Pemimpin Mesti Ada Telur Tegur


Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah


SEBAGAI pemimpin, biar ada telur. Jangan biarkan Islam (Nabi) kita terus dihina. Janbgan biar laungan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bergema. Tegur dan ambil tindakan tegas.
Saya sudah tidak tahu nak cakap apa lagi mengenai politik Melayu berhadapan politik ultra kiasu hari ini. Sejak dahulu hingga kini, saya terus bersuara tanpa henti meskipun berhadapan pelbagai risiko.
Lupakan soal kuasa, soal undi, soal jawatan dan lain-lain kepentingan lagi, pertahankanlah maruah Islam. Jangan biarkan agama kita dan Nabi kita dihina lagi. Tutup suara liberal seperti LGBT yang mahu menjadikan Malaysia ini negara yang jauh daripada Islam.
Kena penjara itu kira dah nasib baik? Bantainya Melayu mengamuk dan bertindak seperti apa yang dilakukan Iran terhadap Salman Rushie kerana menulis buku Satanic Verses, bagaimana?
Sehingga kini, kalau tidak lupa, hukuman itu masih tidak ditarik balik. Iran masih terus mahu mencari Salman Rushdie. Arahan untuk memberi sejumlah wang yang besar kepada mereka yang berjaya mencari Salman Rushdie masih berjalan.
Insiden ini mungkin telah dilupakan oleh ultra kiasu. Tetapi saya tetap ingat. Jangan sama sekali bermain dengan umat Islam perkara berkaitan dengan agama, Nabi dan apa jua berkara berkaitan sensitiviti Islam, sama ada secara sengaja, jahil, jahat atau anti-Islam.
Islam Melayu berpisah tiada. Jika jahil boleh diajar, jahat boleh dibentuk. Tetapi sengaja dan antiIslam, ini kes berat.
Inilah yang ultra kiasu tidak faham, cara hidup orang Melayu Islam di negara ini.
Sebelum ini tidak pernah berlaku perarakan LGBT, tetapi hari ini berlaku. Sebelum ini kes menghina jarang berlaku, kini biasa berlaku. Di manakah kamu wahai pemimpin negaraku tatkala pihak musuh menghina agama kita.
Lebih malang lagi, 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) minggu lalu menggesa kerajaan supaya menyemak semula hukuman yang dikenakan ke atas individu yang menghina Islam dan Nabi Muhammad di media sosial, sebaliknya mencadangkan langkah pemulihan.
Sebelum ini, seorang pengguna Facebook di Sarawak dijatuhi hukuman penjara 10 tahun 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuching selepas mengaku salah terhadap 10 pertuduhan menghina Islam dan Nabi Muhammad.
Diikuti, seorang lagi pengguna Facebook dipenjara selama tujuh bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana kesalahan yang sama.
Pada hemat saya, hukuman ini sudah ringan. Ultra kiasu sengaja lakukan, bukan soal jahil lagi. Tetapi sudah jahat dan anti-Islam. Siapa mahu bertanggungjawab jika berlaku pertumpahan darah jika mahkamah tidak bertindak menjatuhkan hukum?
Jika hukuman berat ini tidak dikenakan, agama akan menjadi mainan bibir dan dihina dari semasa ke semasa. Islam tidak membenarkan sama sekali kita menghina agama bukan Islam, malah menggalakkan kita memberikan hak-hak mereka yang sepatutnya menurut neraca keadilan, bukan sama rata sama rasa.
Bagaimana jika sebaliknya berlaku, kita hina agama orang bukan Islam.
Inilah kejahilan manusia, nama sahaja pertubuhan wanita dalam Islam, perangai macam bukan Islam. Pernahkah kita campur tangan urusan bukan Islam?
Saya masih lagi jarang jumpa ada dalam kalangan kita mengutuk atau menghina agama bukan Islam, berbanding bukan Islam menghina Islam, dan utusanNya, Baginda Rasulullah. Kenapa perkara ini semakin berleluasa hari ini? Sedangkan kita tidak pernah menyentuh mereka pun.
Pernah kita kutuk agama Kristian atau Nabi mereka? Pernah kita kutuk Buddha dan Gautama Buddha, Taoism, Konfucius? Pernah kita mengutuk atau menghina agama Hindu. Persoalannya kenapa begitu galak segelintir rakyat Malaysia bukan Islam, terutama Cina, tergamak mengutuk dan menghina agama dan Rasulullah.
Persoalannya, kenapa hari ini, ultra kiasu begitu kurang ajar sehingga begitu berani menghina dan mempersendakan agama dan Nabi kita. Jawapannya, mudah. Kerana kita lemah.
Undang-undang berpihak dan berada dalam tangan mereka. Orang yang menjaga undang-undang adalah orang mereka. Berapa orang yang telah terlepas hanya kerana mereka itu adalah orang yang dijaga oleh orang ini.
Terbaharu, tidak semena-mena kerana politik, UMNO dan PAS dikaitkan oleh ultra kiasu dengan Taliban dan pembunuhan pengganas ke atas 50 umat Islam di Christchurch, New Zealand.
Kata ultra kiasu itu, inilah bentuk ekstremisme yang akan berlaku jika UMNO dan PAS memerintah Malaysia. Kenyataan ini amat biadab dan kurang ajar. Selama ini UMNO dan PAS memerintah, adakah bukan Islam pernah dijentik.
UMNO dan PAS masih lagi memerintah di Perlis, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Adakah benar mereka menjadi Taliban dan hak bukan Islam dinafikan? Saya tegaskan sekali lagi, hak dan keadilan yang telah diberikan oleh pemimpin Islam UMNO dan PAS, sudah terlebih adil atau terlebih Buddha, terlebih Kristian, terlebih Hindu. Saya sudah jelaskan minggu lalu.
Hargailah toleransi dan hati budi orang Melayu yang memimpin negara tercinta selama ini. Jangan ambil kesempatan atas kelemahan politik mereka hari ini. Jangan sakiti hati-hati Melayu dengan kenyataan-kenyataan yang menyebabkan Melayu mengamuk.
Jika Melayu UMNO dan PAS itu Taliban dan ekstremis, sudah tentu bukan Islam di negara ini tidak senang duduk. Habis patung dan kubur yang berselerak dan menghalang jalan awam dan pembangunan dimusnahkan. Tetapi keadaan itu tidak berlaku.
Yang ada, jalan lurus jadi bengkok. Bangunan sepatutnya besar jadi sempit. Bayangkan jika yang menghalang jalan dan bangunan itu adalah masjid dan surau. Dah lama kena roboh. Melayu tetap merelakan. Kenapa? Itulah hati budi Melayu.
Hati budi Melayu yang perlu dijaga. Melayu sanggup korbankan kepentingannya demi orang lain. 
Orang lain macam mana? Nasib pegawai bomba, Allahyarham Adib itulah contoh yang tak perlu saya ulaskan. Melayu sanggup berkorban sehingga terkorban untuk orang lain.
Cuba bandingkan nasib umat Islam yang diperintah di Selatan Thailand dan Selatan Filipina. Begitu juga minoriti Islam di China dan India. Janganlah dibandingkan dengan Palestin. Pendek kata, apabila Islam memerintah, keadilan terpancar. Hak diberikan kepada bukan Islam terlebih beri.
Tetapi apabila bukan Islam memerintah, saban hari umat Islam dibunuh, dizalimi dan dianiaya. Cukuplah dengan contoh-contoh yang saya telah diberi sebelum ini.
Ingatan saya sebelum menutup kalam ini – sebagai pemimpin, biar ada telur. Jangan kerana mereka rakan kita, kita tidak berani tegur di atas keceluparan mereka, sama ada secara sengaja, jahil, jahat, atau anti-Islam.
Saya tidak nampak sangat ini jahil. Tetapi yang berserabut dalam diri mereka adalah sengaja, jahat, dan anti-Islam. Inilah sifat ultra kiasu yang saya sentiasa ingatkan selama ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/pemimpin-mesti-ada-telur-tegur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Safi Expert Solution Baru Memang Mesti Dimiliki Oleh Semua Wanita

Safi Expert Solution Baru Memang Mesti Dimiliki Oleh Semua Wanita

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 1404 hits
Wow Safi kini telah mengeluarkan set Safi Expert Solution yang membantu pelbagai masalah wanita kini CN sudah menggunakan seminggu set Safi Expert Solution ini dan memang berpuas hati Paling CN suka sudah tentu set ini sangat premium sepert...
Peminat Daiso Ini 7 Gadget Dapur Yang Anda Mesti Dapatkan Sungguh Berguna

Peminat Daiso Ini 7 Gadget Dapur Yang Anda Mesti Dapatkan Sungguh Berguna

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 382 hits
Sebut je kedai serbaneka Daiso pasti ramai yang tahu kedai popular dari Jepun itu Paling best semua barangan di kedai tersebut berharga RM5 57 Kalau sekali pergi memang rasa nak borong satu kedai Jika anda jenis yang suka memasak tak lengka...
Anak Sembelit Lepas Tukar Susu Kurangkan Susu Makan Bukan Cara Pulihkan Mesti Buat 4 Tips Ni

Anak Sembelit Lepas Tukar Susu Kurangkan Susu Makan Bukan Cara Pulihkan Mesti Buat 4 Tips Ni

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 523 hits
Anak sembelit selepas minum susu formula Perkara ini sangat biasa didengari Tapi sejauh mana kebenarannya Ikuti kupasan pegawai dietetik ini Masalah sembelit pada kanak kanak selalu dikaitkan dengan penukaran susu formula sebagai punca Menu...
Bayi Menangis Bila Lapar Tak Selesa Kembung Perut Atau Mengantuk Ibu Ayah Mesti Tahu Bezakan

Bayi Menangis Bila Lapar Tak Selesa Kembung Perut Atau Mengantuk Ibu Ayah Mesti Tahu Bezakan

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 549 hits
Menangis adalah cara bayi memberitahu apa yang diperlukannya atau ketidakselesaan 5 jenis tangisan perlu diketahui ibu bapa supaya mudah supaya setiap keperluan si kecil dipenuhi Benar bahawa bayi menangis adalah normal Menangis ialah salah...
Rahsia Isteri Sentiasa Macam Anak Dara Para Isteri Mesti Baca

Rahsia Isteri Sentiasa Macam Anak Dara Para Isteri Mesti Baca

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 612 hits
Rahsia isteri sentiasa macam anak dara Para isteri mesti baca Assalamualaikum wbt Wah wahh wahh mesti berbunga bunga je hati kan bila encik suami asyik puji isteri dia kan Yang paling best bila encik suami cakap isterinya sama macam anak da...
Ibu Ini Kehilangan Indung Telur Rahim Dan Jari Kaki Setelah Alat Kontrasepsi Iud Masuk Ke Dalam Perutnya

Ibu Ini Kehilangan Indung Telur Rahim Dan Jari Kaki Setelah Alat Kontrasepsi Iud Masuk Ke Dalam Perutnya

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 386 hits
Ketika seorang ibu memutuskan untuk menunda kehamilan maka pilihan kontrasepsi bisa digunakan untuk itu meski anjuran menggunakan kontrasepsi alami lebih sering dianjurkan oleh dokter Berbagai alat kontrasepsi bila menjadi pilihan untuk men...
Cara Buat Loli Pop Telur Bersayur Yang Super Senang Sedap Mak Boleh Cuba Ni

Cara Buat Loli Pop Telur Bersayur Yang Super Senang Sedap Mak Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 585 hits
Bentuk dan warna makanan adalah tarikan utama seseorang itu untuk menjamahnya bila mata tergoda selera melonjak untuk menjamahnya Apa lagi anak anak mesti suka punya Mak mak boleh cuba buat boleh buat bekal anak ke sekolah Selain sedap Loli...
Kena Baling Telur Temelar

Kena Baling Telur Temelar

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 520 hits
Telur temelar atau telur busuk adalah telur yang dieramkan tidak menjadi dan tidak berjaya menetaskan anak ayam Telur dieramkan tidak menjadi anak ayam kerana telur tidak elok disebabkan kena air atau proses eraman tidak sempurna Ibu ayam t...
Telur Turun Hanya 2 Sen Nak Jaga Harga Telur Pun Tak Pandai Sindir Najib

Telur Turun Hanya 2 Sen Nak Jaga Harga Telur Pun Tak Pandai Sindir Najib

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 487 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini menyindir kerajaan PH berhubung isu kawalan harga barang yang disifatkannya kerajaan sekarang gagal mengawal harga barang Mengambil contoh pengawalan har...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization