Pemantauan Sop Di Langkawi Babit 3 Zon Hotspot


BernamaPengerusi Pasukan Petugas Khas Gelembung Pelancongan Langkawi berkata, dalam setiap zon terdapat lokasi atau produk pelancongan yang sering menjadi tumpuan orang ramai. (Gambar Reuters)LANGKAWI: Pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 bagi pembukaan semula industri pelancongan di Langkawi mulai esok dibahagikan kepada tiga zon yang tertumpu kepada “hotspot” atau lokasi tumpuan pelancong.
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Gelembung Pelancongan Langkawi Saiful Anwar Azmi berkata, Zon Satu melibatkan sekitar kawasan Pekan Kuah hingga Ayer Hangat, Zon Dua membabitkan kawasan dari Ayer Hangat hingga Pantai Kok, manakala Zon Tiga dari Pantai Kok hingga Pantai Tengah.
“Dalam setiap zon ini, terdapat lokasi atau produk pelancongan yang sering menjadi tumpuan orang ramai. Kita bahagikan mengikut zon supaya mudah untuk pemantauan SOP dibuat.
“Pasukan pemantauan SOP, contohnya polis, bergerak membuat pemantauan di lokasi pelancongan mengikut zon ini dan mereka akan pastikan semua SOP Covid-19 dan gelembung pelancongan dipatuhi,” katanya.
Beliau diminta mengulas persediaan berkaitan pemantauan pematuhan SOP ke atas pelancong yang akan mengunjungi Langkawi susulan pembukaan semula pulau itu bawah projek rintis gelembung pelancongan.
Katanya, antara lokasi atau produk pelancongan yang kebiasaannya menjadi tumpuan pelancong di Langkawi termasuk Terminal Jeti Kuah, Dataran Lang, pusat beli belah, premis bebas cukai, lapangan terbang, pusat pelancongan, pusat sukan dan rekreasi serta pantai.
Dalam pada itu, Saiful Anwar, yang juga pegawai daerah Langkawi berkata, enam jawatankuasa kecil diwujudkan bawah Pasukan Petugas Khas Gelembung Pelancongan Langkawi yang berperanan memastikan projek rintis itu berjalan lancar dan berjaya.
Katanya, jawatankuasa kecil tersebut adalah Jawatankuasa Pandemik, Jawatankuasa Penguatkuasaan dan Keselamatan, Jawatankuasa Kawalan Pintu Masuk, Jawatankuasa Pelancongan, Jawatankuasa Pengindahan Bandar dan Jawatankuasa Komuniti.
“Pelbagai agensi terlibat sama dalam jawatankuasa ini, termasuk agensi kerajaan, badan berkanun dan badan bukan kerajaan.
“…(Kita harap) Langkawi akan jadi pusat pelancongan terbaik bukan sahaja di peringkat negara ini tetapi di peringkat dunia,” katanya.
Ahad lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, setiap agensi di Langkawi sama ada kerajaan, swasta, badan berkanun atau persatuan yang diberi peranan menjayakan projek rintis gelembung pelancongan Langkawi perlu melaporkan aktiviti mereka kepada pasukan petugas khas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/pemantauan-sop-di-langkawi-babit-3-zon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sop Terkini Melancong Ke Pulau Langkawi Gelembung Pelancongan Domestik Malaysia Mulai 16 September 2021

Sop Terkini Melancong Ke Pulau Langkawi Gelembung Pelancongan Domestik Malaysia Mulai 16 September 2021

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 716 hits
SELAMAT HARI MALAYSIA Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan kembali berceloteh setelah sekian lama membisu Hampir 2 tahun kita bertarung dengan pandemik COVID ini hari ini berita gembira buat rakyat Malaysia iaitu rakyat Malaysia di...
Mata Nasihat Ahli Pelancong Patuhi Sop Ketika Di Langkawi

Mata Nasihat Ahli Pelancong Patuhi Sop Ketika Di Langkawi

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 231 hits
Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia mengingatkan penggiat industri pelancongan di Pulau Langkawi khususnya ahli agar mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan susulan pembukaan semula pulau peranginan itu kepada pelancong tempatan pad...
Strict Monitoring By Police To Ensure Tourists Comply With Sop In Langkawi

Strict Monitoring By Police To Ensure Tourists Comply With Sop In Langkawi

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 339 hits
KUALA KEDAH Police will be stricter with monitoring to ensure tourists comply with standard operating procedures set for the tourism bubble on the resort island of LAngkawi from Thursday Deputy Inspector General of Police Datuk Seri Mazlan ...
Pemantauan Sop Di Lokasi Tumpuan Awam Di Kl Putrajaya Ditingkatkan

Pemantauan Sop Di Lokasi Tumpuan Awam Di Kl Putrajaya Ditingkatkan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 123 hits
BERNAMA Pemantauan menerusi kamera litar tertutup penggunaan pembesar suara dan butang bernamakecemasan Ahli Parlimen Arau yang juga Menteri wilayah Persekutuan Shahidan Kassim Pemantauan prosedur operasi standard di lokasi tumpuan awam dit...
Pelancong Ke Langkawi Dari Kuala Perlis Wajib Patuh Sop Adun

Pelancong Ke Langkawi Dari Kuala Perlis Wajib Patuh Sop Adun

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 295 hits
Pelancong yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi menggunakan perkhidmatan feri di Terminal Feri Kuala Perlis diminta agar terus menitikberatkan pematuhan prosedur operasi standard COVID 19 yang telah ditetapkan kerajaan Ahli Dewan Undangan N...
Hiburan Bekerja Sambil Honeymoon Aliff Syukri Dan Isteri Tak Bawa Anak Pergi Langkawi

Hiburan Bekerja Sambil Honeymoon Aliff Syukri Dan Isteri Tak Bawa Anak Pergi Langkawi

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 316 hits
Menerusi perkongsian isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida di Instagram dia meluahkan rasa teruja dapat terbang ke Langkawi semalam ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Shahida dia dan suami ...
1 520 Penumpang Berlepas Menerusi 8 Penerbangan Ke Langkawi

1 520 Penumpang Berlepas Menerusi 8 Penerbangan Ke Langkawi

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 170 hits
Susulan bermulanya projek rintis gelembung pelancongan domestik PUTRAJAYA Seramai 1 520 penumpang berlepas menerusi lapan penerbangan ke Langkawi sempena bermulanya projek rintis gelembung pelancongan domestik Langkawi hari ini Menteri Peng...
Langkawi Penuh Dengan Pengunjung

Langkawi Penuh Dengan Pengunjung

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 287 hits
hai assalammualaikumLangkawi Penuh Dengan Pengunjung Selamat Hari Malaysia you alls Semua baik baik sahaja Hari Malaysia pergi kemana nad tak pergi mana pun duduk rumah dulu Nanti nanti kita keluar Tipula taknak pergi bercuti kan dah boleh ...
5 Daripada 2 528 Pengunjung Pulau Langkawi Dikesan Positif Covid 19

5 Daripada 2 528 Pengunjung Pulau Langkawi Dikesan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 210 hits
5 daripada 2 528 pengunjung Pulau Langkawi dikesan positif Covid 19 Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan lima daripada 2 528 pelancong ke Pulau Langkawi positif Covid 19 hasil ujian RTK Ag Saringan itu dilakukan terhadap 2 546 pengunjung...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur