Pegawai Invoke Ditahan Memiliki Penyalahgunaan Dadah


Tiga individu penting dalam Invoke Malaysia (Invoke) yang dimiliki oleh Rafizi Ramli ditahan polis, malam tadi kerana disyaki memiliki dan penyalahgunaan dadah.

Perkara itu disahkan oleh ketua polis ibu pejabat daerah (IPD) Sentul, S Shanmugamoorthy ketika dihubungi FMT, hari ini.

Beliau berkata, penahanan itu dibuat berhubung kes penyalahgunaan dan memiliki dadah.

“Tiga suspek berprofil tinggi itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Sentul, berkenaan kes penyalahgunaan dan memiliki dadah malam tadi,” katanya.

Tinjauan di laman web Invoke mendapati ketiga-tiga suspek masih bekerja di Invoke Malaysia Sdn Berhad. Syarikat itu dinaungi oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

“Suspek terbabit memegang jawatan sebagai pegawai eksekutif komersial dan pereka grafik di syarikat tersebut,” kata Shanmugamoorthy.
Tambah Shanmugamoorthy, tangkapan dibuat selepas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik menerima laporan berhubung kegiatan 3 suspek tersebut di sebuah unit kondominium di Dex Suites Kiara East, Sentul.

Katanya, suspek akan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Akta tersebut membawa hukuman maksimum mandatori gantung sampai mati jika didapati bersalah memiliki lebih daripada 200g atau lebih berat ganja,” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi, Rafizi berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai tangkapan itu dan telah menyerahkan perkara tersebut kepada peguam syarikat untuk mendapat maklumat lanjut daripada pihak polis.

Beliau berkata, beliau hanya mengetahui perkembangan itu daripada laporan media bahawa 2 kakitangan dan seorang bekas kakitangan Invoke ditahan polis pagi tadi atas tuduhan bersabit ganja.

Rafizi berkata, perkara yang berlaku di luar waktu pejabat adalah urusan peribadi kakitangan beliau.

“Jika berlaku sebarang pelanggaran disiplin yang bertentangan dengan tata cara perkhidmatan (semasa waktu bekerja atau di luar waktu kerja), pelanggaran itu akan dibawa kepada proses disiplin di tempat kerja mengikut undang-undang buruh dan dasar syarikat,” katanya.

Rafizi menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menguruskan siasatan kes ini (dan tindakan lanjut) seperti kes lain.

“Mana-mana majikan di dalam dunia ini tidak bertanggungjawab atas sebarang tindakan yang diambil pekerja di luar waktu pejabat,” katanya

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/03/pegawai-invoke-ditahan-memiliki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Serah Pada Peguam Kes Kakitangan Invoke Ditahan Berkaitan Dadah

Rafizi Serah Pada Peguam Kes Kakitangan Invoke Ditahan Berkaitan Dadah

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 449 hits
KUALA LUMPUR Pengendali Invoke Malaysia Rafizi Ramli menyerahkan kepada peguamnya bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan penahanan pekerjanya yang dikaitkan dengan dadah Rafizi yang juga Naib Presiden PKR dalam satu kenyataan berk...
Padah Menfitnah Kerajaan Bn Kakitangan Invoke Positif Dadah

Padah Menfitnah Kerajaan Bn Kakitangan Invoke Positif Dadah

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 360 hits
Dua kakitangan dan seorang bekas pekerja firma penyelidikan data Invoke Malaysia yang ditahan bersama sejumlah dadah di sebuah unit kondominium di Taman Mutiara Jinjang pada Ahad lalu disahkan positif dadah jenis ganja Ketua Polis Kuala Lum...
Jadi Tersangka Penganiaya Pegawai Kpk Sekda Papua Tak Ditahan Karena Kooperatif

Jadi Tersangka Penganiaya Pegawai Kpk Sekda Papua Tak Ditahan Karena Kooperatif

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 434 hits
Sebelumnya penyidik Jatanras Polda Metro Jaya menetapkan status tersangka kepada Sekretaris Daerah Papua Hery Dosinaen Penetapan tersangka ini diambil usai melakukan gelar perkara
Dua Kakitangan Invoke Malaysia Ditahan Miliki Ganja

Dua Kakitangan Invoke Malaysia Ditahan Miliki Ganja

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 445 hits
KUALA LUMPUR Polis menahan tiga individu dipercayai memiliki sejumlah dadah jenis ganja dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Taman Mutiara Jinjang dekat sini tengah malam tadi Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamo...
Nabi Ini Memiliki 100 Istri Dan Hikmahnya

Nabi Ini Memiliki 100 Istri Dan Hikmahnya

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 808 hits
Nabi ini Memiliki 100 Istri dan Hikmahnya Benarkah Nabi Sulaiman memiliki 100 istri Lalu apa hikmahnya jumlah istrinya banyak Jawab Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah wa ba du Mengenai jumlah istri Nabi Sulaiman alaihis salam d...
Peluang Untuk Memiliki Huawei Mate 20 Pro Pada Rm600 Lebih Murah Mulai 1 Mac

Peluang Untuk Memiliki Huawei Mate 20 Pro Pada Rm600 Lebih Murah Mulai 1 Mac

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 345 hits
Baru baru ini Huawei Mate 20 Pro telah dinobatkan sebagai telefon pintar terbaik di acara Mobile World Congress 2019 Ia tidak mengejutkan kerana sehingga kini masih tidak ada mana mana telefon lain yang mampu menandingi kehebatan peranti in...
Rumawip Memberikan Kemudahan Memiliki Rumah Kepada Penduduk Wilayah Persekutuan

Rumawip Memberikan Kemudahan Memiliki Rumah Kepada Penduduk Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 438 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sejak kebelakangan ni memang selalu juga melihat rakan rakan mula melihat pameran pemaran hartanah untuk mendapatkan rumah pertama mereka Memang seronok bila melihat rakan rakan sebaya atau lebih muda sud...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer