Pembentangan Belanjawan 2020 Kertas Putih Pertahanan Gamit Tumpuan Dewan Rakyat


THE MALAYSIAN TIMES


KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan 2020, Rang Undang-undang (RUU) meminda hukuman mati dan Kertas Putih Pertahanan bakal mencuri perhatian pada persidangan Dewan Rakyat yang membuka tirainya semula pada Isnin ini selepas berehat lebih dua bulan.

Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Sidang Parlimen Ke-14 itu akan berlangsung selama 36 hari, mulai Isnin ini hingga 5 Dis yang bakal menyentuh beberapa akta baharu dan pindaan akta sedia ada dalam menambah baik sistem perundangan dan pentadbiran negara.

Tumpuan pastinya terarah kepada pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Okt ini dengan persoalan pokok pastinya jumlah peruntukan disediakan dan agihan kepada sektor terbabit.

Untuk rekod, peruntukan sebanyak RM314.5 bilion disalurkan untuk belanjawan lepas (Belanjawan 2019) bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’.

Selain itu, turut dijangka menjadi perhatian adalah pindaan hukuman mati mandatori selepas kerajaan memutuskan hukuman penjara setimpal bagi menggantikan hukuman maksimum itu yang diperuntukkan bagi 11 kesalahan berat.

Ketika ini, undang-undang memperuntukkan hukuman mati mandatori terhadap kesalahan di bawah Kanun Keseksaan seperti bunuh, rompakan bersenjata dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, dan kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Selain RUU itu, turut dijangka dibentangkan adalah RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 untuk bacaan kali kedua dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dipetik sebagai berkata ia dijangka dibentang sebelum pembentangan Belanjawan 2020.

Rang Undang-Undang IPCMC 2019 dibentang buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 18 Julai, dan ia bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi meningkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas untuk menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.

Liew juga sebelum ini berkata kerajaan akan memulakan percubaan kedua untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar pada persidangan Dewan Rakyat ini.

Pada September tahun lepas, Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 telah ditolak oleh Dewan Negara sekalipun telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan kerana itu Liew berkata kerajaan akan membentangkannya semula.

Selain itu, RUU derma politik dan penubuhan ombudsmen juga dijangka dibentangkan kali ini, kata Ketua Pengarah Urus Tadbir, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Beliau dilaporkan berkata kedua-dua RUU ini merupakan satu daripada inisiatif utama di bawah Pelan Pencegahan Rasuah Negara (NACP) 2019-2023 yang memberi tumpuan utama untuk meningkatkan tadbir urus, integriti dan antirasuah selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.

Turut dijangka mencuri perhatian penggubal undang-undang negara adalah pembentangan Kertas Putih Pertahanan Negara yang akan memahat sejarah negara dan menyertai negara lain antaranya Brunei, Australia, Jerman dan New Zealand.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan berkata deraf kertas putih itu mengambil pandangan semua pihak, antaranya ahli akademik dan ia antara lain merangkumi penstrukturan gaji yang kompetitif, elaun dan insentif khas, faedah perubatan/penjagaan kesihatan serta perkara berkaitan perumahan.

Selain itu, Kerajaan juga dijangka membentangkan RUU untuk mengawal aktiviti Food Bank yang bertujuan melindungi penyumbang daripada tindakan undang-undang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini melalui makanan yang disumbangkan.

Persidangan kali ini turut memberi fokus kepada pembentangan RUU bagi menambah baik pengurusan wakaf agar dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan, demikian menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Fuziah Salleh.

Bagi mempertingkatkan perlindungan kepada pekerja, mengurangkan waktu bekerja dan menangani isu pekerja dipaksa bekerja, Akta Kerja 1955 dijangka dibentang untuk pindaan pada sesi ini setelah selesai melalui pelbagai fasa perbincangan, kata Menteri Sumber Manusia. M Kulasegaran.

Akta itu kali terakhir dipinda pada 2013.

Dewan Rakyat juga dijangka memberi penghormatan kepada penyandang kerusi Parlimen Tanjung Piai, merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafiq, 42, yang meninggal dunia pada 21 Sept lepas berikutan komplikasi jantung.—Bernama 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/pembentangan-belanjawan-2020-kertas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memantapkan Ekonomi Mempersiapkan Rakyat Agenda Utama Belanjawan 2020

Memantapkan Ekonomi Mempersiapkan Rakyat Agenda Utama Belanjawan 2020

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 488 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Belanjawan 2020 Pulih Keyakinan Rakyat Ke Atas Ph

Belanjawan 2020 Pulih Keyakinan Rakyat Ke Atas Ph

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 434 hits
Bernama BACHOK Pakatan Harapan Kelantan menyifatkan Belanjawan 2020 dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam berjaya memulihkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan kerajaan dalam mengurus ekonomi negara Pengerusinya Husam Musa ber...
Belanjawan 2020 Penggunaan E Dompet One Off Rm30 Buat Rakyat Berumur 18 Tahun Ke Atas

Belanjawan 2020 Penggunaan E Dompet One Off Rm30 Buat Rakyat Berumur 18 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 680 hits
Kerajaan menawarkan rangsangan digital secara one off bernilai RM30 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100 ribu Ia sebagai usaha mempercepat transformasi ke arah peningkatan pen...
Belanjawan 2020 Rakyat Malaysia Berumur 18 Tahun Ke Atas Akan Menerima Rm30 Untuk Merangsang Penggunaan Dompet Digital

Belanjawan 2020 Rakyat Malaysia Berumur 18 Tahun Ke Atas Akan Menerima Rm30 Untuk Merangsang Penggunaan Dompet Digital

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 669 hits
Sewaktu pembentangan Belanjawan 2020 hari ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas akan menerima wang sebanyak RM30 melalui dompet digital terpilih tidak lama lagi Menurut belia...
Intipati Pembentangan Belanjawan 2020

Intipati Pembentangan Belanjawan 2020

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR Berikut ialah intipati ekonomi Belanjawan 2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Parlimen hari ini Kerajaan memulakan langk...
Belanjawan 2020 Antara 13 Intipati Yang Dapat Perhatian Termasuk Cuti Bersalin 90 Hari

Belanjawan 2020 Antara 13 Intipati Yang Dapat Perhatian Termasuk Cuti Bersalin 90 Hari

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 824 hits
Bertemakan Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini berasaskan kepada empat teras utama Selain Memacu Pertumbuhan Ekonomi...
Belanjawan 2020 Intipati Kandungan Bajet 2020

Belanjawan 2020 Intipati Kandungan Bajet 2020

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 1158 hits
Belanjawan 2020 Assalamualaikum selesai sudah Pembentangan Belanjawan bagi tahun 2020 yang bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama dan sememangnya yang ditunggu tunggu oleh semua rakyat Malaysia pem...
Belanjawan 2020 Populariti Menurun Ph Cuba Pujuk Melayu

Belanjawan 2020 Populariti Menurun Ph Cuba Pujuk Melayu

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 314 hits
Oleh Fazleen Safina BANGI 12 Safar 1441H Jumaat Kerajaan Pakatan Harapan cuba memujuk majoriti rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu apabila menyedari populariti dan sokongan semakin menurun Merujuk Belanjawan 2020 yang dibentangkan Men...
Belanjawan 2020 Untuk Kementerian Belia Sukan

Belanjawan 2020 Untuk Kementerian Belia Sukan

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 574 hits
Belanjawan 2020 Untuk Kementerian Belia Sukan Salam Alhamdulillah ini tahun kedua untuk kerajaan baru membentangkan bajet yang mana Belanjawan 2020 ini telah dibentangkan di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada Jumaat 11 10 2019 bermula dari...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli