Peeniagaan Yang Gagal
Aidil Azwal Zainuddin
1) Saja nak tumpang sekali komen berkenaan business Ustazah Ustazah Asma' Harun yg ditutup. Pakat viral merata dan semua orang pakat komen. Siap perli doa tambah rezeki tak menjadi walaupun Ustazah.
2) Dalam dunia business, ada satu prinsip. “Businessman yg bagus tahu bila untuk memulakan sesuatu business, businessman yg cemerlang tahu bila untuk menutup sesuatu business”.
Dalam berniaga benda paling “annoying” apabila kita bertemu manusia tak praktikal dan tak realistik. Bukan maksud tidak ada optimis dalam membina perniagaan tetapi optimisnya tanpa usaha yg praktikal. Grup ni annoying sangat-sangat kalau jumpa. Challenge itu normal dalam business tapi jangan harapan palsu tanpa realiti. Mana ada business tak dak challenge tapi jangan tak realistik.
Saya kalau bertemu ahli perniagaan (minta sponsor atau investment) dan saya tanyakan status businessnya, lalu dalam perbentangan semua dia cerita positif. Tau dah scammer dan tak dak kekuatan minda as Usahawanan untuk menerima struggle dalam membina perniagaan. Nampak sangat bohong semuanya lancar. Tak logik langsung. Kalau semua ok, bank tak perlu wujud dalam dunia ni untuk bagi loan dll. Ni jenis mamat significant semua nak kena nampak cantik. Cerita gegar nampak semua cun. Bohong aih hahaha. Bila nak cerita masalah berasa berat lidah ala-ala maruah jatuh. Akhlak camni tak layak berniaga.
Manusia annoying ni, apabila sampai masa dibentang hujah dan fakta oleh team untuk menutup sebuah perniagaan atau usaha tertentu, dia diam dan tak mahu tutup. Kita tanya sebab apa? Dijawab tanpa fakta, “malu la dengan orang nanti orang kata saya gagal”. Kesannya, dia korek lubang merata untuk meneruskan usaha yg sedia maklum gagal. Usaha ini tidak menjadikan dia berjaya hanya akan menjadikan keadaan lebih parah dan masalah menjadi tidak terkawal.
3) Bagi orang yg ada otak, apabila bertemu Usahawan yg berani menutup perniagaan apabila fakta dan realiti menuntut ia dilakukan, itu kebijaksanaan dan kecemerlangan dalam mengurus business. Sudah pasti apabila sesuatu business itu ditutup ia datang dari pelbagai faktor sama ada dalaman dan luaran. Faktor itu diambil pelajaran dan diperbaiki di masa hadapan. Perbaiki segala kelemahan yg ada pada diri dan business yg lalu.
4) Bila netizen bersorak keputusan tutupnya business setelah fakta menunjukkan ia perlu ditutup, kita tahu komen sebegitu bukan kategori waras. Walaupun begitu komen-komen yg boleh kita pelajari untuk mengatasi isu dalaman dan luaran kenapa business itu gagal, kita kutip dengan hati terbuka.
5) Ramai yg selalu bangga bila mereka tahu melihat peluang dan memulakan sesuatu perniagaan kemudian mencipta keuntungan. Realiti level itu hanya dianggap bagus, cemerlang dalam perniagaan adalah keupayaan untuk tahu bila untuk menghentikan.
Bila otak sentiasa dalam mode berani menghentikan sesuatu setelah business bergerak, kita akan sentiasa berhati-hati dan melakukan perkara dengan betul.
Optimis hanya ketika mencari peluang untuk memulakan perniagaan, apabila sudah menggerakkan perniagaan kena ada mode pesimis supaya kita tidak tenggelam dalam mode syok sendiri dan membinasakan diri kita nanti.
Melihat perniagaan ditutup apabila ia diperlukan, kita tahu pemilik itu waras, bijaksana dan realistik. Orang sebegini apabila dia mahu mulakan semula sebuah perniagaan di masa depan, rate kejayaan di masa hadapan semakin tinggi. Orang sebegini perlu dimasukkan dalam list calon-calon boleh berjaya di masa hadapan.
Saya teringat ada seorang “Pelabur”, dia hanya melabur kepada Usahawan yg pernah jatuh terduduk sahaja. Fresh berniaga dia suruh amik duit kerajaan hahah. Dia kata kerajaan depa tak kisah Usahawan gagal dan mereka pun tak kisah jahanamkan duit Negara. Ayat dia ganas tapi pada satu sudut ada realiti.
6) Apapun dari sini juga kita pelajari, populariti bukan indicator kejayaan. Terlalu banyak faktor yg menjadikan satu kejayaan itu sebuah kejayaan. Semua daripada kita pelengkap diantara satu sama lain dan kerjasamalah dalam semua perkara untuk membina manfaat kepada masyarakat, Agama dan Negara.
Semua kita tak perlu perasan kejayaan berlaku itu berpunca daripada kita secara “solid”. Besar atau kecil sebuah kejayaan ia datang dari pelbagai faktor. Kalau bahasa Hadis “Kamu diberi rezeki dan pertolongan disebabkan ada insan yg lemah dikalangan kamu”. Ada simpati daripada Allah dan ihsan orang ramai yg menjadikan kamu berjaya. Bukan sebab kita bijak dan pandai semata.
7) Saya ada temukan beberapa tokoh popular (bukan Ustazah Asma’). Dia kalut nak berniaga sendiri sebab dia rasa kalau buat dengan orang lain, orang tumpang populariti dia dan ambil untung daripada populariti dirinya. Takut kena scam dan tak dibayar setimpal kononnya. Tetapi, apabila gagal, dialah juga manusia paling tak sanggup hadapi masalah dan kesan kejatuhan sebuah perniagaan lebih-lebih lagi kejatuhan reputasi.
Sunnatullah, Allah menjadikan semua kita memerlukan diantara satu sama lain. Tiada yg sempurna. Jadi tak payah syok sangat tengok orang lain tutup business. Dia jatuh hari ini, esok lusa dia boleh bangun semula. Minda yg seronok tengok kegagalan orang lain, minda ini sampai bila-bila takkan terbangun.
Saya tabik kat Ustazah Asma’ boleh buat live tutup restoren. Kalau orang lain, mau buat diam-diam sahaja. Dia berani setahap ni, cabaran lain dah jadi kecil. Insya Allah, di masa hadapan beliau akan semakin berjaya.
P/s: Mungkin berkat doa beliau untuk sentiasa tambah rezeki dan beroleh rezeki berkat, dia dah stop business bila perlu. Kalau tak doa, kemungkinan buat tindakan bodoh meneruskan business yg patut ditutup dan hasilnya habis semua rezeki-rezeki yg ada. Doa yg dipohon memelihara dia dan keluarga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/03/peeniagaan-yang-gagal.html