Pdrm Bukan Punching Bag



PDRM bukan ‘punching bag’. DASAR utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967, kewajipan asasi anggota polis antaranya adalah memelihara undang-undang dan ketenteraman, selain mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.
Uniknya PDRM berbanding kebanyakan pasukan polis negara luar ialah kewujudan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang turut merangkumi tugas-tugas bukan kepolisan tradisional.
Pasukan-pasukan PGA dan 69 Komando umpamanya terlibat dalam pelbagai operasi ‘non regulatory’. Operasi ketika Darurat dan di Lahad Datu pada 2013 membuktikan fakta tersebut.
Sejak bermulanya pandemik Covid 19 di negara ini, PDRM dipanggil untuk mengekalkan ketenteraman awam selain mengawal wabak daripada terus menular di dalam negara.
Dianggap sebagai sebahagian daripada petugas baris hadapan, pegawai dan anggota PDRM sinonim dengan Sekatan Jalan Raya atau SJR dan rondaan penguatkuasaan aktiviti cegah penularan wabak.
Pelbagai operasi dilaksana PDRM dianggap sebagai selaras dengan ‘norma baharu’, iaitu terma yang dilaungkan oleh pihak kerajaan.
Antara cabaran paling utama dihadapi PDRM adalah persepsi masyarakat terhadap pelaksanaan dan penguatkuasaan norma baharu itu.
PDRM merupakan pelaksana dasar yang ditetapkan oleh parti politik berkerajaan terkini. Sebarang kegagalan dalam dasar dan keseragaman polisi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bakal memberi implikasi langsung kepada agensi yang diarah menjadikannya satu realiti.
Sejak bermulanya pandemik Covid-19, umum berulang kali disajikan dengan pelbagai insiden bila mana seakan terdapat percanggahan antara mereka yang membuat polisi, kefahaman dalam kalangan kementerian, pihak bergelar ‘kluster kayangan’ dan pelaksanaan di lapangan oleh PDRM.
Kita perlu faham bahawa norma baharu sebenarnya tidak hanya terhad kepada Covid-19. Norma baharu hari itu turut menyaksikan pemilikan peranti komunikasi oleh umum yang mampu merakam dan menyebarkan maklumat pelbagai dengan hanya satu sentuhan jari yang boleh diakses secara global.
Jika berlaku kecelaruan antara pembuat polisi, kefahaman kementerian dan pelaksana akibat dari kurangnya komunikasi efektif, lazimnya pihak PDRM adalah pihak pertama menerima bahangnya.
Ubah TH kepada sebuah ‘bank’ risiko tidak cermat

Imej PDRM kerap tercalar apabila rakaman audio atau video disebarkan mengenai insiden salah faham serta salah laku segelintir warganya. Benarlah pepatah Melayu mengatakan bahawa, ‘akibat nila setitik, rosaklah susu sebelanga’.
Contohnya warga PDRM kerap ditonjolkan sebagai penerima rasuah, namun umum seakan menutup mata dan telinga terhadap mereka yang memberi rasuah.
Walhal data Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa untuk tahun 2019, tangkapan terhadap pemberi rasuah meningkat sehingga 79 peratus! Apakah pemberi rasuah ini juga merupakan warga PDRM?
Apa yang pelik, jarang sekali kumpulan politik dan kementerian yang terlibat dalam merangka polisi di peringkat tinggi dilabel sepertimana PDRM apabila sesuatu isu dibangkitkan oleh masyarakat. Mungkin akibat dari ini, pada September 2020, mantan Ketua Polis Negara menyuarakan kekecewaan beliau secara terbuka mengenai rasuah politik kepada pihak media.
Pihak Institut Tadbiran Negara (INTAN) yang menghasilkan warga kementerian dan penasihat berkaitan dasar negara kepada parti politik berkerajaan seharusnya lebih peka kepada kemelut itu.
Institut Tadbiran Negara sememangnya mempunyai kolaboratif strategik dengan PDRM melalui institusi latihan tertinggi PDRM di bawah komponen pengukuhan diri kepada peserta Pascasiswazah Pengurusan Awam INTAN.
Objektif pengisian Modul Pengurusan Ketenteraman Awam adalah membentuk pegawai tadbir diplomatik (PTD) yang berpengetahuan serta memiliki aspek kemahiran yang tinggi dalam menguruskan situasi ketenteraman awam dengan menggunakan kaedah yang terbaik dan mampu mengurangkan impak krisis ketenteraman awam.
Apakah dasar pihak kerajaan dan kementerian berkaitan pandemik Covid-19 yang melibatkan PDRM mengambil kira input diberi oleh pegawai PTD berkelayakan lulus daripada institusi yang sedemikian serta pegawai-pegawai kanan PDRM yang berpengalaman?
Mungkin juga input sedemikian tidak diberi perhatian oleh pihak tertentu yang mementingkan populariti serta faedah jangka pendek tanpa mengambil kira kesannya terhadap persepsi masyarakat terhadap PDRM.
Kita harus ingat bahawa selepas ATM, PDRM adalah baris hadapan kedua diharapkan untuk mempertahankan negara daripada musuh dalam dan luar negara.
Menjadikan PDRM sebagai ‘punching bag’ oleh mana-mana pihak yang berkepentingan apabila timbul sesuatu masalah bakal mengundang padah terhadap serta persepsi masyarakat dan keselamatan negara.
* Muhammad Fuad Mat Noor ialah penganalisis pertahanan dan pernah menerima anugerah Wartawan Terbaik
PDRM bukan ‘punching bag’ Baca Artikel Menarik :
Muhyiddin kata 100% dewasa telah divaksin menjelang Oktober Political genius atau Pak Pandir moden Pencerobohan haram: PBB hanya keldai tunggangan Yahudi UMNO tarik sokongan kerana masalah ‘kepimpinan’ Jaafar Onn dikecam kerana main TikTok Resepi Rendang Daging Padang Asli Layari Laman Facebook MYKMU
Ubah TH kepada sebuah ‘bank’ risiko tidak cermat

The post PDRM bukan ‘punching bag’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/20/pdrm-bukan-punching-bag/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Crochet Box Bag

Crochet Box Bag

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 454 hits
Salam Nak update satu projek yang dah lama siap Dia punya lama tu sampai semua dah sold out Haha Punya la lama tak update blog Crochet Box Bag in dah house y all PelangiGreenSourBrownCandyCrochet Box Bag ni sesuai dijadikan bakul untuk carr...
5 Sebab Kenapa Tahan Conquer Multipurpose Sling Bag Best

5 Sebab Kenapa Tahan Conquer Multipurpose Sling Bag Best

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 307 hits
5 Sebab Kenapa TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag Best Sangat l Assalamualaikum Sejak jadi mak pada 2 anak ni beg yang paling praktikal ialah beg jenis poket doraemon Ala beg yang kita boleh sumbat macam macam barang dalam tu Baik barang ...
Ex Beauty Queen Pleads Not Guilty To Punching Cop Drug Abuse

Ex Beauty Queen Pleads Not Guilty To Punching Cop Drug Abuse

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 250 hits
Former Miss Universe Malaysia 2015 finalist Kohinoor Damodaran Kaittiani 29 has pleaded not guilty to charges of punching a police officer and drug abuse Both charges were read at the Petaling Jaya Magistrate s Court today before magistrate...
Epesara Pdrm Cara Daftar Login Semakan Status Permohonan Pjpn Kad Pesara

Epesara Pdrm Cara Daftar Login Semakan Status Permohonan Pjpn Kad Pesara

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 937 hits
ePesara PDRM CARA DAFTAR LOGIN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PJPN KAD PESARA ePesara PDRM merupakan sebuah sistem yang dibangunkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman Platform atas talian yang dibuka pengoper...
Zaman Firaun Dulu Yang Ikut Semua Pergi Masuk Neraka Bang Pemuda Ini Ditahan Pdrm

Zaman Firaun Dulu Yang Ikut Semua Pergi Masuk Neraka Bang Pemuda Ini Ditahan Pdrm

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 415 hits
Ketika kerajaan menggesa semua rakyat Malaysia untuk patuh prosedur operasi standard bagi membendung penularan wabak COVID 19 tetap ada pihak yang ambil ringan mengenainya Mungkin kerana belum ada ahli keluarga yang terdekat meninggal dunia...
Rombakan 61 Pegawai Pdrm Jawatan Nombor Dua Masih Kosong

Rombakan 61 Pegawai Pdrm Jawatan Nombor Dua Masih Kosong

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 337 hits
ROMBAKAN 61 PEGAWAI PDRM JAWATAN NOMBOR DUA MASIH KOSONG PETALING JAYA Polis Diraja Malaysia malam tadi mengumumkan pertukaran dan lantikan 61 pegawai kanan termasuk tujuh pengarah di Bukit Aman Ini adalah rombakan pertama besar besaran Ket...
Kenyataan Ujian Covid Neutralizing Antibody Test Di Luar Bidang Kuasa Pdrm Kpn

Kenyataan Ujian Covid Neutralizing Antibody Test Di Luar Bidang Kuasa Pdrm Kpn

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 306 hits
Kenyataan ujian Covid Neutralizing Antibody Test di luar bidang kuasa PDRM KPNSource https malaysiagazette com 2021 07 25 kenyataan ujian covid neutralizing antibody test di luar bidang kuasa pdrm kpn respond Kenyataan ujian CovidNeutralizi...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery