Didalam program berkenaan, pihak Munawwareen Holdings Sdn Bhd melalui KOP MANTAP Berhad telah mengedarkan pelitup muka dan air mineral kepada petugas PDRM yang bertugas di sekatan lebuh raya.
Pengasas Munawwareen, Aliza Abu Bakar (dua dari kiri) semasa demonstrati solar light di sekatan jalan raya Ayer Keroh, MelakaBerikutan dari peningkatan sekatan jalan raya sepanjang pandemik Covid-19, Polis DiRaja Malaysia berhasrat menambah kemudahan logistik dengan penggunaan teknologi solar. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata, selain ianya praktikal, murah dan mudah, teknologi itu boleh dijadikan aset di setiap balai Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Dari kiri Datuk Yatimah Sarjiman Pengarah EPU, Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara, Dato' Mohd Asri Bin Haris Ketua Pegawai Eksekutif KOP Mantap Berhad, Dato' Seri Ayob Bin Yaakob Pengerusi KOP Mantap BerhadBeliau ketika ditemui sebaik Majlis Makan Malam dan Kunjung Hormat Bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, yang diadakan di Hotel Mutiara Johor Bahru, turut menzahirkan hasrat untuk berbincang dengan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dan Kop Mantap Berhad (KMB) bagi mendapatkan teknologi solar itu yang dibekalkan oleh syarikat Munawwareen Holdings Sdn Bhd. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |