Pekebun Rayu Kerajaan Negeri Lanjut Tempoh Kosong Kebun



KUANTAN - Kira-kira 70 pekebun dari Lembah Bertam, Cameron Highlands merayu Kerajaan Pahang mempertimbangkan semula notis pengosongan kebun di atas tanah kerajaan, sebaliknya meminta pihak terlibat membuka ruang penyelesaian dengan mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak.

Memorandum rayuan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut diserahkan dan diterima Setiausaha Menteri Besar, Nordin Ibrahim kira-kira jam 9 pagi tadi.

Wakil Pekebun, Khor See Keat berkata, notis dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang diterima pihaknya pada 10 Januari lalu kerana menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri, namun menyifatkan tindakan itu sukar dibuat walaupun diberi masa 30 hari berikutan tempohnya terlalu singkat, sedangkan jangkaan tuaian hasil kebun untuk musim ini kira-kira enam bulan lagi.

"Sekiranya lanjutan tempoh tidak diberikan, kami akan mengalami kerugian mencecah ratusan ribu selain hilang mata pencarian.

"Justeru hari ini, kami datang ke sini (Wisma Sri Pahang) untuk menyerahkan memorandum rayuan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail agar mempertimbangkan semula arahan notis yang dikeluarkan sebelum ini," katanya ketika ditemui di luar pekarangan Wisma Sri Pahang di sini.



Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri Teruntum, Sim Chon Siang dan 45 wakil pekebun terlibat.

See Keat berkata, dia yang merupakan generasi ketiga mengusahakan kebun di kawasan itu merayu kerajaan negeri melanjutkan tempoh enam bulan lagi supaya mereka dapat menuai hasil sebelum mengosongkan kebun yang kini ditanam dengan pelbagai jenis sayuran dan bunga.

Sementara itu, seorang lagi wakil pekebun, Tan Kok Khiang turut berharap sesi dialog dapat diadakan antara pekebun dan wakil kerajaan Pahang bagi membincangkan permasalahan itu.

Katanya, pihak pekebun juga merayu agar jarak pengambilan tanah rezab jalan bagi kebun-kebun terlibat dikaji semula kerana berdasarkan penguatkuasaan sedia ada kini, jarak itu agak luas dan menjejaskan keluasan tapak kebun sesetengah pekebun terlibat.

"Kami mencadangkan agar dilakukan proses penempatan semula secara teratur kepada pekebun terlibat ke lokasi baharu atas cadangan kerajaan negeri di kawasan berdekatan agar kami dapat meneruskan aktiviti ini," katanya.

Sementara itu, Chon Siang berharap kerajaan negeri mempertimbangkan dan mengambil kira rayuan pekebun tersebut.

Beliau tidak menghalang langkah diambil kerajaan negeri itu, namun berharap kerajaan negeri menggunakan budi bicara dengan melihat isu tersebut dari pelbagai sudut demi kepentingan rakyat.

"Kawasan terlibat belum ada perancangan pembangunan dalam masa terdekat, justeru wajar agar tempoh pengosongan itu dilanjutkan supaya hasil tanaman mereka sempat dituai," katanya.

Pada 16 Januari lalu, Ops Lestari 2 dilancarkan bagi menggempur aktiviti penerokaan tanah secara haram di kawasan tadahan air Kuala Terla, Sungai Ichat di Cameron Highlands.

Tindakan penguatkuasaan dijalankan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dibantu beberapa agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu merupakan kesinambungan kepada Op Lestari sebelum ini.

Usaha itu bagi memulihkan sumber air mentah terutamanya Sungai Ichat yang tercemar teruk akibat penerokaan tanah secara haram bagi tujuan pertanian. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/02/pekebun-rayu-kerajaan-lanjut-tempoh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manifesto Ph Mansuh Tol Atau Lanjut Tempoh Konsesi Najib Soal Tony Pua

Manifesto Ph Mansuh Tol Atau Lanjut Tempoh Konsesi Najib Soal Tony Pua

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 228 hits
Najib Razak membalas kritikan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Tony Pua berhubung isu pengurangan kadar tol Lebuhraya PLUS dengan mempersoalkan apakah manifesto Pakatan Harapan mahu menghapuskan tol atau melanjutkan tempoh konsesi Najib ...
Kerajaan Negeri Yayasan Petronas Rai Golongan Cina Kurang Berkemampuan

Kerajaan Negeri Yayasan Petronas Rai Golongan Cina Kurang Berkemampuan

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 170 hits
Ribuan masyarakat Cina berkumpul bersama kepimpinan negeri dan PETRONAS dalam Sentuhan Kasih KEMAMAN 6 Februari Kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Petroliam Nasional Berhad menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada 400 p...
Kerajaan Negeri Tetap Harga Ambang Hartanah Untuk Warga Asing

Kerajaan Negeri Tetap Harga Ambang Hartanah Untuk Warga Asing

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 383 hits
BATU CAVES 24 JAN Harga ambang bagi pembelian hartanah oleh warga asing dikurangkan kepada RM1 5 juta bagi jenis strata dan RM2 juta untuk bunglo atau rumah berkembar berkuat kuasa 1 Januari lalu kata Dato Seri Amirudin Shari Dato Menteri B...
Jawatan Kosong Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan

Jawatan Kosong Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 640 hits
Jawatan Kosong Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan Portal kerja kosong terkini ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada mereka yang berm...
Kerajaan Negeri Rancang Pakej Pelancongan Daerah Marang

Kerajaan Negeri Rancang Pakej Pelancongan Daerah Marang

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 400 hits
Ustaz Ariffin melepaskan itek untuk program menangkap itik Sempena Festival Pecah Panggong Dataran Batu Putih Marang MARANG 8 Februari Kerajaan negeri merancang mengadakan pakej pelancongan khusus mengenai daerah Marang termasuk Dataran Bat...
Dprd Pelalawan Minta Pt Psj Ganti Kebun Sawit Petani Yang Dieksekusi

Dprd Pelalawan Minta Pt Psj Ganti Kebun Sawit Petani Yang Dieksekusi

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 257 hits
Pemulihan atau eksekusi lahan sawit seluas 3 323 hektare milik petani dan perusahaan PT PSJ di Desa Gondai Kecamatan Langgam Kabupaten Pelalawan Riau masih berlangsung Anggota DPRD Pelalawan Abdul Nasib meminta PT PSJ mengganti lahan kebun ...
Laungan Pecat Zuraida Bergema Di Negeri Tok Gajah Kartel Di Kuala Terengganu Tergamam

Laungan Pecat Zuraida Bergema Di Negeri Tok Gajah Kartel Di Kuala Terengganu Tergamam

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 450 hits
TERKINIZulimran NasutionLAUNGAN PECAT ZURAIDA BERGEMA DI NEGERI TOK GAJAH KARTEL DI KUALA TERENGGANU TERGAMAM Bagai menyahut laungan kemenangan setelah kegagalan Naib Presiden KEADILAN Zuraida Kamaruddin menghantar sendiri surat tunjuk seba...
Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Should You Fly Through Newark Airport Here S What You Need To Know

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Mykasih Sumbangan Asas Rahmah

Saifuddin Bidas Kenyataan Rafizi Pkr Wujud Disebabkan Insiden Terhadap Anwar

10 Essential Roles Of An Insurance Agent

Proses Blog Recovery Www Siinurul Com


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayou Lagoon Park Resort

Iman Rabbit Farm

Buah Cempedak Buat Cempedak Goreng Simple Tapi Sedap

Rakam 16 000 Gambar Wanita Buang Hajat Pemuda Berusia 20 An Ditahan

Kes Hfmd Negara Meningkat Melonjak Ke 266 Peratus Kkm

Tragedi Fru Di Teluk Intan Imbau Kenangan Hitam Lebuhraya Karak 1990