Pelajar Hilang Dipercayai Terjatuh Sungai Ketika Memancing Ditemukan Lemas Sekitar Jam 12 45 Tengahari Tadi




KUANTAN: Selepas kira-kira 19 jam dilaporkan hilang apabila dipercayai terjatuh sungai, mayat Muhammad Isyraf Danish Razmi ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 12.45 tengah hari tadi.
Operasi SAR itu dimulakan pada jam 8 pagi tadi membabitkan kawasan sejauh sehingga satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh lewat petang semalam.
Pelajar berusia 15 tahun itu dikatakan tergelincir ketika cuba membetulkan tali pancingnya yang tersangkut semasa memancing bersama empat lagi rakannya di sungai berdekatan Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, dekat Indera Mahkota.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menerima laporan mengenai kejadian itu jam 8.21 malam tadi.
Sebelum ini, terdapat dakwaan kononnya mangsa 'ditarik' buaya, namun perkara itu dinafikan pegawai dan anggota JBPM Pahang dan agensi berkaitan yang menyertai operasi SAR sejak malam tadi.
Seorang penduduk berhampiran lokasi kejadian, Hadaniah Talib, 66, mendakwa operasi SAR tidak dapat dijalankan segera apabila pihak berkuasa lewat dimaklumkan oleh rakan mangsa.
"Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang semalam namun laporan hanya dibuat kepada pihak berkuasa kira-kira satu setengah jam kemudian.
"Rakan mangsa takut nak memberitahu keluarga mereka mengenai perkara sebenar sehinggalah dipaksa oleh keluarga mereka," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritenden Mohd Adli Mat Daud mengesahkan mayat Muhammad Isyraf Danish ditemukan pasukan SAR kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir dilapor terjatuh.
"Kejayaan operasi SAR ini hasil kerjasama rapat semua agensi seperti polis, JBPM Pahang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis marin dan orang awam.
"Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi tujuan pengecaman dan bedah siasat," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Sementara itu bapa mangsa, Razmi Yaacob, 56, memaklumkan kali terakhir dia bertemu dengan anaknya ialah pada Ahad lalu.
"Biasanya saya akan membawa dia memancing bersama kerana kami berkongsi minat yang sama, tetapi semalam pergi bersama rakan-rakannya tanpa pengetahuan saya.
"Saya juga terkejut apabila dimaklumkan oleh polis bahawa anak saya dikhuatiri lemas ketika memancing kerana kebiasaannya pada waktu petang dia bermain bola," katanya.
Razmi juga memberitahu arwah anaknya pandai berenang dan tidak menyangka kejadian malang berkenaan menimpa anak bongsunya itu. #Malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/07/pelajar-hilang-dipercayai-terjatuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seharian Hilang Wanita Ditemukan Lemas Di Sungai Muar

Seharian Hilang Wanita Ditemukan Lemas Di Sungai Muar

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 253 hits
Alias Abd Raniam hmetro com myMuar Misteri kehilangan wanita berakhir apabila mayatnya ditemui terapung dalam keadaan terlentang di Sungai Muar berhampiran Dataran Tanjung Emas di sini tengahari semalam Mayat wanita berusia 52 tahun ditemui...
Anggota Komando Dilaporkan Hilang Ketika Menjalani Latihan Di Pelabuhan Kuantan Ditemukan Lemas

Anggota Komando Dilaporkan Hilang Ketika Menjalani Latihan Di Pelabuhan Kuantan Ditemukan Lemas

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 230 hits
KUANTAN Seorang anggota komando dilaporkan hilang sejak Khamis lalu ketika menjalani latihan di Pelabuhan Kuantan di sini ditemukan lemas hari ini Mayat Koperal Mohd Haswansir Julnasir 30 ditemui jam 10 pagi tadi terdampar di tebing berbatu...
Wanita Yang Dilaporkan Hilang Ditemukan Lemas Di Sungai Muar

Wanita Yang Dilaporkan Hilang Ditemukan Lemas Di Sungai Muar

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 305 hits
Alias Abd Raniam hmetro com myMuar Misteri kehilangan wanita berakhir apabila mayatnya ditemui terapung dalam keadaan terlentang di Sungai Muar berhampiran Dataran Tanjung Emas di sini tengahari semalam Mayat wanita berusia 52 tahun ditemui...
Kereta Pempengaruh Hilang Ditemukan Terjunam Ke Dalam Sungai

Kereta Pempengaruh Hilang Ditemukan Terjunam Ke Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 338 hits
Lelaki yang dilaporkan hilang semalam itu bagaimanapun tidak dijumpai bersama Perodua Axia putih itu Perodua Axia milik pempengaruh permotoran Ija Nizaruddin ditemukan terjunam ke dalam Sungai Kampung Tui di Bukit Kepong Muar petang tadi PE...
Anggota Komando Hilang Ketika Latihan Ditemui Lemas Di Pelabuhan Kuantan

Anggota Komando Hilang Ketika Latihan Ditemui Lemas Di Pelabuhan Kuantan

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 521 hits
Seorang anggota komando yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu ketika menjalani latihan di Pelabuhan Kuantan ditemukan meninggal dunia pagi ini selepas usaha mencari selama empat hari Sorotan utama Mangsa dikenali sebagai Koperal Mohd Has...
Remaja Lelaki Tergelincir Di Sungai Ditemukan Lemas

Remaja Lelaki Tergelincir Di Sungai Ditemukan Lemas

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 180 hits
Remaja lelaki tergelincir di sungai ditemukan lemas Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat Mohamad Isyraf Danish di Sungai Kuantan Foto NSTP Muhammad Delima Atan KUANTAN Remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan terge...
Pemancing Hilang Di Laut Ditemukan Lemas

Pemancing Hilang Di Laut Ditemukan Lemas

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 266 hits
Pemancing hilang di laut ditemukan lemas Pemancing yang dilaporkan hilang ditemukan lemas di perairan Pulau Lakei Kuching Sarawak Foto ihsan Maritim Malaysia KUCHING Lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing bersama dua rakannya di per...
Warga Myanmar Pelajar Ucsi Hilang Sejak 9 Julai

Warga Myanmar Pelajar Ucsi Hilang Sejak 9 Julai

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 209 hits
FMT ReportersLaporan kehilangan Sithu Hpone Maw 20 diterima daripada wakil pengurusan UCSI University lima hari selepas kehilangannya Sithu Hpone Maw 20 berasal dari Myanmar adalah pelajar tahun dua jurusan seni bina di UCSI University PETA...
Hiburan Dilapor Hilang Lepas Kereta Dinaiki Terjunam Dalam Sungai Polis Giat Mencari Mangsa Ija

Hiburan Dilapor Hilang Lepas Kereta Dinaiki Terjunam Dalam Sungai Polis Giat Mencari Mangsa Ija

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 318 hits
Melalui laporan seorang lelaki yang bernama Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin atau mesra dipanggil sebagai Ija dilaporkan hilang selepas kereta yang dinaiki terjunam dalam Sungai Tui Bukit Kepong semalam Belum disahkan meninggal dunia Menur...
Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Saifuddin Joins Chorus Pushing For Muhyiddin Exit Wants Azmin Out Too

Kasih Pintu Belakang

Maiwp Tv Alhijrah Meterai Memorandum Persefahaman Lahirkan Projek Bangkit Sebagai Platform Transformasi Usahawan

Bila Mak Penat Emosi Apa Perlu Buat

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Flavorful Beef Jerky Glaze Recipe

Dia Belum Jumpa Lagi 4124 Aiza


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Modenas Z15gt Supermoped Malaysia Dengan Rekaan Arowana Teknologi Kawasaki

Kedai Ayam Gepuk Semakin Mendunia

Sekian Lama Nak Cuba Dapat Akhirnya Makan Di Bananabro Tapi Agak Terkilan

7 Aktiviti Harian Bakar Kalori Tanpa Sedar

Tuai Pisang Tanduk

Nak Cabut Gigi Tapi