Pecah Semakin Parah


Namanya tidak jauh beza - Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Warnanya juga sama iaitu merah. Sebagai parti serpihan, kebanyakan anggota Bersatu pastinya datang daripada Umno
Pada awal perhimpunan agung tahunan Bersatu Jumaat lalu, ramai menjangka ia akan berkisar tentang cabaran itu - dalam begitu banyak persamaan, bagaimana Bersatu ingin membezakan dirinya daripada Umno
Namun selepas tiga hari berlangsung, terlihat satu lagi cabaran yang mendepani Bersatu untuk terus bergerak ke depan, iaitu tidak menjadi Umno
Ia dapat dilihat dalam pertembungan dua golongan dalam parti - di satu kutub, golongan 'tua' yang masih dibayangi budaya lama Umno dan di satu kutub lagi golongan 'muda' yang tidak mahu sama sekali disamakan dengan parti itu
Ironinya kemasukan anggota baru daripada Umno dibangkang hebat oleh sebahagian dalam parti itu atas sebab tidak mahu budaya itu menyusup ke dalam Bersatu
Pertembungan dua golongan itu dapat dilihat jelas ketika sesi penggulungan ketua pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan naib presiden Ab Rashid Ab Rahman
Syed Saddiq dilihat berang apabila ada perwakilan yang secara terbuka menggesa kontrak kerajaan diberikan kepada anggota parti
"Tengok Umno dulu pun tak berani bincang perkara seperti ini di khalayak umum. Mana maruah kita?"Tidak lama kemudian, Ab Rahman - tanpa menyebut Syed Saddiq secara khusus - menyifatkan bantahan terhadap gesaan perwakilan itu sebagai "pandangan bodoh"
"Dalam PRU kita kena menang by hook or by crook - dengan apa cara sekalipun - kita kena menang."Kedua-duanya menerima sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan
Muda lawan tuaPertembungan dua golongan itu juga terlihat dalam soal pengambilan pemimpin dan anggota Umno ke dalam parti itu
Sementara perbahasan dibuat secara tertutup, isu yang dibahaskan dibangkitkan pemimpin ketika sesi penggulungan hari ini
Kemasukan mereka dibimbangi meminggirkan pemimpin di kalangan golongan muda yang merangkumi 65 peratus keahlian parti
Peminggiran bakat muda merupakan isu yang sering dikaitkan dengan Umno
Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad hari ini meluahkan kekecewaannya apabila mendapat aduan peminggiran ini telah berlaku dan berkata parti itu akan mengikut jejak langkah Umno jika ia berterusan
Bagaimanapun kedua-dua golongan ini bersetuju dalam satu perkara - dan ia perkara yang membezakannya dengan Umno - iaitu agenda Melayu-Bumiptera perlu kekal sebagai asas perjuangan
Namun ia bukanlah sama seperti apa yang turut dibawa Umno, sekurang-kurangnya dari segi retorik
Tongkat yang berbezaJika ketika perhimpunan agung Umno retorik Ketuanan Melayu yang sering digunakan, perhimpunan Bersatu lebih menyebut kepada Melayu yang memerlukan
Jika Umno melihat 'tongkat' sebagai pusaka yang tidak boleh dipersoal sama sekali, Bersatu melihatnya sebagai keperluan untuk membantu Melayu untuk berjalan. Apabila sudah mampu berlari, ia akhirnya tidak diperlukan lagi
“Bagi yang lemah, tongkat boleh membantu. (Tapi) Bantuan seperti ini tidak harus dikekalkan. Apabila sahaja kekuatan kembali tongkat perlu digugur,” kata Mahathir, yang konsisten mengatakannya sejak sedekad yang lepas. Melihat kepada realiti politik, ia adalah pendekatan strategik
Ia penting bagi meraih sokongan orang Melayu. Bersatu perlu memperjuangkan apa yang dikehendaki orang Melayu dan Bumiputera
Jika tidak, sokongan Melayu akan dirampas dua parti yang kini dilihat semakin 'kanan' dalam politik Melayu iaitu Umno dan PAS
Di saat Umno dan PAS memberi tumpuan kepada sokongan - atau dengan kata lain, undi - Melayu, Bersatu faham hakikat kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU lalu adalah hasil sokongan pelbagai kaum dan kedudukannya dalam gabungan tidak sama seperti Umno dalam BN
Maka parti itu sentiasa berhati-hati untuk tidak menyinggung kaum lain dalam retorik Melayunya
Ia realiti yang perlu didepani Bersatu, di tengah-tengah parti komponen dan penyokong PH dan cabaran yang dikemuka Umno dan PAS
Laporan ini disediakan oleh M Fakhrull HalimsumberHujung hujung cerita menyamun jugak ler..!Di dalam PKR pun nampaknya Azmin sudah tidak mampu menyembunyikan ketegangan hubungan dengan ANwar.Anwar semakin tertunjal dah sekarang ni.Dulu, masa Anwar di dalam penjara, mereka sanggup membakar lilin meraung diluar dinding penjara menggunakan nama Anwar dan keluarga.Sekarang, Anwar dah keluar penjara, dah jadi MP PD, dah jadi Presiden parti malah dah dinamakan sebagai PM in waiting...Anwar disepak terajang, dijentik ditunjal..!Politik beb..Itu hebatnya Malaysia ni.Seorang kawan saya berbangsa Cina, suatu hari bertanya kepada saya berkenaan Azmin Ali. Saya menyatakan, andai kamu orang Cina berbangga dengan kehebatan Sun Tzu dalam seni perang, kami dari kalangan orang Melayu ada Azmin Ali
Antara hujah saya, Sun Tzu pernah mengeluarkan teori menarik dalam perang, iaitu kemampuan membunuh musuh politiknya menggunakan pisau musuh. Demikian juga kelebihan pada politik Azmin
Semasa Khalid Ibrahim menjadi menteri besar, orang yang mula-mula bangkit keraguan terhadap pengurusan kewangan kerajaan Selangor adalah Azmin
Tetapi, pada masa itu, orang tidak ambil peduli sangat. Akhirnya, yang berkempen untuk jatuhkan Khalid adalah Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution
Lebih menarik, walaupun nak dicadangkan nama lain sebagai menteri besar Selangor selepas kejatuhan Khalid, tetapi yang jadi menteri besar adalah Azmin. Rafizi dan Saifuddin pula terpalit dengan "kotoran" serangan terhadap Khalid
'Kebijaksanaan Azmin'Kebijaksanaan politik cara Azmin lebih terserlah, apabila beliau pandai memposisikan diri dan pandai mengambil peluang untuk keuntungan politik beliau, selain bijak memanfaatkan testimonial untuk kelangsungan politik beliau
Kalau kita mahu melariskan barang jualan kita, antara mekanismanya adalah testimonial. Iaitu, barangan kita dipegang oleh seorang artis terkenal. Demikian juga, kebijaksanaan Azmin dalam testimonial politik, iaitu beliau selalu mengungkapkan bahawa beliau adalah orang yang paling setia dengan Anwar
Dengan ungkapan itu, beliau semakin berjaya membina keyakinan ahli PKR terhadap karakter dirinya
Bukan sekadar dalaman PKR, malahan setelah beliau menjadi menteri hal ehwal ekonomi, beliau cuba buktikan kepada awam bahawa beliau ada kelebihan berbanding Anwar. Itu dapat dilihat dalam ucapan beliau dalam parlimen dan sebarang ucapan beliau yang dihadiri Anwar sama
Kebijaksanaan Azmin dalam politik juga dapat dilihat, apabila beliau amat pandai untuk menentukan masa bila nak bercakap, dan masa bila dia perlu berdiam diri. Ini berbeza dengan Anwar dan Rafizi
Sebab itu, semasa pemilihan sedang berlaku - Rafizi melawan Azmin - beliau banyak diam. Apabila Rafizi banyak sangat bercakap menyebabkan lahir persepsi bahawa Rafizi kelihatan seperti meroyan. Dari satu sisi, beliau berjaya mencipta imej buruk pada musuh politik beliau
'Anak Ibrahim seterusnya'Selepas beliau diumumkan menang jawatan Timbalan Presiden PKR, ucapan beliau nampak macam sindir Rafizi, tetapi sebenarnya beliau sindir Anwar. Kita dapat dengar, apabila nada suara beliau agak lain sikit ketika sebut pada nama "Ibrahim"
Yang lawan beliau dalaman parti yang kalah, semuanya berbinkan Ibrahim - Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim. Bermakna, yang bakal kalah lepas ini adalah Anwar Ibrahim. Tetapi, dia sebut nama Rafizi kerana dia amat halus dalam menyindir
Azmin tak akan mahu musuh beliau dari kalangan orang yang banyak mulut. Maka dengan sebab itu, semalam beliau nyatakan yang beliau tak setuju Rafizi berada dalam jawatankuasa tertinggi PKR. Mungkin kita kata beliau tak suka berdebat, tetapi sebenarnya, beliau tak mahu masa beliau terbuang dalam agenda melaksanakan apa yang beliau mahu
Semasa pemilihan PKR berlaku, beliau kata beliau tak ada masalah bekerjasama dengan Rafizi. Itu ucapan politik beliau sahaja. Sepertimana ucapan politik beliau yang beratus kali beliau kata, beliau setia dengan Anwar
Dalam jangka masa yang begitu lama, beliau sudah berjaya membina pengaruh dalaman PKR. Lebih menarik, apabila beliau berjaya mengurangkan rasa hormat dan pengaruh Anwar dalam PKR. Dia berjaya menampilkan beberapa sikap Anwar yang akhirnya, kelemahan Anwar dilihat ramai. Kejayaan itu amat terserlah, apabila sudah ada serangan terbuka yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR terhadap Anwar. Dengan bantahan beliau semalam, itu lambang beliau dah bersedia untuk menunjukkan perlawanan beliau terhadap Anwar
Anwar kena ingat bahawa dia bakal dihabiskan oleh Azmin. Dua anak Ibrahim (Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim) telah dia muziumkan. Kini tinggal satu lagi anak Ibrahim yang perlu dia muziumkan, iaitu Anwar
Di atas kertas, calon perdana menteri adalah Anwar. Tetapi dari sudut perancangan tersusun, Azmin adalah perdana menteri Malaysia selepas Mahathir
Sebelum ini, perdana menteri yang paling lama adalah Mahathir, iaitu semasa menjadi perdana menteri keempat.. Selepas ini, PM yang paling lama adalah Azmin. Kalau Anwar nak selamat, dia lawan Azmin itu sendiri memberi bahaya pada masa depan politik Anwar. sumberSeperkara lagi, takkan mereka nak benarkan kaki jub dan kaki china doll yang satu dunia dah nampak punai bengkoknya jadi pieemmm..!Siapa?Lu Fikir La Sendiri..!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2018/12/pecah-semakin-parah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanggapi Prabowo Ruhut Sebut Korupsi Paling Parah Di Era Orde Baru

Tanggapi Prabowo Ruhut Sebut Korupsi Paling Parah Di Era Orde Baru

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 183 hits
Mantan politisi Partai Demokrat Ruhut Sitompul menanggapi pernyataan Calon Presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto soal korupsi di Indonesia seperti kanker stadium 4 Ruhut menyebut apa yang disampaikan Prabowo adalah hoaks
Lelaki Parah Ditetak Kerana Berebut Awek

Lelaki Parah Ditetak Kerana Berebut Awek

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 721 hits
Lelaki parah ditetak kerana berebut awekSeorang lelaki parah ditetak dipercayai kerana berebut wanita dalam kejadian jam 8 30 malam di Bukit Belok Bintangor kelmarin Mangsa yang berusia 37 tahun patah di kedua dua belah tangan dan luka di l...
Bn Makin Parah Seorang Lagi Tumbang Lepas Kalah Pru 14

Bn Makin Parah Seorang Lagi Tumbang Lepas Kalah Pru 14

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 323 hits
BN MAKIN PARAH SEORANG LAGI TUMBANG LEPAS KALAH PRU 14 Penganalisis politik Dr mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengarah Institut Kajian Politik Malaysia di Universiti Utara Malaysia Kamarul ketika menjawab pertanyaan di Facebook tenta...
Lelaki Parah Ditetak Suspek Samun Di Plaza Sinar Suria Sentul

Lelaki Parah Ditetak Suspek Samun Di Plaza Sinar Suria Sentul

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 409 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki yang juga mangsa samun cedera parah akibat ditetak menggunakan sebilah kapak ketika mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik sebuah bank di Plaza Sri Sinar Segambut semalam Dalam kejadian pukul 8 30 pagi itu...
Agar Cintamu Semakin Membara

Agar Cintamu Semakin Membara

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 291 hits
Agar Cintamu semakin Membara Bagaimana membangun perasaan agar semakin mencintai Allah terlebih dengan adanya kenikmatan dunia yang demikian banyak Jawab Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah wa ba du Ada sebuah pepatah yang menga...
1mdb Drama Semakin Seram

1mdb Drama Semakin Seram

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 341 hits
Rakyat memang tak sabar nak melihat kesudahan episod rompakan terbesar negara ni Biar semua urusan berjalan dengan lancar dan berjaya mengeheret semua yang terlibat ke muka pengadilan bagi menerima hukuman yang sewajarnya Bekas pegawai bank...
Harga Ikan Semakin Mahal Tapi Kena Beli Juga

Harga Ikan Semakin Mahal Tapi Kena Beli Juga

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 434 hits
Harga Ikan Semakin Mahal Tapi Kena Beli Juga walau harga ikan semakin mahal kita kena beli juga sebab itu pilihan alternatif untuk bagi sumber protein kepada keluarga kita Takkan nak makan ayam setiap hari Atau makan telur saja Daging pulak...
Sumber Kod Kamera Chrome Os Kini Terbuka Gcam Untuk Chrome Os Semakin Hampir

Sumber Kod Kamera Chrome Os Kini Terbuka Gcam Untuk Chrome Os Semakin Hampir

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 272 hits
Google Camera atau versi yang diport GCam adalah antara aplikasi kamera yang terbaik yang pernah wujud Ini kerana dengan satu lensa sahaja bokeh yang dihasilkan adalah menakjubkan Kehebatan Google Camera ini membuatkan Google menambah sokon...
Bn Semakin Genting Melayu Bersatu Di Dalam Ph

Bn Semakin Genting Melayu Bersatu Di Dalam Ph

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 278 hits
BN semakin genting Melayu bersatu di dalam PHPosted By on December 21 2018Exco Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin menyifatkan BN yang berkuasa sejak 61 tahun lalu dalam keadaan genting apabila 17 ahli parlimen Umno setakat ini telah menin...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport