Pelaporan Pbd Format Templat


PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) : TAHAP PENGUASAAN MURID, FORMAT & TEMPLAT PELAPORAN PBD
PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang apakah itu Pelaporan Bilik Darjah, cara membuat pelaporan PBD, serta pautan muat turun format dan templat berkenaan.
Apakah Pelaporan Bilik Darjah (PBD)? Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.
PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.
Mata Pelajaran Yang Terlibat Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.
Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.
Mengapakah PBD Penting? PBD dapat membantu guru dalam:
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruhMengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaranMengetahui keberkesanan pengajaranMerancang dan mengubah suai kaedah pengajaranMengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta Cara Pelaksanaan PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun.
PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
PemerhatianPenulisanLisanMelalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru. Pelaporan ini dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Tahap Penguasaan Murid Murid akan dinilai mengikut tahap penguasaan berikut iaitu TP 1 sehingga TP 6.
TP1 – Tahu : Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara asas.
TP2 – Tahu dan Faham : Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam pelbagai bentuk komunikasi.
TP3 – Tahu, Faham dan Boleh Buat : Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi
TP4 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab : Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik.
TP5 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji : Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi abharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif.
TP6 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali : Murid berupaya menggunakan pengathuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif falam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.
Muat Turun : Panduan, Templat & Format Pelaporan Penguasaan Murid Dalam PBD Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan kurikulum KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan.
Ini bermakna pada tahun 2018, templat pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.
Manakala templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3 KSSR (Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada tahun 2019.
Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun 2020, Tahun 5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022.
Pelaporan PBD Tahap 1 Borang Data Bagi Mata Pelajaran Untuk Kegunaan di Google Drive
Borang-Data-Bagi-Mata-Pelajaran-Untuk-Kegunaan-Di-Google-DriveDownload Panduan Menggunakan Google Drive (Pengisian Templat PBD Tahap 1)
Panduan-Menggunakan-Google-Drive-Pengisian-Templat-PBD-Tahap-1
Panduan-Menggunakan-Google-Drive-Pengisian-Templat-PBD-Tahap-1Download SURAT MAKLUMAN MUAT NAIK TEMPLATE PELAPORAN PBD TAHAP 1 VERSI TERJEMAHAN
Surat-Makluman-Muat-Naik-Template-Pelaporan-PBD-Tahap-1-Versi-TerjemahanDownload Surat Pemakluman Perubahan Template Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahap Satu
Surat-Makuman-Perubahan-Templat-PBD-Tahap-1Download TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 1 (TERJEMAHAN)
TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 1 Translation V3.1APR2020.xls
TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 2 (TERJEMAHAN)
TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 2 Translation V3.1APR2020.xls
TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 3 (TERJEMAHAN)
TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 3 Translation V3.1APR2020.xls
Soalan Lazim (FAQ) Apakah pertimbangan profesional? Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.
Bagaimanakah PBD dilaporkan? Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian.

Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.
Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan? Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan.

Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.
Siapakah jawatankuasa pemantauan kualiti PBD? Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya dianggotai oleh:

Pengetua/Guru Besar
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan KoKurikulum
Penolong Kanan Petang
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
Ketua Panitia
Guru Cemerlang
Jurulatih Utama
Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar/JK PBS
Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan KSSM? Buku Panduan
Portal http://bpk.moe.gov.my/
JPN
PPD
Adakah BPK menyediakan rekod transit? Tidak. Perekodan boleh dilakukan dalam dokumen seperti rekod mengajar, buku catatan guru, senarai semak, templat pelaporan Excel atau lain- lain tempat merekod yang sesuai.
Adakah BPK menyediakan format pelaporan penguasaan murid dalam PBD? Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail Excel yang disediakan dan dimuat naik ke portal BPK.
Apa perbezaan Tahap Penguasaan Umum dengan Tahap Penguasaan Keseluruhan? Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut.
Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun persekolahan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pelaporan-pentaksiran-bilik-darjah-pbd/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pelaporan-pentaksiran-bilik-darjah-pbd

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Templat Terkini Pelaporan Pbd Kssm Tingkatan 4

Templat Terkini Pelaporan Pbd Kssm Tingkatan 4

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 122 hits
Muat Turun Download Templat Terkini Pelaporan PBD Kelas 2022 KSSM Tingkatan 4Pelaporan Tingkatan 4 nbsp Templat Pelaporan PBD Kelas KSSM Tingkatan 4 TEMPLAT PELAPORAN PBD KELAS TINGKATAN 4 Ver 2 xls nbsp nbsp Templat Pelaporan PBD Tingkatan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678