Pembunuh Tercantik Isabella Gruzman Akhirnya Ke Hospital Mental
Pembunuh Tercantik,Isabella Gruzman Akhirnya Ke Hospital Mental
Siapa masih ingat dengan kisah pembunuh ‘tercantik’, Isabella Gruzman sekitar tahun 2013 lalu? Seorang gadis yang pada ketika itu baru sahaja berusia 18 tahun telah bertindak menikam ibu kandungnya berkali-kali sehingga maut.
Walaupun kejadian ini berlaku di Amerika Syarikat tetapi ianya telah mendapat perhatian media sehingga menjadi bualan hangat penduduk di seluruh dunia pada ketika itu. Jom ikuti kisah di sebalik nama Isabella Gruzman ini.
Hantar emel ugutan kepada ibu
Isabella Guzman merupakan seorang anak gadis yang berasal dari Colorado, Amerika Syarikat dan dilahirkan pada tahun 1995. Isabella dibesarkan dalam keluarga yang berpecah-belah apabila ibu bapa kandungnya telah bercerai. Ibu Isabella iaitu Yun-mi Hoy telah mendirikan rumah tangga sekali lagi bersama jejaka pilihan hatinya, Ryan Hoy. Tetapi keputusannya itu kurang dipersetujui oleh Isabella malah kedua-dua beranak ini juga dikatakan sering bertengkar kerana isu tersebut.
Bukan itu sahaja, Isabella turut menunjukkan sikapnya yang agak kasar selain tidak menghormati orang tua. Namun tidak lama selepas itu segala-galanya berubah. Pada tahun 2013 iaitu ketika usianya 18 tahun, Isabella telah mengirimkan satu emel kepada ibunya yang berunsur ugutan. Dia menulis ‘You will pay’ yang membawa maksud awak akan membayarnya.
Menurut sumber, emel tersebut dihantar sehari sebelum dia membunuh ibu kandungnya itu. Yun-mi yang terkesan dengan emel ugutan tersebut telah melaporkan kepada pihak polis. Pihak polis kemudian datang ke rumah keluarga Isabella dan cuba untuk mendamaikan hubungan antara kedua beranak ini. Bagi mereka, perselisihan yang tercetus ini boleh diselesaikan dengan cara kekeluargaan.
Tikam ibu dalam bilik air
Bukan itu sahaja, Yun-mi turut meminta pertolongan bekas suaminya, Robert Guzman untuk menasihati Isabella tentang tingkah lakunya serta pentingnya menghormati orang tua. Pada 28 Ogos 2013, iaitu 3 jam sebelum pembunuhan berlaku, Robert Guzman mengunjungi rumah anak dan bekas isterinya itu untuk bercakap dengan Isabella.
Selepas pulang dari bekerja iaitu sekitar jam 9:30 malam, Yun-mi telah naik ke biliknya untuk mandi. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila Ryan yang sedang menjamu selera di tingkat 1 rumah itu tiba-tiba mendengar si isteri memanggil namanya selain terdengar bunyi seperti sesuatu terjatuh dari lantai. Dia yang mengesyaki sesuatu telah berlari mendapatkan isterinya tetapi ketika di bilik air, Isabella telah mengunci pintu berkenaan.
Ryan turut terlihat ada darah mengalir di bawah pintu bilik air itu. Namun, tidak lama selepas itu Isabella keluar daripada bilik air sambil memegang sebilah pisau yang berlumuran dengan darah ibunya. Tanpa rasa serba salah, Isabella keluar daripada rumah dan pergi ke pasar raya berdekatan untuk membersihkan diri. Malah, gadis ini turut berbohong kepada petugas pasar raya bahawa dirinya telah diperkosa selain meminta menukar pakaian dan mencuci rambutnya.
Dihantar ke hospital mental
Ryan kemudian menghubungi nombor 911 untuk mendapatkan bantuan. Tetapi sayangnya, apabila polis sampai Isabella sudah pun tiada di rumah. Mereka menemui mayat Yun-mi sudah terbaring di lantai bilik air dengan keadaan yang sangat menyayat hati di mana terdapat luka dan kesan tikaman. Dia disahkan meninggal dunia sekitar jam 10:28 malam.
Selepas 16 jam kemudian, pihak polis akhirnya berjaya menahan Isabella di kawasan parkir. Dalam satu pernyataan tertulis, Isabella dipercayai menikam ibu kandungnya itu sebanyak 79 kali di wajah dan leher tetapi keputusan pengadilan mendapati Isabella menikam Yun-mi sebanyak 151 kali iaitu 35 kali di wajah dan 51 kali di leher. Bukan itu sahaja, dia turut memukulnya dengan tongkat baseball.
Pada sidang pengadilan, selepas meninjau hasil penilaian mental seorang hakim memutuskan bahawa Isabella didapati tidak bersalah atas alasan masalah mental. Isabella sebenarnya dikatakan mula mengalami gangguan mental sejak dari kecil selepas ibu bapanya bercerai.
Dr. Richard Pounds menjelaskan gadis ini didiagnosis skizofrenia paranoid. Malah, ketika disidang pengadilan untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya, Isabella yang kini berusia 25 tahun sempat tersenyum ke arah kamera wartawan. Isabella juga sering berhalusinasi, sering bercakap seorang diri dan tertawa sendiri. Oleh itu, Isabella telah dihantar ke Institut Kesihatan Mental Coloradi di Pueblo dan bukannya di penjara.
Sumber: Daily Mail, Youtube, Pengandaran.com The Denver Channel
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://qasyahfulmalayworld.blogspot.com/2020/09/pembunuh-tercantikisabella-gruzman.html