Pas Parti Sengal Tak Guna Ada Dalam Kerajaan


 
Shahbudin Husin17 October 2021Kadangkala kesian pun ada dengan Pas ini, langsung tak faham dengan isu sebenar yang sedang berlakuOrang berada dalam kerajaan, dia pun nak juga duduk sama dalam kerajaan, tapi langsung tak faham, malah sengal dalam memberi hujah.Masa jadi pembangkang dulu bukan main lagi, sana haram sini haram, itu nak dihapuskan ini nak dihapuskan, dapat saja jawatan serta gaji lumayan, semua macam sudah lupa dengan Tuhan.Dalam isu arak jenama Timah keluaran Malaysia yang menjadi kritikan ramai sekarang ini, isunya bukanlah sama ada arak itu dikeluarkan oleh kerajaan atau sebaliknya.Mengatakan kerajaan tidak boleh dipersalahkan dalam isu arak jenama Timah itu semata-mata kerana ia bukan dikeluarkan oleh kerajaan tidak lebih menggambarkan “kejahilan” pemimpin Pas sendiri di mata rakyat.Siapa pula kata kerajaan yang mengeluarkannya?Dan sejak bila pula, baik zaman BN atau PH, kerajaan pernah mengeluarkan araknya sendiri?Habis tu…yang Pas selama ini sewaktu jadi pembangkang melalak di pentas-pentas ceramah minta kerajaan haramkan kilang arak, adakah kerajaan yang mengusahakan kilang arak ketika itu?Yang dipersoalkan ramai ialah Pas sekarang merupakan sebahagian daripada kerajaan dan jika dulu menjerit di sana sini minta kerajaan haramkan arak, kenapa sekarang hanya diam bila Malaysia boleh keluarkan arak dengan jenamanya sendiri?Bukankah lesen arak dikeluarkan oleh kerajaan?Apa Pas buat dalam kerajaan?Kenapa tidak dibantah dan paksa kerajaan jangan keluarkan lesennya?Atau jika lesennya dikeluarkan kerajaan sebelum ini, mengapa Pas tidak menjerit minta ia dibatalkan?Untuk apa sebenarnya Malaysia mengeluarkan arak jenamanya sendiri, sedangkan yang diimport daripada luar negara sudah berlambak-lambak dalam pasaran?Inikah imej kerajaan Melayu/Islam yang mana Pas merupakan sebahagian daripada kerajaan?Apa guna kalau sekadar pemimpin ikan bilis yang tiada jawatan dalam kerajaan saja yang berani keluarkan kenyataan?Di mana pemimpin utama Pas dalam isu besar seperti ini?Selain itu, turut dipertikaikan ialah jenama Timah yang digunakan yang bunyinya mirip nama seorang wanita Melayu.Kenapa mesti diberi nama Timah?Kenapa tidak diberi nama-nama lain yang berciri bukan Melayu?Kalau pun benar seperti kata pengeluarnya nama Timah itu sempena nama bijih timah, apa kaitannya dengan bijih timah dengan arak?Mengapa tidak dinamakan sempena minyak, kelapa sawit atau sebagainya?Dalam semua persoalan berkaitan nama Timah itu, perkara lebih besar ialah kenapa Pas tidak membantah sama sekali penggunaan nama itu?Mengapa Pas hanya diam dan tiba-tiba mengatakan jangan dikaitkan dengan kerajaan kerana ia bukan diusahakan oleh kerajaan?Jika begitu, apa guna Pas berada dalam kerajaan – goyang telur dan makan gaji buta?Di mana letaknya perjuangan mahu mengharamkan arak sepertimana dilaung-laungkan sebelum jika nama Timah yang digunakan untuk jenama arak pun tidak mampu bersuara apa-apa?







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/pas-parti-sengal-tak-guna-ada-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sembang Parti Lebai Gunung Pun Boleh Runtuh Tapi Biasa La Semoga Rakyat Tahu Segalanya Ada Dalam Kerajaan Pun Tak Guna

Sembang Parti Lebai Gunung Pun Boleh Runtuh Tapi Biasa La Semoga Rakyat Tahu Segalanya Ada Dalam Kerajaan Pun Tak Guna

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 261 hits
Bengang ada Pas dalam kerajaan pun tak guna CAP kecam arak TIMAH hina agama IslamOctober 18 2021 Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengecam pengeluaran arak jenama Timah yang didakwa menghina agama Islam Pegawai Pendidikan CAP N V Subbarow be...
Arak Timah Lulus Semasa Pas Dalam Kabinet Kerajaan

Arak Timah Lulus Semasa Pas Dalam Kabinet Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 540 hits
Pengeluaran arak jenama Timah difahamkan telah diluluskan pada Jun 2020 iaitu semasa Pas di dalam kerajaan Perikatan Nasional Menurut satu poster yang disebarkan produk arak tersebut dilihat mula mendaftarkan nama dan memohon kelulusan pada...
Gelombang Kemarahan Rakyat 600 Ahli Pas Kelantan Keluar Parti

Gelombang Kemarahan Rakyat 600 Ahli Pas Kelantan Keluar Parti

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 255 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE October 15 2021600 penyokong dan ahli Pas dalam Dun Gual Ipoh Parlimen Tanah Merah dilaporkan telah menyertai Parti Keadilan Rakyat Penulis politik Mohd Sayuti Omar mendedahkan penyertaaan ahli dan penyokong Pas itu m...
Bagaimana Pas Cuba Makan Keliling Dan Main Dua Kolam Bersama Parti Bersatu Pas Akan Hantar Taki Dan Samsuri Juga Hadi

Bagaimana Pas Cuba Makan Keliling Dan Main Dua Kolam Bersama Parti Bersatu Pas Akan Hantar Taki Dan Samsuri Juga Hadi

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 202 hits
HAMDAN TAHAJika berjumpa Umno Pas akan hantar Tuan Ibrahim Tuan Man dan Idris Ahmad Pasti yang cukup Bijak yang tak bijak umno dan bersatu jer tapi apa pilihan Bersatu tak ada kerana mereka perlukan Pas Hadi Taki dan Samsuri mereka dari Pan...
Kerajaan Paksa Vaksin Kakitangan Awam Pas Khianati Umno

Kerajaan Paksa Vaksin Kakitangan Awam Pas Khianati Umno

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 290 hits
Datuk Kamal mengulas kenyataan YB KJ yang seakan memaksa vaksin dikenakan kepada seluruh penjawat awam Datuk Kamal juga mengulas silat politik Anwar Ibrahim disebalik penolakan gaji dan faedah sebagai seorang menteri yang ditawarkan oleh Is...
Tolak Kerjasama Dengan Pas Kenyataan Zahid Bukan Keputusan Parti Annuar

Tolak Kerjasama Dengan Pas Kenyataan Zahid Bukan Keputusan Parti Annuar

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 146 hits
tuncarlos com 14 OKT Para pemimpin UMNO dinasihatkan agar berhati hati sebelum mengeluarkan apa apa kenyataan bagi mengelak berlaku masalah dikemudian hari Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata ini kerana kebanyakan kenyat...
Apa Sumbangan Terbesar Pas Sebagai Sebahagian Kerajaan

Apa Sumbangan Terbesar Pas Sebagai Sebahagian Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 209 hits
Secara jujurnya tidak tahu tetapi secara jujurnya juga kenalah akui tentu ada sumbangan sumbangan baik yang telah mereka lakukan Tetapi sudah tentu yang keji juga dikenang rakyatIni tidaklah pelik kerana selama jadi pembangkang berpuluh tah...
Panas Tokoh Ulamak Pas Perak Disingkirkan Dalam Pemilihan Parti

Panas Tokoh Ulamak Pas Perak Disingkirkan Dalam Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 257 hits
October 19 2021Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tanjong Malim membuat kejutan besar apabila tokoh ulamak Pas Perak Ustaz Mohd Tarmizi Abd Rahman disingkirkan dalam pemilihan yang berlangsung Beliau kecundang kepada Mohd Faiz Hj Zainal yang dikat...
Arak Timah Dulu Pas Sedap Tibai Kerajaan Sekarang Terdiam

Arak Timah Dulu Pas Sedap Tibai Kerajaan Sekarang Terdiam

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 410 hits
Kontroversi arak buatan Malaysia berjenama Timah yang popular di luar negara dan dianggap memalukan kerajaan Melayu Islam Perikatan Nasional boleh dielakkan sekiranya parti agama yang menjadi tunjang kerajaan itu berusaha mengurangkan aktiv...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats