Pemuda Isma Lapor Polis Ada Pihak Hasut Murid Mogok Ke Sekolah


 ainulillia
Tolak gangguan seksual dengan ponteng sekolah tindakan tak berilmu BANGI – Timbalan Pemuda ISMA, Asmadi Abdul Samad membuat laporan polis berikutan terdapat pihak yang cuba menghasut murid sekolah untuk melancarkan mogok dan protes. 
Laporan polis berkenaan dibuat petang Ahad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh dan sudah dipanggil untuk memberi keterangan, malam tadi. 
Terdahulu, gabungan aktivis dikenali sebagai NSWD Alliance meminta pelajar dan guru membantah budaya rogol dan gangguan seksual dengan tidak hadir ke sekolah selama sehari sama ada pada 6 atau 7 Mei.
Permintaan itu adalah sebagai sebahagian daripada kempen #MakeSchoolASaferPlace.
“Sebagai bantahan melalui satu peristiwa terbaharu #MakeSchoolASaferPlace, kami menganjurkan #NationalSchoolWalkoutDay (NSWD) untuk menuntut perubahan di sekolah,” katanya seperti dilaporkan oleh The Star. 
Asmadi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Asmadi mengakui tidak boleh bersabar dengan kebiadapan kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam menghasut murid sekolah untuk melancarkan mogok dan protes di sekolah.
Sebagai guru sekolah, katanya, beliau mahu sentiasa melindungi anak didik daripada anasir yang tidak sihat dan merosakkan pemikiran mereka.
“Menolak gangguan seksual dengan ponteng sekolah. Melawan keburukan dengan membina keburukan yang lain. Ini bukan tindakan orang berilmu. Yang pasti ini juga bukan apa yang diajar dalam Islam.
“Justeru, laporan polis dibuat, memberikan isyarat yang jelas, terang dan nyata kepada kelompok-kelompok radikal di luar sana. Jangan usik permata hati kami,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook. 
Isu tercetus apabila seorang pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam mendedahkan mengenai perbuatan seorang guru lelaki yang berjenaka mengenai jenayah rogol.
Perkara itu mendapat perhatian ramai pihak malah Ain kemudiannya turut berdepan dengan ugutan ‘rogol’ terhadap dirinya oleh salah seorang pelajar lelaki di sekolahnya.
Tidak kurang juga warga net yang meninggalkan komen tidak senonoh dan jelek terhadapnya kerana mendedahkan isu itu.
Walhal, Ain menegaskan bahawa dia mendedahkan isu tersebut sebagai langkah mengelak kejadian sama berulang lagi ketika sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat buat pelajar.
Mengenai protes NSWD, Ain dan bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab tidak bersetuju ia dianjurkan kerana bimbang akan mengundang lebih banyak aspek negatif, malah boleh menyuntik sikap memberontak terhadap pelajar secara tidak langsung.
Saiful Nizam seperti dilapor MalaysiaKini berkata, bukan menjadi matlamat mereka untuk menyebarkan rasa benci sebaliknya menginginkan perubahan. 
“Perbuatan mencaci pihak sekolah hanya meletakkan orang ramai bersikap sama seperti pihak yang mereka tentang,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/pemuda-isma-lapor-polis-ada-pihak-hasut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hina Raja Raja Melayu 2 Ngo Lapor Polis Ke Atas Sanjeevan

Hina Raja Raja Melayu 2 Ngo Lapor Polis Ke Atas Sanjeevan

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 272 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM HAMDAN Mohd Salleh bersama seorang lagi wakil KRAMAT menunjukkan salinan laporan polis di depan IPD Dang Wangi Kuala Lumpur KUALA LUMPUR Dua pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis terhadap Sanjeevan Ramak...
Gabungan Ngo Cina Lapor Polis Isu Bantahan Bina Sjkc Too Joon Hing

Gabungan Ngo Cina Lapor Polis Isu Bantahan Bina Sjkc Too Joon Hing

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 325 hits
BANGI 13 Ramadan 1442H Ahad Gabungan Badan Bertindak Seni Khat dan Majlis Bahasa Cina Malaysia membuat laporan polis berhubung himpunan bantahan di tapak pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Too Joon Hing di bandar Kinrara baru baru
Ngo Lapor Polis Pastor Cuba Sebar Dakyah Kristian Di Kluang

Ngo Lapor Polis Pastor Cuba Sebar Dakyah Kristian Di Kluang

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 386 hits
Tindakan Ekonomi Komuniti B40 Johor serta Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Sederhana Kecil dan Sederhana Malaysia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang hari ini PETALING JAYA Dua NGO membuat laporan polis berhubung kegiatan seo...
Takiyuddin Suruh Igp Lapor Polis Ingatkan Spp Ada Dalam Perlembagaan

Takiyuddin Suruh Igp Lapor Polis Ingatkan Spp Ada Dalam Perlembagaan

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 370 hits
Oleh SEORANG menteri kerajaan Perikatan Nasional hari ini meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador membuat laporan polis Gesaan itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkaitan dakwaannya meng...
Saya Tidak Puas Hati Tindakan Ibu Dia Melampau Pemandu Lori Lapor Polis Video Budak Disuap Dengan Vape

Saya Tidak Puas Hati Tindakan Ibu Dia Melampau Pemandu Lori Lapor Polis Video Budak Disuap Dengan Vape

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 541 hits
Saya tidak puas hati tindakan ibu dia melampau Pemandu lori lapor polis video budak disuap dengan vapeTidak berpuas hati melihat video viral kanak kanak yang masih kecil disuap dengan rokok elektronik atau vape seorang pemandu lori tampil m...
Lebih 360 Murid Guru Dikuarantin Dalam Sekolah Di Shah Alam

Lebih 360 Murid Guru Dikuarantin Dalam Sekolah Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 363 hits
MALAYSIA NOWSekolah itu juga merayu derma untuk membeli barang keperluan untuk murid yang dikuarantin Sekolah berasrama penuh SMK Seksyen 11 Shah Alam Selangor kini dikuarantin melibatkan kira kira 300 pelajar dan guru Gambar Facebook Lebih...
Guru Mengaku Pukul Murid Sampai Berbirat Sebab Tak Siapkan Kerja Sekolah

Guru Mengaku Pukul Murid Sampai Berbirat Sebab Tak Siapkan Kerja Sekolah

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 515 hits
Guru mengaku pukul murid sampai berbirat sebab tak siapkan kerja sekolahPolis telah mengambil keterangan seorang warga pendidik yang didakwa memukul murid tahun tiga sehingga meninggalkan kesan bengkak dan lebam dalam kejadian Khamis lalu B...
Difahamkan Polis Akan Kenakan Kompaun Terhadap Sekolah Sekali Ini Ayat Padu Cikgu Fadli

Difahamkan Polis Akan Kenakan Kompaun Terhadap Sekolah Sekali Ini Ayat Padu Cikgu Fadli

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 538 hits
Dilaporkan polis akan keluarkan kompaun terhadap sekolah yang mencetuskan kluster baharu Covid19 sekiranya ia berpunca daripada pengabaian SOP
Polis Akan K0mpaun Sekolah Cetus Kluster Sekali Cikgu Fadli Bagi Ayat Padu

Polis Akan K0mpaun Sekolah Cetus Kluster Sekali Cikgu Fadli Bagi Ayat Padu

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 288 hits
KUANTAN Polis akan mengeluarkan kompaun terhadap sekolah yang mencetuskan kluster baharu COVID 19 jika ia berpunca daripada pengabaian prosedur operasi standard Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata langkah itu untuk memben...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd