Patahkan Kakinya Drinkwater Diserang 6 Lelaki Kerana Wanita
DANNY DRINKWATER (kanan) mengalami pelbagai kecederaan termasuk ligamen lutut selepas diserang enam lelaki kerana cuba menggoda teman wanita seorang pemain lain di sebuah kelab malam di Manchester.
SUKAN
LONDON 8 Sept. - Pemain tengah England, Danny Drinkwater diserang sekumpulan enam lelaki yang mahu kakinya dipatahkan selepas cuba menggoda teman wanita seorang pemain bola sepak.Drinkwater yang dipinjamkan ke Burnley dari Chelsea musim ini menikmati makan malam di sebuah kelab malam di Manchester selepas tidak beraksi ketika pasukannya tewas 0-3 kepada Liverpool.Menurut laporan The Sun, dia sudah dimaklumkan untuk menjaga tingkah lakunya tetapi Drinkwater tetap mahu menggoda teman wanita pemain pertahanan Scunthorpe United, Kgosi Ntlhe.Selepas dikeluarkan oleh pihak keselamtan kelab malam, Drinkwater diserang dengan objek tumpul oleh enam lelaki yang menyebabkan dia mengalami kecederaan ligamen lutut, mata dan kepala bengkak selain luka di bahagian pipi.“Semasa kejadian itu dia hanya mampu menggulungkan dirinya di atas tanah dan terus diserang dengan seorang daripada penyerangnya menjerit, ‘patahkan kakinya’.“Mereka tahu dia adalah bintang Liga Perdana Inggeris. Kejadian itu sangat ngeri dan darah di serata tempat.“Danny sedar akan masalah yang dihadapinya dan dia tidak boleh mengulangi kesalahan seperti ini,” kata satu sumber.Dipercayai, Ntlhe tidak terlibat dengan serangan itu dan polis tidak datang ke lokasi kejadian selain Drinkwater juga tidak membuat sebarang laporan mengenainya.“Dia perlu membersihkan namanya daripada situasi ini dan dia juga akan menjelaskan perkara itu kepada kelab,” kata jurucakap Drinkwater.Mei lalu, pemain berusia 29 tahun itu digantung lesen memandu selama 20 bulan selain perlu melengkapkan khidmat masyarakat selepas terlibat dengan kemalangan kerana memandu dalam keadaan mabuk, menyebabkan dua wanita mengalami kecederaan.Drinkwater menyertai Burnley pada musim panas ini tetapi tidak beraksi selama 18 bulan dalam kancah Liga Perdana Inggeris.-AGENSIKomen Weblog Ibnu Hasyim: Yang berlaku ini adalah kerana 'masalah wanita' melebihi semangat ke'setiakawan'an sukan. Di situlah perlunya 'sukan mengikut syariat' dalam kontek negara kita Malaysia masakini..
Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/09/patahkan-kakinya-drinkwater-diserang-6.html