron Menurut laporan BH Online yang memetik Presiden Persatuan A...
Pentingkan Keuntungan Teruskan Operasi Kilang Kotak Ingkar Arahan Tutup Diserbu

Pentingkan Keuntungan Teruskan Operasi Kilang Kotak Ingkar Arahan Tutup Diserbu

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 265 hits
Siasatan mendapati wakil syarikat memberikan alasan kilang tersebut terpaksa dibuka demi memenuhi permintaan pelanggan PETALING JAYA Bukan saja ingkar arahan penutupan operasi sebuah kilang kotak di Jasin Melaka turut mengarahkan 112 pekerj...
Apa Jadi Bila Pengarah Kesihatan Umum Cuaca Menteri Pula Ke Mekah Tunai Umrah

Apa Jadi Bila Pengarah Kesihatan Umum Cuaca Menteri Pula Ke Mekah Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 442 hits
NORMAN RADZUAN Di kala rakyat sdg menderita lebai2 ke luar negara KADUK NAIK JUNJUNG Apa sudah jadi bila Pengarah Kesihatan Nor Hisham yg umumkan laporan Meteorologi akn berlaku akn berlaku hujan dan angin kuat di negeri Utara Semenanjung I...
Jelang Pembukaan Umrah Teliti Pilih Agen Perjalanan

Jelang Pembukaan Umrah Teliti Pilih Agen Perjalanan

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 258 hits
Maraknya kasus penipuan yang terjadi pada agen travel umroh memang menyulitkan masyarakat Sebab uang yang dikeluarkan untuk berangkat umrah tidaklah sedikit Oleh karena itu masyarakat harus melakukan beberapa cara supaya terhindar dari agen...
Ini Panduan Untuk Menteri Yang Mahu Buat Umrah

Ini Panduan Untuk Menteri Yang Mahu Buat Umrah

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 226 hits
MALAYSIA DATELINETidak dinafikan ramai dalam kalangan rakyat negara ini memilih hujung tahun untuk bercuti atau menunaikan umrah Tidak kurang juga mereka dalam kalangan menteri ramai yang mengambil kesempatan membuat umrah pada hujung tahun...
Majoriti Kes Import Dari Arab Saudi Pulang Dari Umrah Dijangkiti Varian Omicron

Majoriti Kes Import Dari Arab Saudi Pulang Dari Umrah Dijangkiti Varian Omicron

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 336 hits
Majoriti Kes Import Dari Arab Saudi Pulang Dari Umrah Dijangkiti Varian Omicron Kementerian Kesihatan juga melaporkan majoriti kes import COVID 19 varian Omicron adalah dari Arab Saudi Menurut Menterinya Khairy Jamluddin 30 daripada 49 kes ...
Kami Akan Berdoa Allah Akhirkan Bencana Ini Kamal Uqasha Tunai Umrah

Kami Akan Berdoa Allah Akhirkan Bencana Ini Kamal Uqasha Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 290 hits
Kami akan berdoa Allah akhirkan bencana ini Kamal Uqasha tunai umrah Pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose selamat berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah semalam Menerusi entri Instagram Kamal memaklumkan perkara te...
Semoga Allah Perkenan Doa Zulin Aziz Tunai Umrah Sempat Buat Solat Hajat Untuk M4ngsa Banjir Di Depan Kaabah

Semoga Allah Perkenan Doa Zulin Aziz Tunai Umrah Sempat Buat Solat Hajat Untuk M4ngsa Banjir Di Depan Kaabah

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 566 hits
Pelakon Zulin Aziz sempat menitipkan doa buat m4ngsa m4ngsa banjir yang melanda negara ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz 32 dia bersama teman teman umrahnya turu...
This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nellisa Tiba Di London Dan Sunday Roast

Best Water Park At Selangor Splashmania Gamuda Cove

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Peserta Acara Kayuhan Maut Kemalangan Dengan Kereta Di Langkawi