Pelamin Anganku Musnah


Masih lagi tidak terlewat untuk aku ucap tahniah
Di atas kehadirannya menggantikan aku
Pastinya oh hidupmu akan lebih bermakna
Dan aku usah kau kenang walau kita pernah berkasihan

Assalamualaikum. Semua orang pernah merasai pengalaman jatuh cinta kali pertama. Dan ramai juga yang mengalami putus cinta pada cinta pertama itu. Kali ini Abam Kie ingin berkongsi kisah jatuh cinta dan kegagalan percintaan tersebut. Teruskan membaca ye...
Sekitar awal 1999 semasa Abam Kie mengajar di Papar, Sabah, waktu lapang Abam Kie selepas sekolah sering dihabiskan dengan melayari internet. Masa tu guna dial-up lagi untuk menyambung ke talian TMNet atau Jaring. Aktiviti online pada masa tu ialah MIRC, ICQ, MSN dan Yahoo Messenger, emel dan melayari internet. Tak ada lagi online shopping dan perbankan internet bagai. Life was so simple then.
Pada suatu hari Abam Kie menerima satu kiriman emel dari seorang siswi Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Dia kata nak berkenalan dengan Abam Kie. Lalu Abe Kie tanya dari mana dia dapat emel Abe Kie. Dia kata dari laman web www.amboi.net. Pada zaman tu DJ Isma Halil Hamzah sangat popular di Radio Muzik dengan taglinenya AmboidotNet. Abam Kie pernah menghantar artikel ke website amboi.net mengisahkan pengalaman ketiadaan air semasa belajar di SM Sains Machang dlm tahun 80an dahulu. Dari situlah siswi ini mendapat alamat emel dan terus menghubungi Abe Kie. Baik kita panggil siswi ini dengan nama 'Su'.
Sejak dari hari itu kami saling berutus emel. Abe Kie memang la ada PC kat rumah. Dia pulak kena guna PC kat makmal komputer. Masa tu x ramai pelajar yang memiliki laptop. Dari kawan biasa jadi kawan luar biasa gitu! Akhirnya pada cuti sekolah akhir tahun 1999 Abe Kie memberanikan diri untuk berjumpa dengan dia. Rasanya masa tu Abam Kie singgah beberapa hari di rumah akak di AU3 Ampang Hulu Klang sebelum meneruskan penerbangan ke Kota Bharu. Kira first blind date lah. Hehehe. Abam Kie pergi menjemput Su di asrama Pantai Puri. Pas tu kami naik teksi menuju ke Jaya Supermarket Seksyen 14, PJ. Kami jalan2 kat dalam Jaya tu sekejap sebelum abang Su dan kakak iparnya sampai. Kira dating Islamik la ni. Abang dia kerja polis dan bekerja di Bukit Aman. Kemudian kami dinner kat food court Seksyen 14 tu. Agaknya ada lagi ke tempat tu? Usai makan kami berpecah. Abam Kie dan Su pi solat Maghrib di Masjid Seksyen 14 tu. Rasanya abang dan kakak ipar Su pergi solat di tempat lain. Selepas selesai solat kami pun pulang.
Bila sampai di kampung Abam Kie pun pergi ke rumah Su di Tanah Merah. Naik motor je. Ada dekt 25km juga dari kampung Abam Kie di Machang tu. Dapat la kenal dengan keluarga dia. Adik beradik dia ada 11 orang. Ramainya! Su ni anak no 3.
Percintaan dengan Su berterusan sehingga akhir tahun 2000. Pada cuti sekolah akhir tahun tu rombongan ahli keluarga Abam Kie pergi merisik Su. Kira pi hantar cincin tanda lah. Segalanya nampak akan berjalan dengan lancar. Namun ku panas ke petang rupanya hujan di tengah hari. Pada awal tahun 2001 tetiba Su menelefon Abam Kie dan menyatakan hasrat untuk berpisah tanpa memberikan alasan yang munasabah. Terkejut sangat dengan tindakannya itu. Sampai tak boleh tidur sampai ke pagi. Entah la. Hati dan perasaan orang tak boleh dipaksa. Mungkin dia sudah jumpa lelaki yang lebih baik kat kampus tu.
Selepas putus dengan Mek Su Abam Kie secara perlahan-lahan sudah boleh melupakannya. Abang dia jadi friend Abam Kie di FB. Tapi dia x tahu yang kami pernah makan sekali kat food court Seksyen 14, PJ tu! Dan Abam Kie pun x bagitahu dia. Hmm... bekas pelajar Abam Kie pulak kahwin dengan adik lelaki Mek Su ni. Tapi Abam Kie tak bagitahu kat bekas pelajar ini yang Abam Kie pernah bercinta dengan kakak iparnya biarpun kami menjadi friend di FB. What a small world! Biarlah rahsia bak kata Datuk Siti Nurhaliza.
Kini Abam Kie sudah berbahagia dengan isteri dan anak2. Pernah gak skodeng FB Mek Su ni tapi X pernah request jadi kawan dia. Usah ditambah bara yang tersimpan gitew bak kata Kak Lina Pom Pom! Hehehe....
Demkianlah kisah CINTA YANG TERHUMBAN nyanyian Syed Sobrie (1985)




www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/05/pelamin-anganku-musnah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 112 hits
Tiada angin tiada ribut suami pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer dikhabarkan sudah berkahwin dengan wanita lain
Pet Expo Midvalley 2024

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Kenapa Bini Aku Tak Cantik



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Al Ikhsan Sports Mengumumkan Pemenang Peraduan The Ultimate Sports Experience Spend And Win

Jinda888 Website 888 Casino Online Slot888 Top 41 By Tamie Slot888 Jinda888 Bet 2 2567

Stour House By Facit Homes In London United Kingdom

10 Cara Menyambut Hari Guru Selain Memberi Hadiah

Lucy M Enggai Tundi Dek Chord

Sivasangari On Cloud Nine As She Breaks Into World Top 10