Pas Turun Bersama Rakyat Melalui Skim Kifalah Dah 1 Dekad


 
PAS turun bersama rakyat melalui Skim Kifalah..  
1. Penubuhan SkimPAS kini lebih satu dekad  
Setiausaha Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat (LKKSPP), Ahmad Abdullah Sanek
KUALA LUMPUR: Lebih satu dekad manfaat Skim Kifalah Ahli PAS (SkimPAS) telah diinisiatifkan oleh Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat (LKKSPP) bagi tujuan menjaga kebajikan ahli.

Setiausahanya, Ahmad Abdullah Sanek, berkata SkimPAS terbuka kepada sesiapa untuk mencarum tetapi dengan syarat pencarum mestilah ahli PAS bagi Muslim dan ahli Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) (bagi bukan Muslim).
Ahmad berkata, syarat umur untuk melayakkan pencarum ini adalah ahli yang berumur 15 tahun dan ke atas sehingga tiada had berbanding sebelum ini, syarat umur adalah 18 tahun dan ke atas.
(Syarat-syarat selanjutnya sila lihat 'Penubuhan SkimPAS kini lebih satu dekad' -HARAKAHDAILY 12/10/2024)
2. SkimPAS benteng kekuatan ekonomi ahli 
TANGGA BATU: Semua ahli-ahli PAS khasnya di Negeri Melaka diseru untuk segera menyertai Skim Kifalah PAS (SkimPAS) berkonsepkan khairat dan takaful yang dikelolakan oleh Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial (LKLS) PAS Pusat.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail berkata, ini adalah kerana skim tersebut boleh menjadi benteng kekuatan ekonomi dalam gerak kerja perjuangan parti itu.
(Selanjutnya sila lihat 'SkimPAS benteng kekuatan ekonomi ahli'  -HARAKAHDAILY 4/8/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, PAS terus turun bersama rakyat melalui Skim Kifalah..  Dah 1 dekad.
Bagaimana pula Islam mampu memulihkan ekonomi sesebuah negara? Mari kita teliti tulisan MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL -HARAKAHDAILY 16/3/2020.

Bagaimana Islam memulihkan ekonomi negara.

DOKUMEN Hijau

(1) Sebelum ini saya ada menulis beberapa solusi yang lebih menjurus terhadap persoalan ekonomi, yang ditawarkan dalam Dokumen Hijau PAS.

Beberapa konsep asas mesti difahami, apa yang disediakan oleh PAS selaras dengan nas-nas syara’;
(a) Harta negara tidak boleh berlegar di kalangan golongan kaya sahaja.
(b) Cukai diambil daripada lebihan golongan kaya untuk diagihkan kepada golongan miskin.
(c) Menaikkan taraf golongan miskin dan penurunan kos sara hidup adalah sasaran utama sistem ekonomi Islam.
(d) Fardhu Kifayah dalam penyediaan keperluan masyarakat.
(e) Anti monopoli dan anti ‘ghulul’.

(2) Daripada 5 prinsip asas ini, terbinalah sebuah sistem bagaimana memperbaiki krisis ekonomi negara. Syaratnya cuma satu, iaitu yakin bahawa sistem Islam adalah penyelesaian. 
(3) Islam menyediakan sistem berfikir. Manusia tidak boleh berfikir sembarangan, kerana bukan semua benda manusia tahu. Ada yang mencuba cuba meletakkan penyelesaian dengan akal mereka sendiri, namun gagal.
Ideologi-ideologi lapuk telah terbukti kegagalan mereka. Kadangkala idea-idea mereka tidaklah bersifat universal, hanya sesuai untuk sesetengah masyarakat sahaja.
(4) Dalil pengharaman ghulul ialah;
وَمَا كَانَ لِنَبِیٍّ أَن یَغُلَّۚ وَمَن یَغۡلُلۡ یَأۡتِ بِمَا غَلَّ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۚ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفۡسࣲ مَّا كَسَبَتۡ وَهُمۡ لَا یُظۡلَمُونَ

“Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).”
Cara Islam
(1) Selain daripada ghulul, Islam juga memerangi monopoli yang telah saya huraikan dalam beberapa artikel yang lepas [1]. Kerana disebabkan monopoli menyebabkan barang keperluan dikuasai oleh orang tertentu.
Maka, orang itu akan senang lenang menaikkan harga dan sebagainya. Ghulul dan monopoli kedua-duanya mempunyai elemen penindasan, dan ia terlarang dalam Islam.
(2) Dalam al-Quran menceritakan bagaimana Raja Zulqarnain mengubah konsep percukaian yang membebankan rakyat, kepada konsep kerjasama;
قَالُوا۟ یَـٰذَا ٱلۡقَرۡنَیۡنِ إِنَّ یَأۡجُوجَ وَمَأۡجُوجَ مُفۡسِدُونَ فِی ٱلۡأَرۡضِ فَهَلۡ نَجۡعَلُ لَكَ خَرۡجًا عَلَىٰۤ أَن تَجۡعَلَ بَیۡنَنَا وَبَیۡنَهُمۡ سَدࣰّا ۝
.
“Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” (94)

قَالَ مَا مَكَّنِّی فِیهِ رَبِّی خَیۡرࣱ فَأَعِینُونِی بِقُوَّةٍ أَجۡعَلۡ بَیۡنَكُمۡ وَبَیۡنَهُمۡ رَدۡمًا

“Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.” (95)
(3) Konsep yang digunakan oleh Raja Zulqarnain bukannya dengan memeras wang rakyat untuk memajukan negara, akan tetapi membina kerjasama ke arah itu.
Sumber manusia membina negara
(1) Sepertimana tulisan saya sebelum ini [2], sesebuah negara mesti mempunyai tiga perkara asas, iaitu penduduk, tempat dan kekuasaan.
Jika dikaji mengenai kisah Raja Zulqarnain tadi, beliau bukan semata-mata menggunakan kekuasaan untuk sewenang-wenangnya mengenakan cukai.
Akan tetapi menggunakan sumber tenaga manusia untuk bersama-sama membina tembok mengekang kemaraan Yakjuj dan Makjuj yang diceritakan dalam al-Quran.
(2) Ideologi seperti Kapitalis khususnya, hanya mengukur kemajuan itu dari sudut duit material semata-mata. Duit itu adalah segala-galanya dalam membina negara.
Manakala Sosialis pula, mengukur kemajuan sesuatu negara itu hanya pada tenaga buruhnya sahaja. Maka, rakyat mereka dibebani dengan kerja sebanyak manapun, tetapi upah yang diberikan tetap ‘ciput’.
(3) Islam mengajar supaya memanfaatkan kedua-duanya. Sesiapa yang kerja lebih, akan dapat hasil lebih. Kebebasan diberikan kepada setiap individu untuk memajukan diri sendiri.
Tetapi sesiapa yang sudah berlebih-lebihan kekayaannya, harus keluarkan sedikit kekayaannya untuk membantu orang miskin. Maka, ia akan mengurangkan jurang beza antara keduanya
[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3538529126188822&id=100000953077134
[2] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3561443263897408&id=100000953077134
Sekian, terima kasih MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL.
....


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/10/pas-turun-bersama-rakyat-melalui-skim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kamal Ashaari Tpm Dakwa Skim Tanah Rakyat Felda Di Pahang Masih Dalam Peringkat Perancangan

Kamal Ashaari Tpm Dakwa Skim Tanah Rakyat Felda Di Pahang Masih Dalam Peringkat Perancangan

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 126 hits
KUALA LUMPUR Kemajuan pelaksanaan Skim Tanah Rakyat FELDA Negeri Pahang di peringkat rancangan masih dalam peringkat perancangan kata Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Katanya pembentangan Rancangan Malaysia Ke 12 pad...
Pas Jaga Kebajikan Rakyat Betul Kah

Pas Jaga Kebajikan Rakyat Betul Kah

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 121 hits
Zuwairi Md YusofPAS Jaga Kebajikan Rakyat Bukan Melayu Jangan Bimbang Pesuruhjaya PAS https x com MalaysiaGazette status 1842449312686789036Dengar boleh percaya jangan sesekali saudara dan saudari semua Pasar Siti Khadijah itu pun mereka ta...
Dewan Rakyat Mp Pendang Pas Cuba Provoke Yb Bung Akhirnya Koyak Denga

Dewan Rakyat Mp Pendang Pas Cuba Provoke Yb Bung Akhirnya Koyak Denga

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 150 hits
SIDANG DEWAN RAKYAT BERSIDANG MP PAS MASIH DENGAN KEBODOHAN DIRI MP PENDANG PAS CUBA PROVOKE YB BUNG AKHIRNYA KOYAK DENGAN KEBODOHAN SENDIRI
Indonesia Mahu Haramkan Aplikasi China Yang Pernah Dimuat Turun Paling Banyak Pengguna Di As

Indonesia Mahu Haramkan Aplikasi China Yang Pernah Dimuat Turun Paling Banyak Pengguna Di As

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 139 hits
Kerajaan Indonesia melalui Kementerian Koperasi dan Perusahaan Kecil Sederhana cuba mengeluarkan Temu aplikasi beli belah atas talian milik sebuah syarikat China daripada ditawarkan dalam stor aplikasi di Indonesia selepas aplikasi itu suda...
Berat Turun 11kg Lepas Tiga Bulan Habis Pantang Uyaina Arshad Buat Challenge Berjalan Untuk Kurus

Berat Turun 11kg Lepas Tiga Bulan Habis Pantang Uyaina Arshad Buat Challenge Berjalan Untuk Kurus

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 92 hits
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad yang melahirkan anak keduanya pada Mei lalu kini dilihat kembali langsing malah sudah pun turun 11kg Rupanya ibu kepada dua cahaya mata ini melalui challenge berjalan di rumah selama tiga bulan sebaik lep...
Makin Senang Fokus Go Minsi Kongsi Rutin Pemakanan Untuk Turun Berat Badan

Makin Senang Fokus Go Minsi Kongsi Rutin Pemakanan Untuk Turun Berat Badan

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 141 hits
Mesti ramai kan yang dah layan siri The Frog di Netflix Artikel Berkaitan Baru baru ini Go Min si telah muncul dalam program Dex di YouTube di mana wanita itu ada berkongsi apa yang dia makan untuk menurunkan berat badan sehingga mencecah 4...
Kanak Kanak Perempuan Berusia 12 Tahun Hilang Selepas Turun Ambil Makanan Dari Kereta

Kanak Kanak Perempuan Berusia 12 Tahun Hilang Selepas Turun Ambil Makanan Dari Kereta

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 213 hits
Norzamira Che Noham hmetro com myMadrafataha 12 dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan dari kereta keluarganya di Flat Bandar Bukit Tinggi 1 semalam FOTO Ihsan PolisShah Alam Seorang kanak kanak perempuan berusia 12 tahun nbsp be...
Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Slot Betwayvietnam Com 23 Feb 25 Betway Casino Betway Top 50 By Kathlene

Do You Know About Penang S Baobab Tree

Program Gema Syukur 2025 31 Disember 2024 Hingga 1 Januari 2025

Project Overhaul Perdana V6 6a12 Overhaul 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Korean Drama Family By Choice

Agc Must Seriously Pursue Appeal Of Rosmah S Acquittal

Police Record Papagomo S Statement Over Defamatory Remarks Against Igp Police

Remove Pm S Power To Appoint Judges Expert Says

Mengembangkan Kemampuan Menulis Profesional Dalam Bahasa Inggris Bersama Ef Efekta English For Adults

Benefits Of Playing Free Slot Login Gacor123