Pas Tak Ikhlas Nak Jalin Semula Kerjasama Mn Bersama Umno


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 15, 2024 3:32 PM
Pemimpin Umno menyifatkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak ikhlas untuk menjalin semula kerjasama dengan parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) apabila mengenepikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi

Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kenyataan Abdul Hadi itu membuktikan sikap pentingkan diri sendiri dan tidak berlandaskan kepentingan Melayu, Islam.

"Bagi saya kenyataan Abdul Hadi itu tidak ikhlas serta hanya mementingkan parti mereka sahaja dan saya tidak nampak cadangan kerjasama ini dibuat atas dasar kepentingan Melayu dan Islam.

"Jika Abdul Hadi ikhlas kenapa hendak ketepikan presiden kami? Adakah Abdul Hadi cuba memecahbelahkan Umno yang semakin hari semakin kukuh?
"Umno ada ketuanya yang memimpin dan jika PAS berhasrat untuk mengadakan sebarang bentuk kerjasama, seharusnya perlu berbincang dan berunding dengan presiden kami.

"Ini kerana Umno meletakkan institusi presiden yang mengetuai parti untuk menentukan arah tuju parti," kata Wan Rosdy pada kenyataan, hari ini.

Semalam, PAS menegaskan mereka tetap meneruskan usaha untuk menarik sokongan pemimpin Umno dalam usaha menghidupkan MN.

Abdul Hadi mengakui pihaknya masih terbuka untuk menerima bekerjasama dengan Umno.
Bagaimanapun jelasnya ia melibatkan sebahagian pemimpin yang bukan daripada kem Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“Ya, ya, ya (terbuka terima Umno).

“(Kita) nak tarik pimpinan-pimpinan Melayu Bumiputera termasuk bukan Islam yang tak ekstrem,” kata Hadi pada sidang media selepas merasmikan Muktamar PAS ke-70, di Kerdau, Temerloh.

‘Abdul Hadi merapu’

Dalam pada itu, Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakub berkata tiada pemimpin Umno yang sanggup bersama pemimpin PAS lagi dalam MN.

Mustapha menyifatkan kenyataan Abdul Hadi semalam itu "kenyataan bodoh" dan merapu.

"Tidak ada pemimpin Umno yang sanggup bersama PAS bagi menghidupkan semula MN. Semua pengkhianat yang disingkirkan telah bersama PAS.

"Mereka yang digantung masih jadi ahli Umno. Yang dalam Umno tetap setia dengan Umno. Jadinya Abdul Hadi janganlah bermimpi disiang hari," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi dipetik Berita Harian berkata parti itu sentiasa membuka pintu kerjasamanya.

Namun, katanya untuk bekerjasama perlulah ikhlas bukannya meletakkan syarat tertentu seperti mana dinyatakan Abdul Hadi semalam.

"Mana mungkin nak kahwin, tapi letak syarat tak boleh terima ayah pasangan.

"Sesuatu permuafakatan itu perlu berasaskan kejujuran dan keikhlasan, ia umpama seperti sebuah perkahwinan.

"Sepatutnya apabila Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara menitahkan supaya semua sepakat mewujudkan permuafakatan dan menubuhkan Kerajaan Perpaduan (selepas PRU15), kenapa hanya PAS dan Bersatu saja tolak, sedangkan 19 parti lain bersetuju untuk akur kepada titah Tuanku.

"Sebab itulah asasnya adalah kejujuran dan keikhlasan," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/pas-tak-ikhlas-nak-jalin-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Masih Nak Guna Umno Mungkin Pimpinan Umno Juga Bergantung Pada Pas Cita Cita Masih Ada

Pas Masih Nak Guna Umno Mungkin Pimpinan Umno Juga Bergantung Pada Pas Cita Cita Masih Ada

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 208 hits
Nampaknya PAS masih lagi terperangkap dengan permainan politik DrM sejak dahulu sampailah sekarang Terpesona dengan pandangan DrM yang sudahpun ditolak orang Kononnya untuk menyatukan umat Kalau ikhlas sudah lama ia terlaksana Tapi semuanya...
Terkini Hadi Nak Kelentong Siapa Umno Anak Tun M Dah Isytihar Har

Terkini Hadi Nak Kelentong Siapa Umno Anak Tun M Dah Isytihar Har

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 222 hits
1 Penggantungan keahlian Ketua Penerangan PAS Perlis adalah palsu 2 UMNO bukan gila talak dan suka poligami seperti PAS UMNO Johor 3 SPRM sahkan anak anak Dr Mahathir telah isytihar harta 4 PAS janji tidak akan tutup Genting Highland sekira...
Lokman Balun Pas Bila Terdesak Mula Cari Talian Hayat Bersama Umno

Lokman Balun Pas Bila Terdesak Mula Cari Talian Hayat Bersama Umno

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 145 hits
TERBAIK LOKMAN ADAMADAKAH PAS MAHU TINGGALKAN BERSATU SEPERTI MANA MEREKA TINGGALKAN UMNO LOKMAN BALUN PAS BILA TERDESAK MULA CARI TALIAN HAYAT BERSAMA UMNO
Pas Leaves Zahid Out Of Cooperation Plan With Umno Due To His Legal Issues

Pas Leaves Zahid Out Of Cooperation Plan With Umno Due To His Legal Issues

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 242 hits
PAS decided to exclude Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi from its proposed renewal of cooperation with Umno due to his ongoing legal issues despite being granted a discharge not amounting to an acquittal Pas deputy president Datuk Seri Tuan ...
Like A Marriage Proposal With An Impossible Condition Says Umno Sec Gen Of Pas Muafakat Revival Proposal

Like A Marriage Proposal With An Impossible Condition Says Umno Sec Gen Of Pas Muafakat Revival Proposal

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 348 hits
Umno secretary general Datuk Asyraf Wajdi Dusuki responded to PAS apparent overtures to renew cooperation by likening it to a marriage proposal with a potentially deal breaking condition Yesterday during a press conference at the PAS 70th M...
Umno Tak Terdesak Dan Tak Bernafsu Pun Untuk Bersama Pas Lagi

Umno Tak Terdesak Dan Tak Bernafsu Pun Untuk Bersama Pas Lagi

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 156 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 18 2024 12 54 PMTimbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata pengalaman parti itu bersama PAS dalam gabungan Muafakat Nasional sebelum ini adalah cukup pahit Dalam satu hantaran di Facebook katany...
Pas Pilih Orang Nak Ambil Tindakan

Pas Pilih Orang Nak Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 154 hits
PAS x akan berani pecat atau ambil tindakan discipline pembahasa dari Perlis kerana beliau PhD Holder di Fakulti Kejuruteraan Mechatronics Kalau dari Astizah2 biasa seperti ustdaz Ridhwan Bakar lama dah tutup mic dari bercakap
Bhabinkamtibmas Desa Parit Baru Jalin Kerjasama Bentuk Pojok Baca Masyarakat

Bhabinkamtibmas Desa Parit Baru Jalin Kerjasama Bentuk Pojok Baca Masyarakat

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 195 hits
BloggerBorneo com Bermula dari kisah mengikuti kegiatan Komunitas Literasi di tahun lalu membuat Blogger Borneo berinisiatif untuk menjadikan koleksi buku bacaan yang dimiliki dapat memberi manfaat bagi masyarakat lingkungan sekitar rumahny...
Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat

Transcendent Two Stroke A Smokin Suzuki 125 From Taiwan

Konsert Dia Misha Omar 2025

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Cik B Terkejut Dengar Penjelasan Doktor Selepas Jalani Mri Scan Video

Haze Faced By Malaysia And Singapore Due To Forest Fires From A Neighbouring Country


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Pasar Malam Sekolah

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar