Peguam Muslim Tanya Masing Kenapa Nak Nafikan Hak Merayu



Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar hari ini menegaskan sistem perundangan negara memberikan ruang dan hak kepada setiap pihak yang kalah dalam kes mahkamah untuk mengambil tindakan susulan.
Dia berkata begitu selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan penganut Kristian Sarawak berhak menggunakan kalimah “Allah” bagi tujuan pendidikan dan keagamaan.

Mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing bahawa ahli politik Umno dan PAS tidak perlu masuk campur urusan kehakiman negara dalam isu tersebut, Zainul Rijal berkata, tidak ada sesiapa boleh menafikan hak pihak yang gagal mendapatkan kejayaan dalam satu-satu kes perundangan untuk mengambil tindalan lanjut.
“Kita perlu melihat kepada sistem perundangan kita. Sistem perundangan kita memberikan ruang dan juga hak kepada pihak-pihak yang kalah di dalam satu-satu litigation itu untuk merayu.
“Kenapa kita nak menafikan hak orang yang tidak mendapat kejayaan di mahkamah tinggi untuk merayu?” soalnya.
“Sama ada rayuan itu dibenarkan atau tidak, itu adalah perkara yang kedua, tetapi hak itu diberikan oleh undang-undang, ia bukan satu kesalahan proses,” katanya lagi dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Masing hari ini membidas pemimpin Umno dan PAS kerana membuat gesaan agar kerajaan merayu keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah “Allah”.
Masing berkata ahli politik kedua parti itu tidak patut mencampuri urusan kehakiman negara. Dia juga berkata tuntutan Umno dan PAS itu sebagai tidak masuk akal.
Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan kerajaan melakukan kesilapan dalam mengeluarkan larangan penggunaan kalimah “Allah” kepada masyarakat bukan Islam pada 1986.
Mengulas lanjut keputusan mahkamah berhubung isu kalimah Allah, Zainul Rijal yang juga timbalan pengerusi Pembela turut mendesak semua pihak yang berkaitan dengan prosiding tersebut supaya membawa keputusan terbabit ke Mahkamah Rayuan.
“Dan pihak-pihak majlis agama Islam yang masih belum menjadi pihak kepada prosiding ini boleh memohon untuk mencelah.
“Selain daripada itu saya juga mendesak pihak majlis agama Islam atau pun pihak-pihak dalam prosiding tersebut memfailkan rayuan memohon kepada mahkamah tinggi menggantung keputusan membenarkan penggunaan kalimah ini sementara menunggu keputusan mahkamah rayuan kelak,” tambahnya. Mk

The post Peguam Muslim tanya Masing: Kenapa nak nafikan hak merayu? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/11/peguam-muslim-tanya-masing-kenapa-nak-nafikan-hak-merayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hak Umat Islam Nak Sebut Allah Boleh Tapi Jangan Seleweng

Hak Umat Islam Nak Sebut Allah Boleh Tapi Jangan Seleweng

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 325 hits
BANGI 1 Syaaban 1442H Ahad Umat Islam diajak untuk bersama sama membina gelombang kebangkitan ummah bagi menolak golongan bukan muslim mengunakan kalimah kalimah suci agama Islam Gesaan itu disuarakan Presiden Persatuan Kebajikan Darul Isla...
Hiburan Eshaal Dah Tanya Bila Nak Ada Adik Stacy Tak Tolak Rezeki Jika Hamil Lagi

Hiburan Eshaal Dah Tanya Bila Nak Ada Adik Stacy Tak Tolak Rezeki Jika Hamil Lagi

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 748 hits
Penyanyi yang sering beraksi lincah di atas pentas Stacy Anam mengakui sama sekali tidak akan menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata lagi Sumber Instagram Stacy Anam Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam turut berkat...
Kah Tanya Soalan Yang Benar Pun Takkan La Nak Marah Kot

Kah Tanya Soalan Yang Benar Pun Takkan La Nak Marah Kot

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 179 hits
Jangan marah KHAIRIL NIZAM nanti kena jual Exco Pemuda Umno tanya soalan valid tu apa guna jadi duta timur tengah kalau tak buat kerja Kalau tak buat kerja boleh saja berhenti dari ambil elaun Tanya soalan yang benarpun marah siap nak berde...
Semua Benda Anak Nak Buat Sendiri Layankan Saja Fasa Individuating Baru Anak Berdikari

Semua Benda Anak Nak Buat Sendiri Layankan Saja Fasa Individuating Baru Anak Berdikari

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 345 hits
Hari demi hari anak kecil kita sudah semakin bijak mempamerkan rasa hatinya Tidak terkecuali mahu mencuba semua perkara sendiri tanpa bantuan Ada sahaja yang ingin dicubanya seperti makan sendiri dan sebagainya Menurut seperti yang dikongsi...
Isma Yusoof Dedah Diri Sebenar Tak Nak Jadi Munafik

Isma Yusoof Dedah Diri Sebenar Tak Nak Jadi Munafik

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 674 hits
Pengarah dan pelakon Isma Yusoof sebelum ini pernah membuat pendedahan mengejutkan memaklumkan dirinya menghidap penyakit mental yang dikenali bipolar disorder sejak 2009 Malah penyakit yang dialaminya itu juga menyebabkan perubahan emosi y...
Sesen Pun Bale Tak Nak Kurang Mahu Gaji Rm3 34 Juta Seminggu Walaupun Terus Dipinjamkan Ke Spurs

Sesen Pun Bale Tak Nak Kurang Mahu Gaji Rm3 34 Juta Seminggu Walaupun Terus Dipinjamkan Ke Spurs

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 261 hits
Bintang Real Madrid Gareth Bale mengulangi pendiriannya bahawa dia tidak mahu kurang walau sesen pun gajinya Buat masa ini Real Madrid dan Spurs tongtong membayar gaji pemain antarabangsa Wales itu The Mirror melaporkan bahawa Real Madrid m...
Ooo Patutlah Parlimen Tidak Boleh Nak Bersidang

Ooo Patutlah Parlimen Tidak Boleh Nak Bersidang

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 343 hits
Meskipun Istana Negara dalam satu kenyataan baru baru ini menyatakan sidang Parlimen boleh diadakan dalam perintah darurat namun separuh daripada ahli Parlimen berada dalam kumpulan berisiko tinggi kerana berumur lebih 60 tahun kata Menteri...
Video Rasuah Kau Degil Nak Kena Mak Cakap Jangan Ambil

Video Rasuah Kau Degil Nak Kena Mak Cakap Jangan Ambil

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 267 hits
Jangan lukakan hati ibu anda dengan terlibat kegiatan rasuah begitu pesanan mesej kempen antirasuah yang dilancarkan Sinar Harian Kempen dalam talian berjudul Mak kata jangan digerakkan Pasukan RasuahBusters memaparkan tiga video dalam baha...
Punya Membazir Duit Rakyat Angkut Segala Mak Nenek Ke Kelantan Sempena Menteri Nak Lawat Kelantan

Punya Membazir Duit Rakyat Angkut Segala Mak Nenek Ke Kelantan Sempena Menteri Nak Lawat Kelantan

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 363 hits
Info menteri nak lawat Kelantan habis diangkut segala setiusaha dengan kereta rasmi seorang sebiji Perabih duit rakyat Di bawah komen orang yang bagi info Tengok betapa bangsatnye menteri ni Takde menteri yang angkut PA SUSK siap dapat driv...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik