Pemberian Vaksin Walk In Hingga Oktober






SANDAKAN: Orang ramai di daerah ini diminta tidak berebut untuk mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Dewan Masyarakat Sandakan kerana program itu akan dadakan sehingga Oktober.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr.Johari Awang Besar, menasihati orang ramai yang sudah mendapatkan nombor giliran agar balik dahulu dan datang semula pada sebelah petang.

“Kita risau akan berlaku penularan wabak yang tidak sepatutnya,” katanya pada Khamis.

Beliau mengulas kejadian di mana orang ramai berbaris panjang sehingga ke tembok laut ketika mendapatkan suntikan vaksin di PPV itu pada pagi Khamis.

Keadaan itu berlaku kerana ramai yang datang awal untuk program suntikan jumpa terus itu tanpa mengikut masa ditetapkan iaitu pada jam 1.00 petang.

ANTARA warganegara yang datang ke PPV Dewan Aktiviti Pelajar SMJK Tiong Hua. “Kami faham mereka datang kerana mahu mengambil nombor giliran awal,” katanya sambil mengharapkan orang ramai dapat memberikan kerja sama bagi mengelak penularan pandemik itu.

Beliau ditemui media ketika melakukan tinjauan di PPV Dewan Aktiviti Pelajar SMJK Tiong Hua yang baru dibuka pada Khamis.

Ia juga adalah sebuah PPV Integrasi atau PPVI untuk jumpa terus bagi warganegara dan bukan warganegara yang slot masing-masing diasingkan pada sesi pagi dan petang.

PPV berkenaan sebelum ini dibuka hanya untuk janji temu tetapi sejak beberapa hari lepas, ia mula dibuka untuk jumpa terus dan serta untuk bukan warganegara.

Sandakan mencatatkan 345 kes positif Covid-19 pada Khamis.

Hadir sama, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Faridah Giau dan wakil Persatuan Masyarakat Cina yang juga memberi kerjasama untuk penyediaan dewan PPVI itu yang mana proses pemberian vaksin di PPVI ini dikendalikan petugas kesihatan swasta dan sukarelawan di sini.

Setakat ini, terdapat dua PPVI yang memberikan vaksin secara jumpa terus termasuk Dewan Serbaguna Libaran dan PPVI yang baru dibuka itu.

Dalam perancangan, dua lagi PPV akan dibuka iaitu di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan dan PPR Taman Batu Sapi. Perkara ini akan diumumkan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan dalam masa terdekat.

Lain-lain PPV sedia ada di sini ialah di Dewan Hakka, Dewan Serbaguna Libaran dan Dewan SM Yu Yuan.

Dengan bertambahnya dua lagi PPV itu, jelas, kata Johari, ia akan dapat memberikan khidmat pemberian vaksin kepada kawasan Libaran, Sandakan dan Batu Sapi dan dianggarkan 7,000 dos sehari dapat diberikan dalam usaha mencapai 80 peratus penerima dos 1 di sini, menjelang hujung September.

Mengenai sambutan PPV secara jumpa terus itu, beliau berkata sambutannya sangat baik di mana kesemua dos dapat diberikan berbanding semasa pemberian melalui janji temu mySejahtera.

“Ini juga berkemungkinan atas faktor kesedaran orang ramai berkenaan kepentingan vaksinasi,” katanya.

Sementara itu, Sandakan juga sudah menerima kira-kira 30,000 vaksin CanSino.

“Pihak kesihatan dan CITF akan memberikan suntikan vaksin jenis CanSino di kawasan pulau-pulau dalam kawasan Batu Sapi yang telah dilaksanakan program jangkauan luar sebelum ini serta kawasan ladang sekitar Sandakan dan juga Kampung Bahagia yang merupakan kawasan penempatan semula selain kawasan perumahan atas air di Batu Sapi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/pemberian-vaksin-walk-in-hingga-oktober.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jokowi Pemerintah Amankan 370 Juta Dosis Vaksin Covid 19 Hingga Akhir Tahun

Jokowi Pemerintah Amankan 370 Juta Dosis Vaksin Covid 19 Hingga Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 216 hits
Jokowi menjelaskan pemerintah masih terus berusaha untuk mendapatkan tambahan pasokan vaksin Hingga mencapai total 430 juta dosis
Walk In Vaksin Di Padang Merdeka

Walk In Vaksin Di Padang Merdeka

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 164 hits
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu DBKK anjur program vaksinasi walk in di Padang Merdeka Warga bandaraya yang masih belum menerima suntikan vaksin sekurang kurangnya dos pertama dijemput mendapatkan vaksinasi secara walk in di Padang Merdeka di...
Pengalaman Walk In Cucuk Vaksin Di Ppv Dewan Komuniti Serendah

Pengalaman Walk In Cucuk Vaksin Di Ppv Dewan Komuniti Serendah

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 381 hits
Pengalaman Walk In Cucuk Vaksin di PPV Dewan Komuniti Serendah Kalau ikutkan 16 Julai 2021 lepas kinah dah vaksin untuk dos pertama Tapi disebabkan tangguh tarikh tersebut kena la menunggu Jadi malas nak menunggu untuk dapatkan vaksin kinah...
Sarawak Muktamad Persediaan Vaksin Remaja 12 Hingga 17 Tahun

Sarawak Muktamad Persediaan Vaksin Remaja 12 Hingga 17 Tahun

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 177 hits
GAMBAR hiasan Kuching Sarawak sedang memuktamadkan persediaan bagi melaksanakan proses pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun dalam usaha mengekang jangkitan Covid 19 kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah E...
Kemenkes Beberkan Studi Yang Jadi Dasar Pemberian Vaksin Dosis 3 Bagi Nakes

Kemenkes Beberkan Studi Yang Jadi Dasar Pemberian Vaksin Dosis 3 Bagi Nakes

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 172 hits
Hasil studi menyimpulkan pada periode Januari Maret 2021 vaksin Covid 19 cukup efektif dalam mencegah infeksi Covid 19 Namun pada periode April sampai Juni vaksinasi lengkap alias dua dosis vaksin kurang cukup melindungi tenaga kesehatan da...
Risiko Bell S Palsy Lebih Tinggi Setelah Mendapat Vaksin Sinovac Kajian

Risiko Bell S Palsy Lebih Tinggi Setelah Mendapat Vaksin Sinovac Kajian

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 233 hits
Penelitian terbaru merungkaikan risiko Bell s Palsy atau mengalami wajah lumpuh selepas suntikan vaksin Sinovac Simpton jarang terjadi gajala ringan dan secara amnya sembuh secara sendiri Risiko Bell s Palsy sejenis kelumpuhan wajah lebih t...
Kes Nenek Terima 2 Dos Vaksin Sehari

Kes Nenek Terima 2 Dos Vaksin Sehari

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 173 hits
Somwang menunjukkan lengan kanannya kepada anak lelakinya Boonsong ketika bercakap dengan media Thailand mengenai pengalamannya yang mendapat dua suntikan vaksin AstraZeneca pada 14 Ogos lalu Bangkok Post BANGKOK Seorang wanita warga emas d...
Dua Penerima Vaksin Dibayar Pampasan Akibat Kesan Sampingan Vaksin Covid 19

Dua Penerima Vaksin Dibayar Pampasan Akibat Kesan Sampingan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 279 hits
Vaksin COVID 19 Foto hiasanSINGAPURA Dua penerima suntikan vaksin COVID 19 yang mengalami kesan sampingan serius masing masing menerima pampasan tertinggi SGD 225 000 Salah seorang penerima bantuan kewangan kerajaan menerusi Kementerian Ke
Vaksin Chulacov19 Hasilkan Imuniti Setanding Pfizer

Vaksin Chulacov19 Hasilkan Imuniti Setanding Pfizer

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 240 hits
Dr Ruxrungtham menyuntik vaksin ChulaCov kepada sukarelawan bagi ujian klinikal fasa satu vaksin itu Mei lalu Thai PBS World BANGKOK Ketua penghasilan vaksin ChulaCov19 berkata bahawa vaksin buatan Thailand itu menghasilkan tahap imuniti sa...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm